𝟎𝟏 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

10.9K 520 2
                                        

Bianca melihat dua pasang mata yang masih tepat memandangnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bianca melihat dua pasang mata yang masih tepat memandangnya. Kepala yang tidak gatal itu digaru.

"Erk....Bian...." bibirnya diketap rapat. Tiba-tiba rasa takut. Nafas ditakrik sedalam mungkin.

"Bian nak sambung study dekat Sicily. Can i?" perlahan sahaja nadanya. Hujung hoodie yang dipakai digentel-gentelkan.

"Fine,mummy and daddy benarkan" jawab Hildegord.

Terus bersinar mata Aurora Bianca selepas mendengar jawapan mummynya. Yes. Greenlight. Laju tangan didepakan ke arah orang tuanya. Pipi kedua-dua manusia yang disayanginya itu dikucup.

"Thank you mummy. Thank you daddy" teruja bukan kepalang. Akhirnya,dia berjaya menjejakan kaki di negara kelahirannya semula.

Hildegord dan Emir hanya senyum. Kepala Bianca diusap lembut. Anak dara yang seorang ini sudah membesar. Sudah tiba masanya Bianca mengenali dunia di luar sana. Belajar berdikari seperti abang-abangnya yang lain.












Hari yang dinanti-natikan oleh Bianca telah tiba. Hari dimana dia akan meninggalkan Malaysia dan kembali ke negara kelahirannya.

"Bian,cepat! Nanti lambat sampai airport!" jerit Megat Zulfain dari tingkat bawah.

Bianca menatap dirinya dari dalam cermin buat kali terakhir. Penampilannya ditilik. Sebuah senyuman kecil terhias dibibir.

Sesampai sahaja di ruang tamu,semua terpaku melihat Bianca. Atau lebih tepat,penampilannya.

"Princess,is that really you?" tanya Rayden seakan tidak percaya.

Bianca tersenyum manis kepada abangnya. Tubuh genit itu dipeluk oleh 4 orang abang kesayangan.

Langkah diatur pula ke arah Hildegord dan Emir. Didakap erat badan mereka.

"Semoga terus istiqomah ye,sayang daddy" Emir mengusap kepala Bianca yang berlapit shawl.

Ya,Bianca yang sebelum ini tidak menutup kepalanya sudah mengenakan tudung dan menutup aurat dengan sempurna. Dia mahu ke Sicily dengan wajah baharu. Memulai hidup baharu di sana.

"Thank you for everything mummy and daddy" Bianca tayang sengih. Dahinya dikucup lembut oleh Hildegord.

"Dah. Jom pergi airport. Nanti ada juga yang terlepas flight kang" Huzair dan Rayyan berdiri di hadapan pintu mansion.

Dengan lafaz bismillah,Bianca melangkah pergi.

Dengan lafaz bismillah,Bianca melangkah pergi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang