Syakir masih menyemak file-file yang berterabur di atas meja kopi di ruang tamu rumahnya. Cutinya selama 3 bulan sudah tamat. Esok,dia perlu kembali ke pejabat untuk bekerja.
Tambahan pula,tadi Nathan ada mengirim pesan padanya bahawa lelaki itu mahu catalogue untuk design baharu esok. Nasib sahaja Syakir sudah menyiapkan catalogue itu awal-awal.
Syakira yang baru sahaja keluar dari biliknya mula menghampiri Syakir.
"Abang,esok nak ikut pergi office. Nak jumpa Nathan. Rindu la dekat dia" rengek Syakira.
Syakir mengeluh lemah. Bila adiknya nak dapat kesedaran agaknya?
"Kau ni tak penat ke? Nathan tak pandang kau pun. Stop la. Jangan tunjuk diri kau tu murah sangat terkejar-kejar lelaki yang langsung tak pandang kau"
"Biar lah. At least Kira tunjuk effort yang Kira nak dia" Syakira menjeling Syakir.
"Dah banyak kali aku pesan,cari orang lain. Nathan takkan pandang kau. Dia dah berpunya. Nanti kau sendiri yang sakit"
"Kalau betul Nathan dah berpunya,mana perempuan tu? Kenapa Nathan tak pernah tayang dia dekat mana-mana? Kenapa perempuan tu takde dengan Nathan?"
"Kau ingat semua kisah cinta macam dalam kisah dogeng ke? Tiada masalah? Tiada kekangan? Aku tak tipu bila aku cakap Nathan dah berpunya. Kau tak percaya? Kau sendiri nampak Nathan pakai cincin"
Syakir sudah penat melarang Syakira. Tapi kembarnya itu degil! Keras kepala! Syakir cuma tidak mahu Syakira patah hati. Itu sahaja.
Syakira terdiam. Apa yang Syakir cakap betul. Memang dari dulu Syakira selalu melihat ada sebentuk cincin di jari Nathan. Tapi,Syakira tidak pernah terfikir cincin itu ialah cincin tanda. Baginya,cincin itu hanya perhiasan yang dipakai oleh Nathan.
Ting!
Syakir mengambil Iphonenya yang berbunyi tatkala ada notifikasi masuk. Aplikasi whatsapp terus dibuka untuk membalas pesanan itu.
Nathan
+ Esok Bian ikut aku
datang office.Okay👌🏻+
Syakir berfikir sejenak. Mungkin ini satu-satunya cara untuk menyedarkan adiknya. Walaupun Syakir tahu keputusan ini mungkin akan menyakitkan hati adiknya. Dia perlu lakukan ini. Demi kebaikan Syakira.
"Kau cakap kau nak ikut aku kan esok?" soalnya pada Syakira.
Syakira angguk laju. Wajahnya yang muram tadi kembali ceria.
"Kau lambat aku tinggal" mendengarkan itu,terus Syakira melompat teruja.
Nak jumpa buah hati,siapa sahaja tidak teruja? Laju kaki berlari masuk ke dalam bilik. Almarinya dibuka. Segala jenis baju dan tudung dikeluarkan lalu diletakkan di atas katil.
Syakira menilik blouse dan seluar jeans serta tudung bawal yang dipakainya dari dalam cermin. Mukanya juga dinaikan seri menggunakan makeup.
Sebelum ini,tidak terlintas pun di dalam otaknya untuk memakai makeup. Tapi hari ini,rasa ringan sahaja tangan mahu mencantikkan diri. Mungkin sebab excited selepas 3 bulan tidak berjumpa dengan crush pujaan hati.
Beg sandangnya dicapai lalu menapak keluar. Syakir yang melihat adik kembarnya mengerutkan dahi.
"Kau cantik-cantik pergi mana?" tanya Syakir.
"Nak jumpa Nathan,kena la cantik. Baru nampak sesuai berdiri sebelah dia" jawab Syakira teruja.
Confident beli mana kak?
Syakir menggeleng kepala dan keluar menghidupkan enjin kereta. Syakira masih tercegat dihadapan rak kasut. Jarinya diketuk pada dagu.
Akhirnya black wedges yang tingginya tidak melebihi 4 inci ditarik keluar dan disarung pada kaki.
Syakira mula memboloskan diri ke dalam perut kereta milik Syakir.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...