𝟎𝟗 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

5.3K 399 13
                                        

Nathan melangkah masuk ke dalam lobby syarikat milik keluarga mummynya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nathan melangkah masuk ke dalam lobby syarikat milik keluarga mummynya. Setiap orang yang bertemu dengannya pasti akan menunduk hormat. Nathan hanya mengerling tanpa membalas. Tingkat 30 dimana pejabat miliknya berada dituju.

Masuk sahaja ke pejabatnya,dua butang teratas kemejanya dibuka. Lengan kemeja juga dilipat hingga ke siku. iMac diatas meja kerja itu dihidupkan. Intercom ditekan sebelum Nathan menyuruh setiausahanya untuk masuk.

Ricco masuk ke dalam pejabat Nathan bersama beberapa buah file hitam ditangan. File itu diletakkan di atas meja Nathan lalu Ricco kembali ke meja kerjanya di luar pejabat Nathan.

Nathan masih setia menghadap iMac yang memaparkan proposal projek terbaru syarikat keluarganya. Kadang-kala,jari menari di atas keyboard untuk membetulkan kesalahan-kesalah proposal itu.

"Wow look who's here" satu suara datang menyapa gegendang telinga Nathan.

Nathan hela nafas kasar.

"What do you want mummy?" soalnya malas. Mata masih focus pada kerjanya.

"Pandai pula cari jalan masuk office. Ingat taknak masuk kerja dah. Maklumlah sibuk sangat pergi belajar dekat university kan?" ujar Puan Atania Stendford dengan nada perli.

"Mummy ni kenapa? Nathan masuk kerja mummy perli. Nathan tak datang kerja mummy bising. Nathan nak pergi uni mummy tak kasi pulak? Sedangkan haritu mummy yang paksa Nathan bekerja sambil belajar. Apa yang mummy tak puas hati lagi? Semua yang mummy nak,semua Nathan tunaikan" matanya mencerlung memandang Puan Atania.

Jujur dikatakan,hubungan Nathan dan mummynya tidak pernah rapat. Malah semakin renggang selepas penceraian ibu bapanya. Nathan mahu mengikuti daddynya,tapi Puan Atania tidak membenarkan. Sejak itu,hidup Nathan diatur sepenuhnya oleh Puan Atania. Dan kerana itulah,Nathan menjadi seorang yang pendiam dan beku.

"Nathan ingat mummy tak tahu kenapa Nathan seronok sangat pergi university sekarang?" Puan Atania senyum senget.

"What?" Nathan tayang muka tiada perasaan.

"Jangan berkawan dengan perempuan kampung tu. Mummy tak suka dan mummy tak benarkan" tangannya disilang ke dada.

Nathan tersentak. Muka sehabis baik cuba dikawal.

"Maksud mummy?" soalnya pura-pura tidak faham.

Puan Atania meletakkan satu sampul surat coklat bersaiz a4 di atas meja Nathan. Pantas Nathan mengeluarkan isi dalam sampul itu. Badannya mengeras. Di dalam sampul itu ada beberapa keping gambarnya bersama Bianca yang ditangkap secara senyap dari jarak jauh.

"Mummy pasang spy ikut Nathan?" nadanya kedengaran keras.

"Well,untuk kebaikan Nathan juga" Puan Atania menjawab dengan nada tidak bersalah.

"Apa hak mummy nak masuk campur hal peribadi Nathan?!" bentaknya kuat. Mukanya mula memerah menahan rasa.

Pekerja di luar ruangan pejabat itu juga turut tersentak mendengar tengkingan kuat anak majikan mereka. Tetapi,tiada siapa berani angkat muka. Tidak mahu menjadi mangsa.

"Nathan anak mummy. Of course mummy ada hak nak tahu hidup anak mummy. Stop berkawan dengan dia. Mummy tak suka. Dia tak setaraf dengan keluarga kita. Dia tak layak berkawan dengan Nathan ataupun Leo!" suara Puan Atania juga turut meninggi.

Taraf. Itu yang selalu dipentingkan oleh Puan Atania. Dan disebabkan oleh hal itulah,Leonia dan Nathan tidak ramai kawan. Kerana mummy mereka mementingkan taraf dalam segala hal membuatkan Nathan dan Leonia tidak dapat hidup bebas seperti remaja lain.

"Jangan berkawan dengan dia. Dia hanya akan datangkan malang dalam hidup Nathan. Entah-entah dia hanya mahukan harta Nathan"

"She's not like that!" bantah Nathan.

Dia tidak suka jika sesiapa bercakap buruk tentang Bianca. Walaupun baru sahaja beberapa bulan mengenali gadis itu,tapi Nathan tahu Bianca orang yang baik kerana Nathan selalu memerhatikan Bianca.

"This is my first and last warning Nathan. Kalau mummy cakap mummy tak suka,it means mummy memang tak suka. Jangan sampai satu hari nanti,nyawa perempuan tu jadi galang-ganti sebab Nathan taknak dengar cakap mummy"

Puan Atania berjalan keluar. Meninggalkan Nathan seorang diri di dalam bilik itu.

"I'll not let anyone touch her. No matter what" gumamnya perlahan.

 No matter what" gumamnya perlahan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang