🍁🧡 IA 24

359 40 26
                                    

Wanita itu mengoyakkan segaris senyuman. Dia dapat rasakan kedinginan yang tidak selalu ditunjukkan kepadanya dahulu.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Ryan dengan nada dingin.

"Saya nak cakap dengan Ay--"

"Don't ever say my name with your fvcking mouth." pintas Ayaz laju selaju matanya menikam anak mata wanita dihadapannya itu.

Terkulat-kulat wanita dihadapan mereka apabila diberi amaran oleh Ayaz.

Mata Ryan dapat menangkap kelibat Alia yang tak jauh dari mereka. Terus diberikan signal untuk menyuruh pekerja mereka yang lain untuk mengosongkan lobi.

Alia yang kala itu dilanda bad mood kerana bendera merah mengangkat kening sebelah. Apa bendalah sir dia nak ni? Terkebil-kebil.. terkebil-kebil...

"Haishh.." terus dimesej Alia untuk memberikan arahan. Terus gadis itu mengangguk dan mula membuat kerjanya.

"Ayaz,saya..."

"Kau pekak ke? Aku dah kata kan? Jangan. Sebut. Nama. Aku!" .

"Heyyo! Abangkur!" Aqeel menepuk bahu Ayaz dan Ryan sebaik sahaja dia tiba di situ. Senyuman lebarnya jatuh apabila melihat seorang kambing betina terlepas kandang.

"Eh Nurin? Mbekk mbekk mbekk?"

Berkerut dahi Nurin mendengar bahasa yang keluar dari mulut Aqeel.

"Aqeel nak cakap? Nurin tak faham." ujar Nurin.

"Mbekk mbek mbek mbek? Mbeekkkkk..." Aqeel membuat muka sedih lalu membenamkan mukanya pada bahu Ryan.

"Ha?"

"Keluar dari sini. Aku taknak tengok muka kau." Ayaz yang berura-ura mahu terus berjalan diberhentikan apabila sepasang tangan menarik lengannya.

"Ayaz! Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap." mata bergenang Nurin melihat muka Ayaz untuk meraih simpati.

Ayaz menolak Nurin kasar. Berani sentuh tangan aku?! Nasib lobi mereka ketika itu kosong. Tak adalah mulut jahat yang bawa mulut kata dia ni kaki pukul perempuan.

Nurin menitiskan air mata. Sakit di bahagian pinggul tak mampu untuk menandingi sakit di hatinya.

"Saya buat semua tu ada sebab Ayaz... saya taknak awak kecewa dengan saya.." lirih suaranya bersuara tanpa memandang ke arah Ayaz.

"Tu ayat Nurin jugakkan 3 tahun lepas? Tak sangka otak Nurin bijak. Mesti Nurin ingat jugakkan apa yang Nurin buat dekat Ayaz dulu kan?" tanya Aqeel dengan senyuman di wajah. Dia bercangkung di sebelah Nurin lalu mengusap lembut kepala bertudung wanita itu.

Nak je dia tunjal tak pun hentak kepala Nurin di lantai sekarang ini. Tapi dihalang oleh keberadaan Ayaz dibelakang mereka.

Nurin berhenti bergerak apabila tangan Aqeel berada di atas kepalanya. Dia mendongak memandang wajah Aqeel sebelum turut sama mengukirkan senyuman.

Terus mati senyuman Aqeel apabila dibalas oleh Nurin. Tangan yang berada di atas kepala Nurin mula turun dan mencekik leher wanita itu.

Lantaklah dengan Ayaz tu. Dia tak sabar nak cederakan perempuan dihadapannya ini.

"Akh! Aq--Aqeel!"

"Kenapa Nurin datang balik? Tak serik ke sakitkan hati kawan Aqeel?" muka Nurin dipandang tanpa belas.

Ryan berdiri melayan sketsa dihadapannya. Kalau ada popcorn best jugak.

"Nah." tiba tiba sebekas popcorn muncul dihadapannya. Terus kepala ditoleh ketepi untuk memandang siapa yang memberinya popcorn di waktu yang sangat tepat.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now