Dewan besar itu sudah mula dipenuhi oleh tetamu jemputan. Kebanyakan kerusi yang paling hampir dengan pentas sudah penuh dengan barisan VVIP. Tepat pukul 9.00 malam,fashion show itu mula bermula.Semua rekaan yang digayakan pada malam ini mendapat respond yang baik daripada semua tetamu yang hadir. Hildegord berdiri di atas pentas untuk memberikan ucapan sebagai pihak yang bertanggungjawab bagi pertunjukan malam ini.
"Ladies and gentleman,introducing Nuim Nathaniel. Ceo of Cael" Hildegord mempersilakan Nathan untuk naik ke atas pentas.
Saat kaki melangkah naik ke atas pentas,cahaya daripada flash camera tidak berhenti terpancar ke arah Nathan. Lagaknya amatnya menunjukkan bahawa dirinya seorang yang berkarisma.
Apabila terasa dirinya diperhatikan,Nathan menoleh ke arah kirinya. Saat itu,jantungnya bagai berhenti berdegup. Masa juga seakan terhenti apabila mata hitamnya bertemu dengan anak mata kelabu kehijauan milik gadis itu.
"Ya Allah,tolong jangan cakap yang berdiri di hadapanku ketika ini adalah ilusi" mohonnya di dalam hati.
"Nathan,are you okay?" hilang sudah lamunan Nathan saat Hildegord menegurnya.
Kepala kembali ditoleh ke arah Hildegord bersama senyuman nipis.
"Ah,looks like you already found her" kata Hildegord.
Badan Nathan menggeletar hebat mendengar ayat Hildegord. Mkasudnya,yang dia nampak tadi bukanlah ilusi tetapi realiti. Gadis itu ada disini. Di dalam deaan ini.
"If you really love my daughter,then go and catch her. Treat her well" pesan Hildegord selepas turun dari pentas.
Mata Nathan terus mencari kelibat gadis itu. Tidak pernah dirinya seresah ini. Hanya seorang manusia sahaja yang mampu buatkan dirinya menjadi separuh gila seperti sekarang.
Tiba-tiba mata Nathan tertumpu pada pintu belakang dewan yang baru sahaja tertutup. Firasatnya kuat mengatakan dia harus ke sana. Tanpa menunggu lama,Nathan menghampiri pintu itu dan berlalu keluar.
Taman di sebelah dewan ini hanya diterangi dengan cahaya dari lampu-lampu hiasan disekelilingnya. Nathan mengikut satu laluan yang diterangi oleh lampu-lampu berwarna kuning malam. Semakin dekat Nathan dengan penghunjung jalan itu,semakin laju jantungnya berdegup.
Seorang wanita yang memakai dress bewarna peach bersama shawl bewarna off-white sedang berdiri di hujung laluan itu dengan membelakangi Nathan. Nathan menggigit bibir bawahnya. Dari belakang sahaja dia sudah dapat mengagak siapa wanita di hadapannya.
"Carino...." panggilnya perlahan.
Nampak tubuh gadis itu sedikit menegang. Beberapa saat kemudian,gadis itu mula menoleh untuk melihat Nathan.
Nathan bungkam. Emosinya bercelaru. Tapi di dalam hatinya tidak lepas dari mengucapkan kata syukur. Untuk pertama kalinya,hati yang selalu terasa sesak menjadi lapang.
"Hi,Niel. It's been awhile right?" kata gadis itu bersama senyuman.
Nathan mendongakkan kepala memandang langit. Matanya dikerdip beberapa kali,menahan air mata dari membasahi pipi.
"Yeah. It's been awhile. I miss you so much carino" ucapnya.
Mendengar ayat terakhir dari Nathan membuatkan air mata yang ditahan oleh Bianca tadi akhirnya pecah juga.
Kepalanya ditunduk kebawah. Bahunya menggeletar hebat menahan esakan.
"Carino,don't cry. I can't wipe your tears and comfort you" pujuk Nathan. Matanya juga turut sama memerah menahan tangisan.
"Saya minta maaf sebab tinggalkan awak" kata Bianca dengan suara serak.
"It's not your fault,carino. Semua yang jadi bukan kita yang minta. But seeing you right now,standing in front of me. Finally i can rest assuared" Nathan tersenyum nipis ke arah Bianca.
"Should i call you Nuim now?" tanya Bianca sekadar ingin bergurau.
"I prefer you call me Niel" Nathan turut ketawa.
"Carino,kalau sekarang ni aku confess lagi sekali,kau accept tak?" soal Nathan penasaran.
"Awak betul-betul sayang,suka,cinta dekat saya?" Nathan angguk.
"Kalau betul awak nakkan saya,bawa la family awak menghadap family saya" Bianca senyum manis ke arah Nathan.
"Kau cabar aku?" Nathan inginkan kepastian.
Bianca angkat bahu tanda tidak mahu memberi jawapan.
Sedang asyik berborak melepaskan rindu,tiba-tiba seorang manusia datang ke arah mereka.
"Nathan,where are....you?" suara Syakir semakin mengendur di hujung ayat.
Syakir memandang Nathan dan gadis disebelah lelaki itu. Dah kenapa sampai nangis-nangis? Kena reject dengan Nathan ke macam mana ni?
"Who?" soal Syakir sepatah.
Nathan senyum senget. Finally,dah boleh flex!
"Syakir Imran. Introducing,my carino. Aurora Bianca"
Syakir terkedu. Matanya membulat. Manakala,Bianca hanya mempamerkan senyum manis kepada Syakir.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...