Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Nathaniel duduk memerhati tasik buatan dihadapannya. Perbuatannya bersama Leonia seminggu yang lalu kembali menerpa di fikiran.
<Flashback>
"Kenapa abang pandang kawan Leo macamtu?" soal Leonia pelik apabila mata Nathaniel masih memerhati langkah Bianca yang makin menjauh.
"She's your friend? Dia tahu siapa Leo?" Leonia angguk.
"She's good. Dia tak macam orang lain yang tak ikhlas berkawan dengan Leo" jelasnya.
"Is she a muslim? And she accept nak berkawan dengan Leo yang christian ni?" sekali lagi Leonia angguk.
"Interesting" entah mengapa sejak kali pertama mata mereka bertemu,Nathaniel sudah tertarik kepada Bianca.
Bagai ada satu magnet pada gadis bermata kelabu kehijauan itu. Rasa ingin tahu tentang gadis itu makin membuak-buak.
"Don't you dare,Nathan" Leo memberikan amaran kepada si abang.
Nathan. Itu nama panggilannya yang semua orang gelarkan.
Nathan hanya buat tak endah dengan amaran adiknya itu.
<End of flashback>
Sedang Nathan duduk termenung,tiba-tiba sahaja tubuhnya ditarik dan dipaksa untuk bangun. Sekumpulan lelaki tiba-tiba sahaja memukulnya. Nathan ditendang dan ditumbuk beberapa kali oleh mereka.
"Itu balasan sebab tolak cinta cik muda Pisca" kata lelaki itu sebelum berlalu pergi.
Nathan mengerutkan keningnya menahan sakit. Macam tak percaya. Dia dibelasah hanya kerana menolak cinta seorang perempuan? Dunia ni memang dah gila agaknya.
Nathan merebahkan dirinya di atas rumput. Tangan sebelah naik menutup mukanya dari terkena cahaya matahari. Lama-kelamaan,Nathan mula terlelap disitu.
Bianca yang baru sahaja tamat dengan kelasnya memilih untuk bersiar-siar di tasik berdektan kawasan perumahannya sebelum pulang. Mahu ajak Leonia temankan,tapi gadis itu masih belum habis kelas.
Gadis itu terperasan akan susuj tubuh yang sedang terbaring di atas rumput berdekatan dengannya. Dengan penuh berhati-hati Bianca melutut di sebelah manusia itu.
"Macam kenal. Tapi siapa?" monolog Bianca di dalam hati.
Tiba-tiba sahaja lelaki yang memakai hoodie hitam di hadapannya ini bergerak sedikit. Mmebuatkan Bianca menahan nafasnya. Matanya terkebil-kebil. Saat merasakan lelaki itu masih diulik mimpi,Bianca menarik nafas lega.
Sekarang baru dia dapat melihat wajah empunya badan. Sedikit kaget dirinya melihat lelaki itu. Nathan? Apa lelaki itu buat disini?
Dan apa yang lebih menjadi tanda tanya ialah,mengapa muka lelaki itu banyak kesan lebam? Dia bergaduh ke?
Seorang Bianca yang baik hati mula duduk bersimpuh di sebelah Nathan. Beg galasnya dicapai. Salah satu zip dibuka dan mini first aid kit dikeluarkan. Dengan penuh berhati-hati dan perlahan,Bianca mula merawat luka milik Nathan.
Dia tidak mahu lelaki itu terjaga. Entah mengapa Bianca rasa,dia perlu tolong lelaki itu. Padahal,boleh sahaja dia tinggalkan Nathan tersidai disini. Tapi lumrah seorang Aurora Bianca. Pantang nampak orang susah,pasti ditolongnya.
Setelah siap dengan hasil kerjanya,mini first aid kit itu disimpan semula. Iphone dari dalam beg pula dicapai. Aplikasi Al-Quran dibuka sementara menunggu Nathan bangun dari tidur lenanya.
Untuk apa Bianca tunggu? Dia pun tak tahu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.