Nathan mencelikan matanya perlahan-lahan. Wajah Bianca yang masih dibuai mimpi disebelahnya ditatap dengan senyuman yang mekar. Tenangnya rasa saat melihat permaisuri hati masih berada disisi.
"Ya Allah,thank you for giving me a chance to have her as my companion" ucap Nathan di dalam hati.
Badannya didekatkan dengan Bianca. Wajah disorok pada ceruk leher milik si isteri. Sesekali leher jinjang itu dikucup dan digigit lembut sehingga meninggalkan bekas. Tangan Bianca mula naik mengusap rambut Nathan.
"Mornig,carino. Abiy kacau Bian tidur ke?" soalnya lembut.
Dalam keadaan mamai,Bianca menggeleng.
"Morning too,abiy" Bibir Bianca mula bercantum dengan bibir Nathan.
Nathan tersenyum puas. Bianca sejak berbadan dua ni makin suka menggoda Nathan. Banyak kali juga lah,Nathan kena beristighfar panjang untuk tenangkan diri daripada tergoda. Tapi selalunya,dia kalah juga dengan Bianca.
Nathan menurunkan badannya sedikit kebawah. Baju tidur milik Bianca diangkat hingga menampakkan perutnya yang sudah sedikit membuncit. Nathan mengucup perut Bianca lama. Memang perkara itu sudah menjadi rutin hariannya sekarang.
Bianca meramas lembut rambut hitam lebat milik Nathan saat lelaki itu menggeselkan hidungnya pada perut Bianca.
"Emmm,abiyyyy..." rengeknya manja kerana kegelian.
Nathan tegup liur. Ni yang dia lemah ni.
"Carino,don't do that voice. You don't want me to become a beast right? Cause i'm having a wild imagination right now" suara Nathan mula memberat.
"Abiyyy...." suara Bianca sengaja dimanjakan lagi.
Sengaja menguji dan mengusik Nathan.
Nathan memejam matanya erat. Bibir bawahnya dibasahkan. Perlahan-lahan badannya naik menindih badan Bianca yang ditutupi duvet.
"Abiy,kesian baby kena tindih dengan perut ketak-ketak abiy" mata bundar Bianca terkebil-kebil memandang Nathan yang sudah berada di atasnya.
Nathan senyum senget. Bibir Bianca diragut tanpa sebarang amaran.
"Macam tak biasa. Selama ni okay je kena tindih" jawab Nathan selepas melepaskan tautan.
Nathan pandang jam yang berada di dinding. Masih ada banyak masa lagi sebelum mereka bertolak ke lapangan terbang. Duvet ditarik menutupi badannya dan Bianca.
"Suddenly,i'm hungry. And i need my breakfast ASAP" kata Nathan dengan penuh makna tersirat.
Bianca dan Nathan berjalan sambil berpeganan tangan saat melangkah keluar dari KLIA2 diikuti Leonia dari belakang. Kelihatan Emir dan Hildegord sudah menunggu ketibaan mereka. Bianca tersenyum lebar.
Baru sahaja kaki ingin berlari,Nathan terlebih dahulu memaut pinggang Bianca. Ya Allah,mak buyung sorang ni! Tak boleh duduk diam langsung!
"Carino,if you forgot then let me remind you. You're pregnant. So,please jangan lari. Bahaya" tegur Nathan dengan nada lembut.
Bianca tersengih kecil. Terlupa yang dirinya mengandung. Well,excited sangat dapat balik Malaysia.
"Mummy! Daddy!" badan kedua orang tuanya terus didakap erat.
Emir dan Hildegord hanya menggeleng. Dah nama pun anak bongsu kan? Haruslah,manja!Nathan bersalaman dengan kedua mertuanya.
"Daddy dengan umi kirim salam" beritahunya.
Mereka bergerak ke arah kereta yang dipandu oleh Emir untuk pulang ke SKY MANSION.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...