"Wow! Panda!"
Izara menjeling. "Diam Dan." Eye bag diurut-urut perlahan. Mana tau sekelip mata boleh hilang.
"Mulut Uncle Niel tu memang. Kerja menderhaka ja. Takdak benda lain." Komen Aiyani selamba. Siap ditendang lagi kaki Daniel.
"Tch. Ayin pun sama. Kerjanya nak menganiaya uncle. Uncle nak tanyalah, Ayin ada dendam masa silam dengan uncle ke?" soal Daniel. Dia siap bercekak pinggang tanda tak puas hati. Sebelah kening turut terjungkit. Bila bila masa ja dia boleh bertumbuk dengan Aiyani.
Geram ni lama dah dia simpan. Terluah jugak akhirnya.
Aiyani mengangkat bahu. "We never know. Tapi logik lah kalau Ayin berdendam dengan uncle. Maklumlah uncle kan batu api."
"Eei budak nih!-"
"Ya Habibis! Sudah la tu. Kau duduk sana! Ayin duduk sini okay. Jauh jauh. Barulah tenang. Oh yeah!" Aqeel duduk ditengah antara mereka berdua. Seorang silang tangan dengan muka ketat. Yang budak pulak muka penuh riak.
Dua dua minta cium dengan kuali. Eloklah.. Qaisy tengah masak guna kuali tu. Siap masak, baling ja dekat dua mangkuk hayun tepi ni. Gaduh sangat.
"You tak tidur, Estelle?" soal Ayaz apabila ternampak Izara tidur di meja makan.
"Hmm? Nope. Aku kurang tidur ja.." lemah dia membalas. Memang matanya tika ini berat mengalahkan biceps Daniel.
Nama Daniel jugak dipetik. Kesian jantan tu.
"Nah makan. 'Sir' Ayaz. Tolong cedokkan nasi letak dalam pinggan. Memandangkan 'Sir' je yang tak buat kerja, apa kata 'Sir' tolong." Perkataan 'Sir' disyahdukan, dihighlightkan biar nampak terang dan jelas di telinga Ayaz. Telinga Ayaz spe-sial sikit. Dia nampak, bukan dengar.
"No problem. Since I have hands." Senduk di tangan Qaisy diambil kasar. Pakej jelingan kasih diberi.
"Ketepi." Tubuh Qaisy ditolak lalu bahu lelaki itu ditekan untuk duduk. Menyemak ja natang ni berdiri. Nak aku buat kerja sangatkan?
Amik kau. Satu pinggan dia bubuh 3 senduk nasi goreng. Yang paling malang mestilah Aiyani. Terbeliak mata dia renung nasi dalam pinggang yang tiber jadi cosplay gunung Kinabalu.
"Jangan komen apa apa. Ikhlas dari hati tu. Makan ja. Terima takdir breakfast hari ni. End of discussion." Suara dari CEO keluar. Bagaikan betul betul menerima arahan, mereka makan dengan hati mengsedih.
Banyak sangat nasi nya...
Hanya Izara masih tersengguk-sengguk. Tak sedar yang sebenar tadi Ayaz menjadi hot CEO buat seketika.
Habis sahaja Ayaz makan, dia menarik pinggan Izara yang hanya diletakkan satu senduk setengah.
"Estelle.." panggilnya.
"Urghh.. aku makan kat depan lah. Tiber lak rasa nak makan sambil baring." Aqeel mengangkat pinggangnya. Sempat disenggol bahu Daniel guna pinggul.
"Aaa.. rasa nak tengok bintang. Aku keluar dulu eh."
"Eh! Makan kasi habis. Penat penat aku masak."
"Ah! Kau pun join aku! Hari tu kau kata kau nak tengok aurora kan? Haa.. jom jom. Ayin pun ikut. Kita pergi tengok aurora." Dipaksa juga dua orang lagi tu untuk bangun tinggalkan Ayaz dan Izara.
"Eh! Uncle ni bodoh ke? Kan pagi nih? Lagi pun kat sini mana ada aurora!" tegur Aiyani.
"Aurora tiruan. Jangan banyak tanya ikut ja."
Berkat Daniel, kini tinggal Ayaz, Izara dan nasi goreng di dapur.
"Estelle.. bangun you. Makan." Izara dikejut sekali lagi.
Perlahan lahan dia membuka mata. "Apa?"
"When I say open your mouth, open it. When I say munch, then you have to munch it. Got it? Now open your mouth."
