Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Perkarangan rumah keluarga Syakir sudah mula dipenuhi dengan tetamu yang hadir. Majlis kahwin Syakir hanya diadakan secara kecil-kecilan. Hanya keluarga dan sahabat terdekat sahaja yang dijemput.
Leonia memberi salam saat tiba di hadapan muka pintu rumah banglo 3 tingkat itu.
"Waalaikumussalam...." jawab orang dari dalam.
Kelihatan Syakira sedikit terkejut saat melihat Leonia berdiri di hadapan pintu rumah keluarganya ini.
"Kenapa tengok aku macam nampak hantu?" soal Leonia pelik.
Syakira menggeleng.
"Awak datang sorang ke?"
"Aku datang dengan kakak ipar and abang aku" sengaja digunakan perkataan kakak ipar itu dihadapan Syakira.
Memang dari dulu Leonia anti dengan Syakira. Mungkin sebab Syakira pernah nak pikat Nathan.
"Eh,Leo! Kenapa tak masuk? Nathan dengan Bianca mana?" Syakir datang menyapa.
Disebelahnya berdiri seorang wanita yang cantik dalam sepersalinan dress putih.
"Ada ni" Nathan menyahut dari belakang.
Syakir memandang Nathan dan Bianca bersilih ganti. Wajahnya nampak teruja. Mulut juga ternganga kecil.
"Father to be,huh?" Syakir mengangkat keningnya berkali-kali.
Syakira yang mendengar itu mengangkat wajahnya. Dia melihat Bianca yang sedang dipeluk oleh Nathan. Nampak sangat bahagia. Dan apa yang membuat senyuman miliknya sedikit keruh ialah perut Bianca yang semakin membulat kehadapan itu.
"Jemput la makan. Kejap lagi aku datang" Syakir menunjukan arah ke khemah yang menyediakan makanan.
Biancq ditinggalkan berseorangan di meja sementara Nathan dan Leonia mengambil makanan untuknya. Bianca boleh sahaja bergerak,tetapi Nathan yang tidak membenarkannya. Tiba-tiba kerusi di hadapannya ditarik.
Syakira sedang duduk dihadapan Bianca.
"Yes? May i help you?" soal Bianca malas.
"S-saya nak minta maaf. Maaf untuk semua perkara. Saya tahu saya tak layak nak jadi orang ketiga dalam hubungan awak dan Nathan. Saya minta maaf sebab pernah buat benda bodoh dulu. Awak jangan risau. Saya dah move on dari Nathan sekarang. Saya harap awak maafkan saya"
Bianca hela nafas perlahan. Sabar,ibu mengandung tak boleh stress!
"Saya dan Nathan dah maafkan awak. Kami tak simpan perasaan atau dendam apa pun. Jangan risau" jawab Bianca jujur.
Kerusi disebelahnya mula diduduki oleh Nathan.
"Carino baca doa makan. Abiy suap" kata Nathan.
"Abiy tak makan?" soal Bianca pula.
"Abiy dah kenyang. Abiy share dengan carino je" Bianca mengangguk.
Tangan ditadah dan doa mula dibaca. Satu suapan nasi mula masuk ke dalam mulut Bianca. Bianca tersenyum suka sambil mengunyah makanannya.
Nathan memang selalu begini sejak Bianca mengandung. Setiap kali makan,mesti Nathan yang suapkan. Bila Bianca dah selesai makan,baru Nathan akan mula makan. Takpun,mereka akan berkongsi makanan. Dan yang paling Bianca suka ialah,Nathan akan menyuapnya menggunakan tangan. Bukan guna cutlery.
Syakira hanya diam memerhati. Tipu kalau dia cakap perasaannya pada Nathan sudah hilang sepenuhnya. Melihat pasangan dihadapannya sahaja cukup untuk membuat hatinya goyah semula. Tapi Syakira sedar,dia tidak akan mampu untuk jadi Bianca yang memang sudah lama bertakhta di hati Nathan.
Syakira bangun dari duduknya. Tidak mahu menganggu pasangan itu. Leonia menatap pemergian Syakira dari ekor mata.
Kadang dia kesian dengan wanita itu,tapi takkan mungkin dia biarkan Syakira merampas hak Bianca. Well,mencintai tidak seharusnya memliki bukan?
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.