𝟎𝟕 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

4.9K 402 5
                                    

Bianca menunggu di hadapan kafeteria universitynya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Bianca menunggu di hadapan kafeteria universitynya. Entah apa yang dimipikan oleh si Nathan itu,tiba-tiba sahaja ajak Bianca keluar. Mahu atau tidak,terpaksalah Bianca menurut.

Ferarri 448 bewarna hitam milik Nathan berhenti di hadapan Bianca. Nathan memberi isyarat supaya Bianca meloloskan diri ke dalam perut kereta. Cepat-cepat Bianca buka pintu dan masuk. Bau wangian Tom Ford Oud Wood milik Nathan menerjah masuk rongga hidung.

"Where are we going?" tanya Bianca untuk menghilangkan kesunyian antara mereka.

"Somewhere. Kalau kau mengantuk,tidur lah. Nanti dah sampai aku kejut"

Bianca angguk. Kepala ditoleh ke luar kereta. Tidak dinafikan,bagi kaum lelaki,kereta Nathan amatlah bersih dan teratur. Perlahan-lahan mata Bianca mula tertutup.

Nathan mematikan enjin kereta. Diapandang wajah Bianca yang nyenyak tidur di kerusi sebelahnya. Pipi gadis itu dicucuk sedikit menggunakan kunci kereta,untuk mengejutkannya.

Nathan tahu Bianca tak suka bersentuhan. Terutama lagi dengan kaum lelaki. Nathan masih ingat waktu mula-mula dia berkawan dengan Bianca. Waktu dia tak sengaja terpegang tangan gadis itu.

<Flashback>

Nathan menunggu Bianca dihadapan dewan kuliah gadis itu seperti biasa. Memang itu rutinnya. Bila habis kelas,Nathan akan ajak Bianca pergi lunch. Kadang-kadang Leonia ikut sekali.

Apabila gadis yang dicarinya sudah datang mendekat terus Nathan masuk semula ke dalam keretanya. Kereta itu mula bergerak meninggalkan perkarangan university.

Bianca sudah memeluk tubuh apabila mereka sampai dihadapan restoran untuk makan tengah hari. Nathan sudah berdiri di tepi pintu tempat duduk Bianca.

"Carino keluar cepat. Aku dah lapar ni"

"Taknak. Awak ni memang kan! Degil!" Bianca masih duduk ditempatnya.

"Aku buat apa?" Nathan bertanya dengan wajah blur.

"Saya dah cakap kan,saya taknak makan dekat restoran mahal. Kenapa awak bawa juga saya datang sini?"

Nathan faham maksud Bianca. Sebulan mengenali gadis itu sudah cukup untuk buat dirinya faham serba-sedikit tentang Bianca. Gadis itu selalu memarahi Nathan kalau dirinya dibawa ketempat mahal.

Nathan tak faham. Kalau perempuan lain suka dimanjakan oleh duit,tapi bukan Bianca. Bianca memang tak suka Nathan keluarkan duit untuknya. Katanya tak manis dan taknak susahkan Nathan. Tapi dah kalau namanya Nathan,tetap juga degil. Tidak dihiraukan bebelan dan ugutan si gadis itu.

"No tak kira. Kita makan sini juga" Nathan menarik tangan Bianca untuk keluar dari kereta.

Tidak semena-mena kepalanya diketuk oleh Iphone Bianca.

"Don't touch me recklessly. It's haram in my religion. Ahli keluarga lelaki dan suami saya sahaja boleh sentuh saya"

Nathan mula menggosok kepalanya dan mengejar langkah Bianca. Sejak itu Nathan sudah tidak menyentuh Bianca sesuka hatinya lagi.

<End of flashback>

Kaki Bianca dan Nathan yang dari tadi melangkah di dalam sebuah pusat membeli belah akhirnya berhenti di hadapan kedai swarovski. Bianca memandang Nathan pelik. Tetapi tetap juga diikut lelaki itu melangkah ke dalam.

"I nak tengok cincin paling simple but nice yang ada dekat sini" pekerja itu mengangguk sebelum mengeluarkan beberapa jenis cincin belah rotan.

"Carino,try it" Dahi Bianca sudah berkerut.

"Kita baru kenal sebulan. Takkan awak dah nak lamar saya?" katanya dengan nada mengusik.

"No la. Cincin ni tanda persahabatan kita" kedengaran ikhlas nadanya ditelinga Bianca.

Bianca mengangguk faham. Kalau dia tolak pun nanti Nathan beli jugak kan? Biasalah,degil!

"Thank you,Niel" ucapnya bersama senyuman manis.

Niel. Itu panggilan Bianca pada Nathan. Katanya semua orang sudah panggil Nathaniel sebagai Nathan. Memandangkan Bianca ialah kawan pertama Nathan,dia mahu jadi yang istimewa. Kerana itu Bianca memanggil Nathan dengan nama Niel.

Pada mulanya Nathan tidak setuju. Tapi lama kelamaan,dia sudah terbiasa dipanggil begitu oleh Bianca. Dan mereka sudah berjanji. Hanya Bianca seorang sahaja boleh memanggilnya begitu.

Cincin yang sudah dipilih itu diberikan kepada salah seorang pekerja. Nathan membuat tempahan istimewa dengan mengukir nama mereka pada cincin itu.

"Jangan tanggalkan benda ni,carino" Bianca mengangguk faham.

Dipakainya cincin itu pada jari tengah tangan kanannya. Ditenung ukiran pada cincin itu. NxB. Singkatan kepada Nathaniel x Bianca.

 Singkatan kepada Nathaniel x Bianca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now