Daniel bersandar pada kereta besar kepunyaan Izara. Sekeliling kawasan tempat tinggal Awfiyya Nafeesa itu dijelajahi dengan pandangan mata.
Cantik.
Matanya jatuh kepada Qaisy yang sedang berehat di dalam kereta. Lelaki itu sedang baring dengan tangan diletakkan di atas muka.
Dia tau Qaisy masih memikirkan tentang khilafnya dalam menilai Kashaf. Macam jahat tapi memang betul tu salah Qaisy.
Dia berjalan masuk ke dalam kereta dan duduk disebelah Qaisy.
"Memang salah kau pun." ujarnya tanpa dipinta. Dia tau Qaisy tak tidur sebab tu dia cakap.
"Aku tau."
"Tapi bukan kau sorang."
Qaisy terdiam. Dia bangun dari perbaringan lalu bersandar pada tempat sandarannya.
"Aku yang bawak masuk dia. Aku yang tak selidik betul betul pasal dia. Aku yang terlalu mudah percayakan dia. Aku yang bagi bom tu dekat dia. Mudahkan nak kelentong aku? Tuntasnya, aku bodoh." Qaisy menunduk sambil menyebut satu persatu kesalahan dia.
"Aku tau dan setuju." balas Daniel. Sedar dia telah mengguriskan hati Qaisy yang sememangnya dah calar balar.
"Tapi semua salah Que sendiri. Kenapa dia cari pasal dengan kita? Lepas tu mengamuk bila anak dia mati. Hantar orang dalam dekat syarikat kita. Lepas tu dia pulak yang mati."
"Jadi sekarang ni.. jangan pandai salahkan diri je. Tengok orang lain sama. Nak menunding salah siapa sekali sekala tak apa. Tapi jangan sampai tak sedar diri sendiri salah. Kau pulak jenis yang salahkan diri sendiri je. Tak elok kalau macam tu."
Qaisy berdiam diri dari tadi menyebabkan Daniel mengeluh.
"Jangan salahkan Kashaf sangat. Memang salah dia tapi bukan dia sepenuhnya. Dia ada sebab kenapa dia buat macam tu." kata Daniel sebelum keluar dari kereta.
Qaisy mengangkat muka lalu terus memegang kaki Daniel dari keluar.
Terhinjut bahu Daniel sebelum dia mengurut dada. Dia menoleh kebelakang melihat Qaisy.
"Heihhh kau ni! Jangan ditarik kaki aku macam tu! Aku ingat Ju-On rupanya-rupanya Sameon! Terkejut aku! Kau la..." Dia menggelengkan kepala. Kan dah membebel. Nasib baik juga dia tak tersembam jatuh. Nanti first kiss dia kena curi dengan tar batu pulak.
"Apa sebab Kashaf buat macam tu? Bagitau lah aku!" betis Daniel dirapatkan ke muka.
"Hey hey hey!" Daniel berusaha menolak muka Qaisy dari mencium betis kesayangannya.
"Ish! Kau cari tau lah sendiri! Dah lepas kaki aku sebelum aku kick kau terkeluar otak!" ugutnya.
Qaisy lepaskan juga kaki Daniel. Dia memeluk tubuh sambil memuncung mulut.
Daniel berjalan ke hadapan kereta. Tiba tiba dia melompat dan menghadap ke arah Qaisy yang berada di dalam kereta.
"Cheer up baby! Cheer up baby! Nanananana~" dia menari tarian lagu Twice.
Qaisy menggelakkan Daniel yang tampak kelakar di situ.
"Bodohlah orang tua ni.." dia mengelap air mata akibat terlalu kuat ketawa. Haih...
Tawanya pecah lagi sekali apabila Daniel berjalan ke arah pintu rumah Awfiyya sambil menggoncangkan punggung.
"Mengingatkan aku dekat anaq kiriman heaven yang dalam tiktok tu..." Air mata dilap sekali lagi.
***
"Kau mesti tau jugak kan kenapa aku datang sini?" tekanya.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...