Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nathan memandang langit malam yang diterangi oleh cahaya daripada bulan dan binntang itu. Fikirannya merewang mengingatkan kenagan dahulu.
<Flashback>
"Niel,what did you do kalau awak rindukan someone?" soal Bianca sambil jarinya bermain-main dengan pasir pantai.
Nathan angkat bahu tanda tidak tahu. Dia mana pernah rindu orang. Bunyi ombak laut pada waktu malam itu menenangkannya.
"Kalau kau rindu someone kau buat apa pulak?" soal Nathan kembali.
"Saya akan tengok bulan" jawabnya teruja.
Nathan kerutkan dahi. Tengok bulan? Kenapa bulan dalam banyak-banyak benda?
"Why?"
"Sebab bulan ada 1 je. Dan saya tahu dia pun akan tengok bulan yang saya tengok. Jadi,saya berdoa supaya bulan tu akan ingatkan dia bahawa saya tengah rindu dia" jawabnya.
Nathan gelak besar. Yang pelik-pelik je lah Bianca ni.
<End of flashback>
"Carino,aku harap kau tengah tengok bulan yang aku tengok sekarang ni. Sebab aku nak bulan tu sampaikan rindu aku dekat kau"
Kerusi dihadapannya ditarik membuatkan Nathan sedikit terkejut. Kelihatan Puan Zalikha sedang duduk dihadapannya.
"Kenapa Nathan tak tidur lagi? Dah lewat ni" soalnya lembut.
Walaupun Nathan dan Leonia ialah anak tirinya,tapi sekalipun dia tidak pernah menganggap mereka sebagai keluarga tiri. Dijaga dan dibimbing dua orang itu dengan penuh kasih sayang.
"Sepatutnya Nathan yang tanya umi soalan tu" Nathan menjawab dengan senyuman kecil.
Memang mereka akan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya di rumah kerana Puan Zalikha tidak faham bahasa Itali.
"Nathan rindukan Bian ye?" soal Puan Zalikha penasaran.
Nathan senyum kelat. Matanya mula terasa panas. Tiada lagi Nathan yang angkuh seperti dahulu. Yang tinggal kini hanya Nathan yang lemah dan sentiasa merindui cinta hatinya.
"Menangislah,kalau itu boleh kurangkan beban Nathan. Tak bermaksud Nathan lelaki,Nathan tidak boleh menangis. Nathan berhak menangis bila Nathan rasa tiada sesiapa yang boleh jadi teman pendengar masalah Nathan. Lepaskan semuanya melalui tangisan. Kalau Nathan rasa menangis itu tidak cukup,maka sujudlah pada Allah. Mengadulah pada dia. Nathan tahu betapa hebatnya kuasa doa bukan? Berbisik di tanah,bergemanya di langit"
Nathan senyum tawar. Puan Zalikha selalu ingatkan dirinya kepada Bianca. Wanita ini juga selalu memberika kata-kata semangat padanya.
"Nathan rindu dia umi...." luahnya dengan suara serak.
"Rindu tu lumrah Nathan. Kita manusia biasa yang punya perasaan. Bila Nathan rindukan Bian,titipkanlah doa pada dia. Berdoa agar Allah selalu jagakan dia tak kira dimana dia berada saat ini. Minta pada Allah semoga Allah jagakan hati dia untuk Nathan. Luahkan segalanya dekat Allah. Dia Maha Pendengar dan dia akan selalu mendengar"
"Umi,kenapa Allah uji Nathan macamni?" soalnya lemah.
Rindunya pada Bianca sudah seluas lautan yang tiada hujungnya. 6 bulan yang amat menyiksa Nuim Nathaniel. Tapi entah mengapa,sehingga hari ini dia masih yakin bahawa satu hari nanti,Bianca akan kembali ke pangkuannya.
"Nathan,bumi ni bulat dan akan sentiasa bergerak. Manusia juga akan terus melangkah. Selagi hayat dikandung badan,selagi itu Allah akan hadirkan ujian. Ingat Nathan,Allah hadirkan ujian sebab dia tahu kita mampu. Allah hadirkan ujian,sebab dia nak kita tahu yang dia selalu ada dengan kita"
"Nathan,cinta tak seharusnya memiliki. Kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang akan menentukan. Percaya pada takdir Allah,sebab dia sebaik-baik perancang. Kalau betul Bian adalah jodoh yang ditetapkan untuk Nathan,satu hari nanti dia akan kembali berada di sisi Nathan. Dan satu benda lagi umi nak ingatkan...."
Puan Zalikha pandang wajah mendung anak terunanya bersama senyuman tawar.
"Semua benda atas muka bumi ini,semua tak kekal. Semuanya Allah hanya pinjamkan buat sementara pada kita. Kalau dia nak tarik,dia tetap akan tarik. Walaupun kita sayang sangat benda tu. Dan,kita takde hak untuk halang kuasa Allah"
Puan Zalikha masuk ke dalam rumah kembali selepas menitipkan pesanan itu pada Nathan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.