𝟐𝟕 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

4.3K 357 0
                                    

Bianca fikir bangun paginya akan bersama senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bianca fikir bangun paginya akan bersama senyuman. Tetapi lain pula yang jadi. Berita yang sedang tular di media sosial pagi ini amatlah cukup untuk mengguris hatinya.

"Kau dah janji yang kau tak akan berharap. Percaya dengan takdir Allah Bian. Now smile" ujarnya dihadapan cermin.

Tidak sampai seminit,senyumannya kembali pudar. Bianca mengeluh lemah.Mukanya diraup.

"Bian,remember. There's a qoutes that saying. Jibril pernah berpesan : cintailah sesiapa yang kamu suka. Tapi ingat,sesungguhnya engkau akan berpisah dengan orang itu"

Bianca perlu ikhlaskan. Dia tidak boleh melawan takdir Allah. Kalau ini yang tertulis untuknya,maka dia akan belajar untuk terima.

Pintu bilik dibuka dan Bian melangkah keluar.

"Biannn..." Bianca menoleh ke arah Leonia yang baru sahaja turun dari tingkat atas bersama senyuman manis.

Leonia sedang memandang Bianca dengan wajah yang jelas menunjukkan perasaan bercampur-baur. Tanpa menunggu gadis itu,Bianca terus melangkah keluar dari rumah. Sesungguhnya,dia tidak mahu diganggu oleh sesiapa.

Sepanjang berada di dalam dewan kuliah,Bianca hanya diam. Sungguh moodnya hari ini tidak berapa baik. Sebaik sahaja sesi kuliahnya tamat,Bianca cepat-cepat mengemas barangnya. Dia mahu terus pulang.

Tapi,rancangannya hancur apabila Nathan sudah menunggunya di hadapan dewan kuliah. Bianca hela nafas panjang. Sebolehnya Bianca cuba mengelak dari bertemu dengan lelaki itu.

"Carino,where are you going?" soal Nathan apabila Bianca hanya berjalan melepasinya.

"Carino,wait..." Nathan mula mengejar langkah Bianca.

Beg galas Bianca ditarik lembut lalu tubuh genit itu dipaksa pusing menghadapnya.

"What's wrong with you?" Nathan ketap rahang apabila Bianca tidak mahu memandang wajahnya.

Soalannya juga dibiarkan sepi tanpa jawapan. Nathan mengeluh. Dalam otak sudah bermacam-macam soalan negative berlegar-legar. Kenapa Bianca tidak mahu bercakap dengannya? Dia ada buat salah ke?

"We need to talk" beg Bianca terus ditarik untuk mengikutnya.

Nak tarik tangan? Nathan tidak mahu kepalanya jadi mangsa Iphone milik Bianca sekali lagi.

Setibanya di atas bukit tempat kegemaran Nathan,barulah genggaman pada beg itu dilepaskan.

"What's weong with you? Kenapa tiba-tiba nak lari dari aku? Aku ada buat salah ke?" Bianca masih diam tidak menjawab.

"Carino i'm talking to you. Pandang aku and jawab soalan aku" nadanya sehabis baik dikawal.

Nathan tidak suka Bianca bersikap dingin begini dengannya.

"No. Awak takde buat salah. Saya yang salah sebab terlebih emo. By the way, congratulations on your engagement,Niel" Nathan memandang Bianca tajam.

Lawak apa yang Bianca sedang buat sekarang ni?

"What the hell with this engagement? Stop joking around,Bianca" tegurnya dengan nada sedikit keras.

Bianca tidak menjawab. Iphone dikeluarkan dari zip hadapan beg galasnya. Icon safari ditekan. Satu laman web berita terkini dibuka lalu Iphone itu bertukar tangan.

Nathan menyambut hukuran Iphone itu. Matanya membulat selepas membaca artikel itu.

Nathaniel Stendford reveal his fiancee on yesterday Gala Dinner

Itu tajuk utama yang terpapar pada artikel itu. Turut disertakan gambar Nathan bersama seorang perempuan.

Nathan mengepal tangganya menjadi penumbuk. Dia ingat perempuan di dalam gambar itu. Perempuan yang tiba-tiba datang berdiri disebelahnya sewaktu berjalan di red carpet semalam. Dalam kepalanya sudah terbentang satu nama yang sanggup melakukan kerja kotor seperti ini.

"No,Bian-" kata-kata Nathan terhenti saat kepala diangkat memandang wajah Bianca.

Gadis itu sedang tersenyum pada Nathan. Tapi,Nathan tahu itu senyuman yang tidak ikhlas dan tiada serinya. Nathan raup wajahnya. Rambut juga dikusutkan.

"Aku jumpa kau sebab nak bagitahu yang aku kena pergi London dua minggu" Nathan cuba untuk mengubah topik.

"Itu je kan awak nak cakap? Kalau takde apa-apa saya pergi dulu" Bianca sudah pusingkan badannya dan mula berjalan.

Baru sahaja Bianca ingin menuruni anak tangga bukit itu,namanya dilaung kuat oleh Nathan. Bianca tidak menoleh. Hanya badannya yang kaku disitu.

"We gonna settle this after aku balik dari London" Bianca kembali menuruni anak tangga tanpa menoleh.

Hati Nathan terasa bagai dicakar oleh sesuatu saat melihat Bianca melangkah pergi. Terasa bagai Bianca sedang melangkah pergi meninggalkan dirinya. Pergi jauh dari hidupnya.


 Pergi jauh dari hidupnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now