Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bianca melihat wajah resah Nathan dengan kerutan di dahi? Dah kenapa lelaki dihadapannya ini? Macam ada yang tidak kena sahaja.
"I want to tell you something" ujarnya.
Bianca turut meletakkan cutlery miliknya kesebelah pinggan. Badan ditegakkan. Wajah Nathan ditatap dengan penuh perasaan tanda tanya.
"Aku tahu benda yang aku nak cakap ni macam cringe gila. But trurt me,aku betul maksudkan apa yang aku nak cakap ni"
Bianca sudah tidak tenang. Hatinya terus berdegup kencang apabila matanya bertembung dengan anak mata Nathan.
"The thing is,aku suka kau. To be more specific aku dah jatuh cinta dengan kau. Jangan tanya aku sejak bila aku ada perasaan tu,sebab aku takde jawapan untuk soalan tu. Bila aku duduk dengan kau,hati aku selalu berdegup laju. Tak macam bila aku dengan orang lain. Aku rasa selesa bila dengan kau. Kau selalu buat aku rasa tenang just by seeing your smile. Waktu aku tak datang university haritu,setiap waktu aku rasa tak tenang. Sebab apa? Sebab kau takde depan mata aku. So yah,i love you. I meant it"
Bianca bungkam. Tidak tahu apa yang perlu dibalas. Ingatnya selama ini,dirinya hanya bertepuk sebelah tangan. Rupanya,bukan dia seorang yang rasa perasaan itu. Bianca senyum tawar.
Baru sahaja Bianca ingin membuka mulut,Nathan sudah menggeleng.
"Aku taknak dengar jawapan kau. Bukan taknak,cuma aku tak bersedia nak dengar. Cukuplah malamni,kau je tahu perasaan aku macam mana. Aku tahu kita berbeza. Dan mungkin kita takkan boleh bersatu. Sekurang-kurangnya sekarang kau dah tahu apa yang aku rasa pada kau. Kau doa la pada tuhan kau,dan aku akan berdoa pada tuhan aku. Mana tahu mungkin satu hari nanti kita ada jodoh?
Tapi kalau suatu hari nanti kita dah bawa haluan masing-masing atau kita dah jumpa seseorang yang dah boleh dijadikan pedamping hidup,aku minta sangat tolong jangan lupakan aku. Tolong simpan aku dekat satu tempat istimewa dalam hati kau. Sebab aku pun akan buat benda yang sama. Boleh tak carino?"
Tanpa dipinta,air mata Bianca jatuh mengalir dipipi gebunya. Kepalanya diangguk perlahan. Hatinya terasa sebak.
Mengapa Tuhan perlu pertemukan mereka jika akhirnya mereka terpaksa berpisah dan tidak mampu bersatu?
"Jangan menangis carino. Aku tak boleh lapkan air mata kau. I'm not your mahram. Please smile for me"
Bianca menatap anak mata hitam milik Nathan. Dapat dilihat yang bukan Bianca seorang yang sedang menahan perasaan sedih itu.
"Saya suka awak Niel. Saya pun cintakan awak. Andai suatu hari saya boleh pilih awak untuk menjadi imam saya,sudah tentu saya tidak akan menolak. Betapa saya berharap,kita berada di keadaan yang membenarkan kita untuk bersama" katanya bersama senyuman nipis.
Bianca sengaja bercakap dalam bahasa Melayu. Kerana dia tahu,Nathan tidak akan faham.
Tapi,berbeza pula dengan Nathan. Sudah berbulan dia belajar bahasa Melayu kerana Nathan teringin mahu berkomunikasi dengan Bianca menggunakan bahasa itu. Dan Nathan tidak sangka,malam ini dia akan dengar Bianca bercakap menggunakan bahasa Melayu.
Tubuhnya mengeras. Dia faham apa yang sedang Bianca cakap. Air matanya mula bergenang cepat-cepat dihapus. Nathan juga turut mengukir senyum tawar.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.