🍁🧡 IA 19

420 45 9
                                    

"Nak makan apa?" tanya Ayaz kepada Izara. Mereka baru sahaja mahu keluar makan tengah hari bersama.

"Ikut kaulah. Ni kan kali pertama dan terakhir kita keluar." jawab Izara malas. Dia memandang ke arah luar tingkap dengan mata kuyu.

"Dia yang ajak makan, dia yang tak tau nak makan dekat mana." rungut Ayaz.

Sebentar tadi Izara ada datang jumpa dia di pejabat. Katanya nak makan sekali. Tiba-tiba tapi tak mengapalah sebab dia suka.

Tambah pula waktu tu dia dan Ryan tengah pujuk Aqeel yang tengah merajuk. Katanya angan angan dia nak jadi jejaka terhensem abad ni punah apabila ternampak mereka berdua masuk semula ke dalam pejabat Ayaz.

Dapatlah dia larikan diri daripada memujuk beruk seekor tu.

Senyuman simpul diukir. Tetapi lenyap apabila teringatkan kata kata Izara tadi. Kereta diberhentikan di tepi secara tergesa gesa. Terlompat Izara di kerusi sebelah.

Ayaz memusingkan badannya menghadap Izara.

"Love! You nak pergi mana?! Kan dah kata you kena stay dengan I! Siapa nak tidur dengan I kalau you takde?!"

Izara mengerutkan dahinya. "Amende kau ni?" tanya dia tak faham.

"Tadi... tadi you yang cakap 'ni kali pertama dan terakhir kita keluar' you jangan buat buat lupa eh."

Izara menahan bibir dari tersenyum dengan gelagat comel Ayaz. "Haah. Aku nak pergi tinggalkan kau. Kenapa? Bukan kau suka ke?" usiknya.

Ayaz memasamkan muka. Dia pusing ke depan dan mula memandu. Tapi kelajuan kereta yang dipandunya semakin lama semakin meningkat.

Tangan Izara naik memegang tempat pemegang di pintu kereta dan kerusinya. Mukanya kekal tidak beriak memandang ke depan. Nasib baik dah berpengalaman bawak kereta laju laju.

"Laju betul. Nak ke neraka sesama ke?" tegur Izara.

"Kalau dekat neraka tu I boleh stay dengan you, why not?"

Gila. Bisik hati Izara.

"Berhenti kat kedai tu jom. Tu kedai aku. Sedap." Izara menunjuk ke arah kedai yang jauh dihadapan. Beberapa saat kemudian, kedai itu betul betul berada disebelah kereta mereka.

Izara membuka tali pinggangnya dan tali pinggang Ayaz. Dia keluar dari kereta dan bergerak ke bahagian tempat duduk Ayaz.

"Jom." tangan Ayaz dirembat dan ditarik keluar jasad lelaki itu dari perut kereta. Biar roh je yang tinggal kat dalam tu.

Kidding.

Ayaz menarik tangannya dari genggaman Izara dan terus menonong jalan ke depan. Izara masuk ke dalam dan menggelengkan kepala melihat Ayaz berpeluk tubuh di sudut kedai makan itu atau lebih tepat lagi restoran.

Pelayan pun takut nak menegur apabila melihat muka bengis yang Ayaz tayang.

Pertama kali dia lihat sisi dingin Ayaz. Not bad. Garang auch!

Kerusi di hadapan Ayaz di tarik dan dilabuhkan punggungnya di situ. Jemari Ayaz pula dibuat main tetapi lelaki itu tidak mengendahkannya.

"Woi gemuk."

Ayaz mendecit. Tangannya ditarik. "I dah cakap kan? Ni bukan gemuk ni sasa. Sado." Dia menjeling ke arah Izara.

Izara tersenyum sebelum mengangkat tangan memanggil pelayan. Seorang pelayan perempuan datang dengan badan yang sengaja dilenggok-lenggokkan.

"Yes Sir?"

Eh eh aku yang panggil, yang ditanya nya si Ayaz. Ke dia tertukar gender aku? Maybe dia terpanggil aku dengan panggilan Sir. Kita bersangka baiklah ye anak anak.

C || Izara AirinWhere stories live. Discover now