"Hari kita nak ke mana, uncle Ayaz?" tanya Aiyani. Selesa dia bersandar di dalam kereta. Bukan kerana kereta Ayaz yang besar ni, tapi baju yang dipakai.
Kain batik dan baju kurung kedah.
Ibu dia yang suruh. Katanya..
"Hari ni kita ayu. Nanti kalau uncle Ayaz ajak keluar tak bagitau nak pergi mana, kita pakai baju emo. Hitam je."
Begitu.
Sejuk pakai baju macam ni. Angin masuk menyejukkan badan. Izara pula dipandang. Yeah.. ibunya pun tampak nyaman di situ. Yang tak nyaman nya makhluk sebelah Izara.
Dari tadi Ayaz memandang lurus ke jalan raya. Logiklah macam tu tapi kalau dah badan dengan leher tegak sekali macam tak kena pulak. Namun matanya masih tampak beku.
"Uncle? Ayin tanya nih..." rengek Aiyani. Geram soalannya yang tadi tidak dijawab.
"Kampung." jawab Ayaz sepatah.
"Kampung?!" jerit Izara dan Aiyani serentak. Tak percaya..
"Kampung siapa?" soal Izara. Bukan.. Ayaz dah takdak keluarga ke.. Dia dah stalk of course.
"I ada beli satu rumah kat situ so why not kita pergi. Satu malam je. Esok balik sini balik." terang Ayaz.
"Ibu..macam mana pakaian kita boleh ter-menepati tema ni?" tanya Aiyani. Uncle Ayaz dengan ibunya ni... boleh tahu pemikiran masing masing ke?
"Tak tau.." balas Izara. Baju Kedah berwarna oren yang dipadankan dengan tudung shawl krim ditilik.
Aduh.. berjodoh betul.
"Err.. tapi baju nak pakai nanti.."
"Don't worry. I dah belikan. Satu set." muka Ayaz nampak cerah sedikit. Nampak bangga. Terkembang hidung mancung nya itu.
Izara membentuk mulut 'o'. Lega sikit bila dah ada baju satu set.
Satu set..
SATU SET?!!
Secara drastik, darah menyerbu mukanya. Mak-maksudnya.. ada sekali pakaian dalam ke?
YA ALLAH!
APA INI MISKA?!!
Ayaz melihat muka merah Izara. Terus dia berhentikan keretanya di tepi. Badan dipusingkan.
"Demam ke? Nak pergi beli ubat?" soal Ayaz mendatar. Namun matanya menunjukkan yang dia kerisauan.
"T-T-Ta-Tak.. Tak.. sam-sambung lah drive. Jangan tengok sini." Ha amik kau. Tergagap gagap Izara jadinya.
"Ouhh...okay." Ayaz kembali memandu seperti biasa. Sesekali dia mengerling ke arah Izara.
Demam ke? Merah betul muka..
***
"Here we are.." Ayaz keluar dari kereta lalu bercekak pinggang ditepi. Muka bangga dengan tanah air ditayang.
"Berapa lama lagi kau nak berangan nyanyi lagu kebangsaan kat situ? Sini! Tolong pindahkan pasu besar ni dengan aku. Pandai pandai letak depan pintu kan? Bodoh punya orang." Daniel mendengus. Berurat dahi cuba untuk mengubah pasu besar itu seorang diri.
Baru Ayaz tersedar dari berangan. Kaki laju menutur langkah membantu Daniel.
"Kau kat sini jugak?" tanya Izara. Aiyani di sebelah dengan muka tak suka dengan kehadiran Daniel.
"Ye darling. Qaisy apa semua ada dekat sini. Pergilah masuk dalam. But no Ryan nguehe.." Daniel meletakkan jari telunjuk di mulut dengan senyuman nakal. Suka la tu Ryan takdak.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Lãng mạn𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...