Bianca mencium belakang tangan kekar milik Nathan saat bersalaman. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat isya secara berjemaah. Atau lebih tepat solat berjemaah pertama mereka.
Nathan baru menjadi mualaf untuk 2 tahun,tetapi suara merdu dan hukum tajwid lelaki itu saat mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran seperti dirinya sudah lama dan sering membaca kalam suci itu.
Bianca berasa cukup kagum dan bersyukur kerana dikurniakan lelaki sesempurna Nathan.
"Carino.." panggil Nathan.
"Can i...see your hair?" mata Bianca terkelip-kelip memandang Nathan.
Memang sejak dari mereka diijabkabulkan tadi,Bianca masih menutup kepalanya. Bukan tidak mahu menunjukkannya pada Nathan,tapi Bianca masih rasa sedikit canggung.
"Tapi,kalau Bian tak sedia takpe. Niel tak paksa"
Tiada lagi panggilan kasar kau aku. Yang tinggal selarang hanya sisi Nathan yang terlihat lembut dan begitu menyamankan. Panggilan mereka juga sudah diubah.
Nathan juga tidak mahu memaksa Bianca. Biarlah Bianca sendiri yang bersedia dan memulakan segalanya. Nathan akan setia menunggu hingga saat itu tiba.
Bianca mengembungkan pipinya.
"Close your eyes" pinta Bianca.
Nathan pula hanya menurut dan tidak membantah.
Perlahan-lahan tali pengikat telekung yang dipakai Bianca dibuka. Telekungnya dilipat dan diletakkan kesebelah. Rambut panjang yang disanggul tadi dibiar lepas lalu dirapikan sedikit.
Rambut coklat pekat ikal mayang milik Bianca beralun lembut saat dirapikan. Bianca mengambil kesempatan untuk menilik segenap wajah Nathan. Masih comel dan handsome seperti 2 tahun yang lalu.
"Abiyy..." panggil Bianca perlahan.
Bianca sudah berjanji dengan dirinya. Kalau suatu hari nanti dia sudah berkahwin,Bianca mahu gelarkan suaminya dengan panggilan Abiy.
Nathan mengerutkan dahi dengan mata yang masih tertutup.
"Abiy?" kedengaran nadanya seperti sedang musykil.
"Emmmm...Niel tak suka eh Bian panggil macamtu? Kalau Niel tak suka,Bian tak panggil dah" Bianca tidak mahu buat Nathan rasa tidak selesa dengan dirinya.
"No. I love it,carino" pantas Nathan menidakkan.
Bianca angguk walaupun dia tahu Nathan tidak akan nampak.
"Abiy,buka lah mata"
Perlahan-lahan mata Nathan dicelikkan. Sungguh dia tergamam melihat Bianca yang sudah tidak menutup kepala dihadapannya.
"MasyaAllah,cantiknya isteri abiy" puji Nathan.
Bianca menundukkan kepala. Pipinya mula merona merah apabila mata Nathan menatapnya dengan penuh perasaan cinta dan kasih.
Bianca dibawa ke dalam pelukan hangat Nathan. Puncak kepala Bianca dicium lama. Menyedut wangian buah yang mampu menenangkan dan menggoncang iman Nathan.
"I shoul say thank you to Allah for giving me an angel"
Bianca mendongakkan kepalanya untuk menatap wajah Nathan.
"Me too. I should say thank you to Him to,because he sent me a perfect imam" tangannya mula melingkar pada pinggang Nathan.
"Eeee,carino...." tiba-tiba badan kecil Bianca dicempung.
Nathan membaringkan Bianca di tengah-tengah katil. Badannya pula berada di atas Bianca. Kedua-dua tangan ditahan di tepi kepala Bianca supaya badannya tidak menghempap badan kecil itu.
"I miss you. I miss you so much. I miss you so damn much that i can't describe it with any word"
Ayat Nathan diselang-selikan dengan ciuman disegenap wajah Bianca. Dari dahi turun ke hidung dan tidak lupa juga kedua-dua pipi gebu kegemarannya. Akhir sekali,bibir Nathan melekat di atas bibir Bianca.
Bianca sedikit kaget. Tapi urutan lembut Nathan pada bibirnya membuatkan Bianca mula terbuai dan membalas semula ciuman itu.
Nathan melepaskan tautan. Matanya tidak lepas memandang anak mata kekasih halalnya.
"Carino....can i?" soalnya separa berbisik.
Bianca tidak menjawab. Hanya tangannya sahaja naik melingkar di leher Nathan dan menarik tubuh lelaki itu supaya jarak diantara mereka semakin terhapus.
"Bismillahi Allahuma Jannibnasy Syaithaana Wajanibis Syaithaana Maa Razaqtana" bisik Nathan betul-betul ditepi telinga Bianca.
Sekali lagi bibirnya di daratkan pada puncak kepala Bianca.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...