Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masuk hari ini,sudah masuk 3 hari Bianca tidak bertemu dengan Nathan sejak makan malam mereka tempoh hari.
Bila ditanya kepada Leonia,Nathan kemana? Jawapannya,Nathan sedang berkurung di dalam office. Ada projek besar baharu yang Nathan perlu handle.
Bianca juga turut jatuh kasihan pada Nathan. Suara lelaki itu jelas kedengaran sangat letih apabila Nathan menelefon dirinya.
Bianca melangkah keluar dari dewan kuliahnya. Hari ini kelasnya habis awal daripada Leonia. Jadi terpaksalah Leonia pulang seorang diri.
Sedang Bianca berjalan pulang ke apartment Leonia,tiba-tiba sebuah kereta datang menghalangnya dari terus melangkah. Pintu tempat duduk belakang kereta mercedes benz itu terbuka dan seorang wanita keluar dari perut kereta dan mendekati Bianca.
"So,you're Bianca?" soalnya dengan nada angkuh.
Bianca angguk. Reaksi dan pandangan wanita itu cukup buatkan Bianca tidak selesa. Wanita itu sedang memandangnya dengan pandangan jijik.
"I'm Atania Stendford. Mak kepada Nathan dan Leonia"
Bianca masih diam ditempatnya. Dia tahu apa yang wanita ini mahukan darinya. Ini sebabnya Bianca merahsiakan identitinya. Kerana dia ingin melihat siapa yang ikhlas berada disampingnya.
"I warning you. Jauhkan diri dari anak-anak i. Sebab you,anak-anak i dah berani melawan i. You ni bawa sial pada diorang. You bawa pengaruh buruk pada diorang. I tak suka you berkawan dengan diorang.
You ni tak setaraf dengan kitorang. You ni orang bahawan je. Tak layak langsung. Entah-entah you berkawan dengan anak i sebab nakkan harta diorang je. Ni bukan first time i jumpa orang macam you. Disgusting.
Ingat eh,ni first and last warning i. Kalau you berani ingkar,maybe nyawa you sendiri melayang"
Puan Atania masuk kembali ke dalam perut kereta dan berlalu pergi.
Bianca guling matanya ke atas. Menyampah dengan orang belagak sombong macam Puan Atania. Kemudian,bibir Bianca mengukir senyum sinis.
"Kau ingat kau hebat sangat? No wonder anak-anak kau benci kau. Perangai subhanallah. Dia tak tahu ke aku ni petik jari sekali je dah boleh jatuhkan syarikat dia? Nasib aku ni baik je"
Bebel Bianca seorang diri sambil menyambung perjalanannya pulang ke rumah.
Bianca berbaring di atas katil sambil memeluk bantal dolphin miliknya. Penat menyiapkan assignment tadi masih terasa. Saat mata mula ingin terpejam,notifikasi dari Iphone di atas night stand membatalkan niatnya.
Laju tangan mencapai benda empat segi itu. Screen Iphone yang sedang bercahaya itu ditenung. Melihat nama yang terpapar di screen membuatkan tangan bianca laju membuka aplikasi whatsapp.
Nathaniel🐬💙
+Carino +Kau dah tidur ke?
Belum. Saya baru je nak tidur+ Kenapa?+
+Nothing +Just wanna let you know yang aku dah sampai rumah.
Ouh okay+ Awak pergi la rehat+ Good night Niel+
+Yeah night too
Message itu ditenung lama. Bianca mengukir senyum kecil. Dia ingat,selepas kejadian Nathan menyuarakan isi hati lelaki itu,mereka akan renggang. Ternyata,hubungan mereka kekal seperti biasa.
Soal hal petang tadi,tidak diceritakan kepada Nathan mahupun Leonia. Bianca tidak mahu hubungan keluarga mereka semakin keruh kerana dirinya. Biarlah,dia sendiri yang tanggung.
Semoga semuanya terus baik-baik sahaja.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.