Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Syakira berdehem sedikit kuat apabila merasakan dirinya seperti tidak wujud di dalam bilik itu. Kini,3 pasang mata memandang tepat ke arahnya.
"Ouh,aku lupa kau still kat sini. Bian,kenalkan adik kembar i,Syakira. Syakira,this is Aurora Bianca,wife Nathan" Syakir menjadi orang tengah diantara mereka.
Hati Syakira pecah seribu apabila mendengar perkataan isteri itu keluar dari mulut abang kembarnya. Bianca pula memberikan senyuman nipis kepada Syakira.
"Erk,Kira dah nak kena gerak. Ada group discussion dekat library. Nice to meet you,Bianca"
Syakira pun melangkah keluar dari bilik itu.
"Okay lah,bro. Aku sambung kerja dulu" Syakir juga turut ikut keluar meninggalkan Bianca dan Nathan.
Bianca menyandarkan kepalanya ke dada bidang milik Nathan.
"Abiyy..." panggilnya meleret.
Seperti tahu ayat apa yang bakal keluar seterusnya,laju sahaja Nathan memotong percakapan Bianca.
"No. Abiy takde apa-apa dengan dia"
"Dia suka abiy" ayat itu keluar dari mulut Bianca.
Macam mana Bianca tahu? Melihat dari pandangan mata dan ekspresi wajah Syakira sahaja sudah cukup. Bianca juga perempuan,jadi dia tahu.
"Tapi,abiy tak suka dia" jawab Nathan bersahaja.
"Memang la abiy tak suka dia. Kalau abiy suka dia buat apa abiy tunggu Bian"
"Awwwww,carino abiy ni jealous ke?" usik Nathan.
Bianca berdecit geram apabila mendengar Nathan dibelakangnya sedang ketawa.
"Carino,nak makan apa?" soal Nathan apabila terpandang jam di dinding biliknya yang menunjukkan sudah hampir waktu makan tengah hari.
"Nak makan abiy boleh?" soal Bianca dengan nada bersahaja.
Nathan membulatkan mata. Wife dia ke ni? Sejak bila Bianca nakal macamni? Nathan perlahan-lahan mengukir sebuah senyuman nakal dibibirnya.
"Boleh. Malamni,carino nak makan abiy sampai habis pun takpe. Abiy tak kesah. Abiy lagi suka" bisiknya betul-betul ditepi telinga Bianca.
Sempat ditiup sedikit telinga yang tersembunyi di balik shawl itu. Bianca mengeliat kegelian.
Laju tangan Bianca mencubit lengan kekar milik Nathan. Gatal!
"Kenapa cubit abiy? Carino yang nak sangat kan tadi?" usiknya lagi.
"Bian gurau je la" rengeknya.
"Bian nak makan dekat rumah umi boleh tak abiy? Tadi umi call cakap dia masak tomyam favourite Bian"
Nathan angguk. Puncak kepala permaisurinya dikucup lembut.
Syakira berlari keluar dari syarikat Nathan dengan tergesa-gesa. Empangan air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah. Hayinya hancur berkecai. Dadanya dicengkam kuat. Sakit.
Patutlah Syakir selalu berpesan padanya untuk menjauhi Nathan. Lihat sekarang,siapa yang tersiksa? Bodohnya dia kerana selama ini tidak peduli dengan amaran oleh Syakir dan Leonia.
Mengingatkan cara Nathan memandang Bianca tadi membuatkan hati Syakira kembali sakit. Pandangan redup yang penuh dengan kasih sayang dan sarat dengan perasaan cinta. Untuk pertama kali,Syakira melihat sisi lembut Nathan.
Hari ini,barulah Syakira sedar. Sisi Nathan yang seperti itu hanya wujud untuk seorang wanita bernama Aurora Bianca.
Betullah orang cakap. Semakin tinggi kita berharap,semakin sakit rasanya apabila kita jatuh kerana dilukai. Cinta itu ibarat dadah. Boleh membawa kebahagiaan dan boleh juga membawa penderitaan.
Syakira meraup wajahnya yang lencun dengan air mata. Dia buntu. Hatinya sudah terpahat nama Nathan. Tetapi,lelaki itu sudah mempunyai permaisuri hati.
Syakira tersenyum hambar. Nampaknya dia perlu berunding dengan sesorang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.