1 tahun berlalu....
Nathan munutup pintu bilik solat peribadi didalam pejabatnya. Dia baru sahaja selesai menunaikan solat dhuha. Meja kerjanya dirapati. Lehernya diteleng ke kiri dan ke kanan untuk menghikangkan rasa penat.
Punggung dihenyak ke atas kerusi. MacBook miliknya kembali menjadi tatapan. Tak sampai setengah jam,Nathan mula bekerja pintunya sudah diketuk dari luar. Tanpa melihat siapa gerangan di luar,terus diberikan kebenaran olehnya untuk masuk.
"Hi Nathan..." seorang gadis datang menyapanya.
Tubuh Nathan sedikit mengeras. Dia kenal pemilik suara ini. Syakira Ilyana. Adik kembar kepada Syakir.
Selama setahun lebih menetap di London,Nathan sudah masak dengan perangai gadis itu. Dia tahu gadis itu menyukai dirinya,tapi dia tak suka Syakira! Sudah ditolak,tapi gadis itu masih tidak berputus asa.
Perangai kembar ini sangat berbeza. Kalau Syakir diam dan pemalu,Syakira pula happy go lucky dan tak tahu malu.
Kenapa macamtu? Lihat sahaja sekarang. Gadis itu memakai tudung,tapi perangai gediknya.... Hmm,malaslah nak cakap!
"Nathan....Saya panggil awak ni" suaranya sengaja dilunakkan untuk memancing lelaki itu.
Sudah pelbagai cara Syakira gunakan untuk pikat hati Nathan,tapi satu pun tidak menjadi. Entah apa yang membuat lelaki itu tidak tertarik padanya pun Syakira tidak tahu. Dia cantik,pandai,menutup aurat. Apa lagi yang tak cukup?
"Nathan,jangan la palau saya...." Nathan masih setia dengan kerjanya.
Syakira memuncungkan bibir apabila dirinya masih dipalau. Tiba-tiba satu idea muncul di dalam otaknya. Apa kata,panggil Nathan dengan nama gelaran yang dia sudah reka di dalam otaknya untuk lelaki itu?
"Nielll....."
BAM!!!
Syakira tersentak apabila Nathan menghentak kuat meja kerjanya.
"Don't you dare to call me with that name" matanya mencerlung tajam ke arah Syakira.
Syakira tegup liur. Ini kali pertama dia melihat sisi Nathan yang pemarah. Selama ini,lelaki itu hanya diam dan tenang. Saat ini,mata hitam Nathan benar-benar menunjukkan amarahnya.
"Kenapa bising-bising ni? Dari luar lagi Leo dah boleh dengar" Leonia berdiri dihadapan pintu.
Ditangannya ada sebuah kotak dengan logo bakery The Leo's. Bakery yang dibuka sendiri oleh Leonia kerana gadis itu amatlah berminat dengan manisan. Menua utama di bakerynya ialah cheese tart.
Sebenarnya,cheese tart itu ialah makanan kegemaran Bianca. Sengaja Leonia jadikan hidangan itu sebagai tarikan utama. Dengan harapan,apabila Bianca kembali ke pangkuan mereka,gadis itu akan dapat merasa air tangannya.
Leonia memdekati Nathan. Bahu lelaki itu diusap lembut. Muka Nathan yang tadi menegang mula kembali neutral.
Badan Syakira bergetar hebat. Api cemburunya sudah menggelegak apabila meliht Leonia menyentuh Nathan. Kalau tidak difikirkan Leonia itu ialah adik Nathan,sudah lama ditolak gadis itu supaya menjauhi pujaan hatinya.
Muka diteleng ketepi. Tidak sanggup melihat andingan manis dihadapnnya. Tiba-tiba matanya tertarik kepada sebuah frame gambar di atas meja kerja Nathan. Gambar di dalam frame itu ditenung lama.
Syakira terpaku melihat diri Nathan di dalam gambar itu. Lelaki pujaannya sedang tersenyum di dalam gambar itu. Bukan senyum sinis atau senyum tawar yang selalu dilihatnya,tetapi senyum manis. Senyum yang menampakkan Nathan sedang bahagia.
Sekali lagi mata dikecilkan untuk memandang frame gambar itu. Atau lebih tepat lagi,memandang ke arah orang yang berada di sisi Nathan di dalam gambar itu. Baru sahaja mata ingin mengecam manusia di sebelah Nathan itu,tiba-tiba frame itu diterbalikan.
Syakira tersentak. Mukanya terus dikalihkan kehadapan. Pandangan tajam dari Nathan buatkan Syakira tersengih menahan rasa takut. Ya,Nathan yang menterbalikkan frame itu tadi.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...