Mereka turun dari lapangan terbang. Keadaan yang lenggang memudahkan mereka untuk keluar.
Aiyani berjalan dengan tangan dipegang oleh Izara. Mukanya bercahaya melihat sekeliling. Pertama kali dia menjejak kaki di Kanada. Mestilah excited!
Terus muka Izara dicari. Izara sudah tidak memakai topengnya sebaik sahaja dia membuat peraturan baru untuk Estelle's bawah setahun lepas.
Jangan membunuh but breaking bones is allowed.
Cuma belum rasmikan sahaja jadi ramai yang masih belum tau muka Izara.
Tak tau lah pakcik-pakcik yang sekarang ni berada ni merata tempat itu lagi suka atau tak dengan peraturan baru tu.
Macam mana dia tau pasal benda ni? Adalah.. rahsia.
"This is your first time right? Macam mana lawa tak?" soal Izara dengan senyuman. Hanya dengan Aiyani sahaja dia suka bersenyum-senyum ni. Dengan orang lain, mukanya akan terus beku. Tak beku, jadi tak beriak.
"Lawa! Ayin suka! Kita selalu datang sini boleh?"
"Of course if you want so." jawab Izara. Bangga sekejap dapat gembirakan anak. Dia tahu Aiyani sememangnya minat tempat tempat yang cantik.
Jepun waktu musim bunga.
Okay. Dia nak bawak Aiyani pergi sana nanti oho. Kaya chek!
"Nak pergi mana dulu? Terus ke tempat dia ke nak balik dulu?" tanya Daniel. Rumah dia dan Qaisy masih kekal sama manakala Izara duduk di rumah lain. Baru dibeli minggu lepas.
"Korang balik. Aku dengan Aiyani pergi tempat dia." jawab Izara tanpa memandang Daniel dibelakang.
"Berdua je? Nak dating dengan anak ke?" usik Daniel.
Izara mengangguk. Aiyani pula tersenyum suka.
Qaisy dan Daniel mengukirkan senyuman dalam diam. Tak sangka bos mereka yang dulu kasar nak mampus sekarang jadi bapak sweet dengan anak sendiri.
Patut ke ditukar bapak tu dengan emak? Tak perlulah..
"Okay bye. Jom Qaisy. Balik ni kau nak tidur ke nak ulang tengok Encanto?" soalnya. Ah.. buat masa sekarang dia minta Encanto tetapi jangan risau Rapunzel masih lagi di dalam hati.
"Encanto." jawab Qaisy sepatah. Mereka berpeluk lengan sambil berjalan pergi. Acah sawit!
***
Dia menarik lalu menghembus nafas perlahan. Kakinya tiba tiba berhenti melangkah apabila berada di hadapan pintu kaca A-Ice's.
Aiyani memandang risau ibunya. Tangan Izara yang memegang tangannya diusap dengan jari kecilnya.
"Ibu okay?"
Izara mengangguk. "Ibu okay. Thank you, pretty."
Selain Ayin, ibunya juga memanggil nya pretty. Biasalah. Dia kan memang cantik. Perasan kejap.
Okay back to story.
Izara mengorak langkah dengan wajah kembali beku. Kaunter pertanyaan dituju.
"Yes? May I help you mi... madam?" tertukar panggilan apabila dia melihat Aiyani.
"Ayaz Irsyad ada?" tanya Izara.
Muka receptionist itu berubah sekejap sebelum tersenyum kembali.
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romansa𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...