"Ayaz!"
"Jom. Teman aku main playdoh."
"Stop it Ayaz.."
Mata dicelikkan perlahan-lahan. Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap menyilaukan matanya. Terus dihalang dengan tapak tangan.
Mata mula meliar ke sekeliling. Cuba untuk mengecam tempat yang didudukinya sekarang. Tangannya naik memegang kepala. Pening..
Eh!
Bandage?
Tangan itu turun dan sampai ke perutnya. Diurut sekejap perutnya itu.
"Lapar mat.. siapalah sumbat aku dalam hospital ni? Sumbatlah sekali dengan makanan.." serak suara dia merungut. Air pun tak diminum lagi kau dah angan angan nak dengar suara dia yang merdu. Semestinya tak dapat haha!
Aduh sakit tekak.
Dia mengerling sedikit ke arah meja sebelah katil. Meja itu dihiasi dengan bunga, sejag air dan satu gelas. Belum sempat tangannya menggapai air tersebut, pintu wadnya dibuka kasar oleh seseorang.
Bam!
Seorang lelaki dengan pakaian yang tidak berapa kemas masuk. Sekali dia bagi package hentak hentak kaki.
Nasib baik dia tu bukan dinosaur kalau tak roboh lah hospital ni dengan aku yang tersepit bawah frame gambar makwe doktor sini yang tiber ada disudut wadnya.
"Jangan kuat kuat Aqeel. Nanti Ayaz-"
"Nanti Ayaz apa? Ayaz bangun? Tak! Dia tak bangun! Dah berapa bulan dah ni! Dah 4 bulan dah pun dia tak bangun bangun lagi!" bentak lelaki yang masuk hentak kaki tadi.
Mungkin dia tak perasan Ayaz yang dah terbaring memerhatikan mereka berdua.
Tapi nama lelaki itu..
"Sabarlah.."
"Aku boleh sabar tapi lama lama Ayaz macam ni aku makin.. makin.. makin rindu.." lirih suara lelaki itu menyentakkan.
Seorang lagi lelaki yang terselindung disebalik pintu menunjukkan muka. Lelaki dihadapan lelaki itu dipeluk.
"Aku tau.. aku pun rindu dia.."
Erk... diorang ni 'pelangi' ke?
"Kalau nak ber'kunyit', sila keluar. Ni bukan bilik pelangi awam untuk korang nak berpeluk sakan." terus di sound dua orang yang berpelukan itu.
Lelaki yang menghadap ke arahnya mengangkat muka. Matanya mula membulat sambil memerhatikan dirinya.
Apa kena ni?
Aku botak ke?
Tangannya naik menyentuh rambut perlahan-lahan. Ada je..
"Ayaz.." disebut nama itu sebaris.
"Aqeel! Ayaz dah bangun!" Dia memusingkan lelaki bernama Aqeel itu ke arahnya. Setelah dilihat muka Aqeel itu, wajahnya beriak terkejut.
Apakah...
"Korang dua kembar kunyit ke?!" jerit Ayaz dengan suara seraknya. Sangat terkejut dengan apa yang ada dihadapan mata.
"Weh.. kunyit haram.." beritahunya.
Aqeel terus berlari dan memeluk erat tubuh Ayaz. Dadanya naik turun. Teresak-esak dia menangis di atas bahu Ayaz.
"Jangan buat dengan aku lah! Aku straight!" bentak Ayaz sambil menolak Aqeel. Namun badan Aqeel yang lebih berotot darinya tidak bergerak walaupun seinci. Dia yang penat menolak.
"Ayaz.. kau dah sedar.."
Keningnya bertaut. "Ayaz? Siapa Ayaz?"
***
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...