Code rumah dimasukkan sebelum Nathan melangkah masuk ke dalam condominium miliknya. Kaki Nathan terpasak pada tempatnya berdiri sekarang. Mata tajam merenung sekujur tubuh yang sedang elok duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya sambil membaca majalah.
"Siapa benarkan mummy masuk rumah Nathan?" soalnya sambil berjalan ke arah ruang tamu.
"Salah ke mummy datang rumah anak mummy sendiri?" Puan Atania masih tenang membaca majalah dihadapannya.
" Ini privacy Nathan! Mummy takde hak nak masuk campur hal peribadi Nathan!" tempiknya kuat.
Puan Atania menutup majalah yang dibacanya tadi. Majalah itu dilempar ke atas meja lalu Puan Atania berdiri.
"Sejak bila Nathan pandai tinggikan suara dengan mummy? Ni mesti perempuan tu yang ajar kan? Tengok la apa dia dah buat? Dia buat anak mummy jadi kurang ajar!"
"Enough!!" Urat-urat hijau mula kelihatan pada dahi dan lengan Nathan.
"Mummy tak habis-habis nak cari salah Bianca. Dia tak salah. Tak pernah salah. Dia tak buat apa pun. Nathan jadi kurang ajar macamni sebab mummy! Mummy yang buat Nathan jadi macamni!"
PANGG!!!
Dada Puan Atania turun naik. Pertama kali Nathan melawan apa yang disuruhnya.
"You're too much,Nathan. Selama ni mummy bagi kebebasan untuk Nathan berkawan dengan betina tu. Nathan ingkar arahan mummy. Nathan tetap degil dan ikut kepala Nathan. Its'okay. Lepasni,mummy akan mula bertindak. Kalau satu hari nanti,Nathan hanya dapat jumpa kubur dia,jangan tanya mummy kenapa. Mummy dah bagi warning before this"
Puan Atania mula melangkah keluar. Pintu rumah Nathan dihempas kuat.
Nathan masih terpaku ditempatnya. Dinding disebelahnya ditumbuk kuat berulang kali. Tangannya yang sudah mula berdarah diendahkan. Nathan jatuh perlahan-perlahan melurut di tepi dinding itu. Rambut dikusutkan. Mukanya diraup kasar.
Kenapa? Kenapa dia tak boleh bahagia macam orang lain? Kenapa dia tak boleh hidup bebas. dengan orang yang dia suka? Perlu ke dia berkorban atau dia perlu menjadi selfish?
Nathan bangun dari tidur apabila cahaya matahari mula memenuhi ruang biliknya. Tangan naik mengurut pelipis. Kepala terasa berat. Lantas,Iphone di atas bantal sebelahnya dicapai. Nombor Bianca dicari.
"Can you pick me up? Aku tak larat nak drive pergi uni" katanya dengan suara serak basah. Nathan gagahkan diri untuk bangun dan masuk ke dalam bilik mandi.
15 minit menunggu,akhirnya bayang Bianca muncul dihadapnnya. Kunci kereta diserahkan pada Bianca sebelum mereka menapak turun ke basement. Masuk sahaja ke dalam kereta,Nathan menyandarkan tubuhnya ke tempat duduk penumpang sebelah pemandu. Mata dipejam erat.
Bianca menghidupkan enjin kereta. Ditilik muka tidak bermaya milik Nathan.
"What happened to you?" soalnya selepas terlihat kesan lebam dan luka pada bibir dan tangan Nathan.
Nathan diam membatu. Dalam mulut ada ketul emas agaknya. Bianca merengus kecil. Beg galasnya dicapai. Mini first aid kit yang selalu ada bersamanya dikeluarkan.
Botol kecil antiseptic dikeluarkan dan dituang ke atas kapas. Sengaja Bianca menekan sedikit kuat luka pada bibir milik Nathan sehingga lelaki itu memdesis kesakitan.
"Auchh!!!" Nathan memandang Bianca dengan pandangan tidak percaya.
Sampai hati! Tak tahu ke dia tengah sakit?!
"Lain kali,bila orang tanya tu jawab. Berat mulut sangat kenapa?" Bianca menjeling Nathan.
Nathan diam tidak melawan. Dia hanya membiarkan Bianca merawat segala lukanya. Termasuklah luka pada tangannya.
"Nah,ambil ni" Bianca menyerah satu paperbag yang terisi satu bekas bubur bersama sepapan ubat.
Nathan senyum nipis. Bianca selalu tahu cara untuk buat hatinya semakin tertarik pada gadis itu.
YOU ARE READING
THE ONE
RomantizmPernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...