Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bianca dan Leonia mula menapak masuk ke dalam IXORIAS HALL. Semua pelajar SKY UNIVERSITY dikehendaki berkumpul di sini bagi majlis pelancaran hari terbuka university.
Leonia masih setia menggenggam tangan Bianca. Takut gadis itu hilang disebalik lautan manusia. Tempat duduk yang kosong didekati. Bianca dan Leonia duduk di bahagian tengah dewan di tingkat bawah.
Baru sahaja Bianca melabuhkan duduk,tiba-tiba Iphone miliknya bergetar menadakan ada notifikasi baharu masuk. Segera Iphone di dalam beg galasnya itu dicapai.
Nathaniel🐬💙
+ Where are you?
Dekat bawah,bahagian tengah + Line no. 7 dari pentas +
Bianca memerhati chat Imessage itu. Sudah dibaca oleh Nathan. Selang beberapa minit,kelihatan Nathansedang menaip sesuatu.
+Got it. +Aku dah nampak kau.
Awak dekat mana?+
+Atas.
Baru sahaja Bianca mahu menolen ke belakang dan mendongak untuk mencari kelibat Nathan,satu lagi notifikasi menerjah masuk.
+Tak perlu toleh. +Kau takkan nampak pun aku.
Bianca mencebik. Tak aci! Nathan tahu dan nampak dirinya berada. Sedangkan dia? Nak toleh cari bayang lelaki itu pun,tidak dibernarkan.
Lampu yang menerangi dewan mula dimalapkan. Suara-suara para pelajar juga semakin tidak kedengaran. Pintu utama dewan itu mula dibuka dan beberapa orang menapak masuk.
Bianca dapat menangkap 2 susuk tubuh yang dikenalinya. Bianca tersenyum senget pada mereka. Siapa lagi kalau bukan Chris dan Alex. Mengapa mereka disini? Sebab merekalah manusia yang perlu rasmikan majlis ini.
Bianca terjengket-jengket mencari kelibat Leonia. Katanya tadi hanya mahu ke tandas. Ni,dah 15 minit dia tunggu. Tak muncul juga. Dahla,perut Bianca sudah buat concert. Tiba-tiba Bianca terlihat kelibat Nathan. Terus lelaki itu dihampirinya.
"Niel...." panggilnya.
Sampai sahaja dihadapan lelaki itu,Bianca tergamam. Bibir bawahnya digigit lembut. Ada 3 pasang mata yang sedang memandangnya saat ini.
"What are you doing here? Leo mana?" soal Nathan apabila terperasan yang Bianca hanya seorang diri tanpa teman.
"Tak tahu. Tadi cakap pergi toilet. Erk,awak busy ke? Kalau awak busy saya pergi dulu. Sorry ganggu" ucapnya perlahan.
Bianca masih tidak mahu memandang dua orang lelaki dihadapannya. Chris dan Alex masing-masing sedang menahan diri dari menegur principessa mereka. Binir juga dikemam menahan tawa. Ada juga perasaan terkejut melihat layanan Nathan pada Bianca.
"No. Aku baru lepas habis bincang pasal bussines. Let's go. Aku teman kau cari Leo"
Nathan berjabat tangan bersama Chris dan Alex sebelum membawa Bianca pergi. Sempat Bianca menoleh kebelakang dan melihat Chris dan Alex sedang tersenyum penuh makna kepadanya.
Nathan dan Bianca berjalan beriringan menyusuri deretan gerai jualan yang dibuka oleh para pelajar. Selesai membeli makanan,Nathan mengajak Bianca ke satu tempat. Bianca membututi langkah Nathan sehingga mereka tiba di hadapan satu pagar kecil.
Pagar itu dibuka dan Nathan mempersilakan Bianca untuk masuk terlebih dahulu. Bianca mendaki tangga-tangga batu yang berada di situ,hingga akhirnya mereka tiba dipuncak. Bianca tergamam melihat apa yang ada dihadapannya.
Dia tak pernah tahu ada sebuah bukit yang sangat cantik yang boleh menampakkan seluruh university dari atas bukit ini. Pemandangan dari ata bukit ini juga amat menyejukkan mata yang memandang.
"Macam mana awak tahu tempat ni wujud?" soal Bianca teruja.
"I don't know. Aku tiba-tiba jumpa tempat ni. And yeah,tempat ni jadi tempat kegemaran aku" Nathan menjawab lalu menghampiri sebatang pokok lalu duduk dibawahnya.
Bianca juga turut ikut duduk. Chicken wrap yang dibelinya tadi dibuka. Doa dibaca sebelum Bianca mula menjamu selera. Nathan juga turut sama memasukkan aglio oglio yang dibelinya tadi ke dalam mulut.
"Carino,kalau aku nak ajak kau pergi dinner kau sudi tak?" Bianca berhenti mengunyah.
Wajah Nathan disebelahnya dipandang dengan mata terkebil-kebil. What?!
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.