Disebabkan terlalu mengantuk, otak Izara malas berfikir. Makan gaji buta. Dia terus membuka mulut seperti yang diarahkan.
Ayaz menyuap nasi goreng tersebut. Beberapa butir nasi yang berada di pipi Izara dilap dengan tisu. Kalau dah kahwin ni.. lap dengan mul-
"Munch."
Izara mengunyah makanan nya. Tersenyum sedikit dia apabila nasi air tangan Qaisy yang sedap itu melalui tekak. Memang masakan Qaisy sedap. Tak perlu disangkal lagi.
Muka Izara yang sedang senyum itu dipandang dengan pandangan lembut. Walaupun mata si cantik itu sedang tertutup, wajahnya masih menarik perhatian Ayaz.
Kalau dah halal, mau diciu-
"Open."
Sekali lagi Izara membuka mulut. Membiarkan Ayaz menyuapnya walaupun dalam keadaan mengantuk. Dan keadaan itu berulang sehingga lah nasi dalam pinggang Izara habis.
"Now open your eyes. Get ready. You balik Kanda hari ni kan? I tak boleh hantar, I ada kerja." Dia bangun lalu mengemas meja makan yang berantakan akibat dia menyedok nasi dengan kasar tadi.
Izara tidak menjawab. Selepas Ayaz pergi dan tiada lagi bunyi kedengaran di bahagian dapur, dia membuka mata seluas-luasnya.
Pipi yang menjadi merah padam nya dipegang. "Shit! What have you done?!!" marahnya dalam suara membisik. Sebenarnya di sedar ketika suapan ketiga tapi.. hatinya menyuruh untuk tetap berpura pura.
Dan...
AAAGHHGHHHHHHG!
STRES DENGAN DIRI SENDIRI!
"Aku takkan buat dah. Takkan.." dia perlu menjarakkan diri dengan Ayaz dan melindunginya dalam diam. Bila bila sahaja makhluk pink itu akan menyerang. Tetapi nasib baik jugalah lokasi terakhir nombor makhluk pink itu di Kanada. Ayaz tak ada. Jadi lelaki itu akan selamat.
Mungkin.
***
"Bye princess.." Aqeel melambai Aiyani dengan muka masam.
"Bye uncle Aqeel! Jangan nangis nangis lagi tau. Takdak siapa nak pujuk uncle dah. Aiyani tak ada dekat sini." kata Aiyani dengan senyuman manis.
"Uhuk! Oh my princess..." Badan dikalihkan lalu mukanya disembamkan di lengan sasa Ayaz.
Teringat semalam yang mereka ada lakukan sesi luahan hati dari Aqeel ke Aiyani dengan tema 'Abang Kembar Tak Guna'. Taulah kan siapa yang mereka bincang kan.
Perbincangan mereka di akhiri dengan "Tak apalah.. asalkan dia bahagia." Tipikal ayat penutup sesi membawang.
Izara memandang Ayaz yang sedang ralit dengan telefonnya. Dah di suruh pergi buat kerja, nak jugak diturutkan permintaan si Aqeel untuk hantar mereka berempat. Sayang sangat gamaknya...
"Kitorang bye bye dulu. Bye!" Daniel melambai mereka berdua. Keempat-empat mereka berjalan pergi.
Setelah memastikan empat manusia itu naik, Ayaz menolak sedikit bahu Aqeel.
"Diorang dah pergi. Stop with you acting. Jom."
Air mata dilap. Bayang Aiyani tadi dipandang. "Sorry my princess.."
"Aku ingatkan kau main main." kata Aqeel selepas dia berjaya mengejar langkah Ayaz.
"Semestinya tidak. Aku lagi banyak kerja dekat Kanada tu. Lagi pun abang kau sorang sorang kat sana urus syarikat aku. Syarikat kau pun entah entah dah tunggang langgang..." dan bla bla bla...
Aqeel menutup lubang telinga. Malas mendengar bebelan Ayaz. Ayaz ni makin tua makin minat membebel. Hobi baru ke?
Kalau betul then hobi ni hobi yang pelik. Berdarah telinga dengar banyak banyak.
Dengar cerita sampai mereka landing Kanada, Ayaz masih membebel. Takziah telinga Aqeel. Hm..
✯✯✯✯✯
YOU ARE READING
C || Izara Airin
Romance𝟸nd 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙸𝚉𝙰𝚁𝙰 𝙰𝙸𝚁𝙸𝙽 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antara dua insan beku bermula. Apabila duduk dibawah satu bumbung, aik! yang dingin beku jadi comel dan m...