Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
5 bulan kemudian....
Nathan memandang laut yang terbentang dihadapannya. Angin yang menampar lembut mukanya membuatkan hati kecil lelaki itu sedikit tenang.
Nathan tidak sangka yang dirinya akan menjejakan kaki ke bumi Sicily sekali lagi. Kali ini,Nathan datang ke bumi Sicily untuk menamatkan segalanya.
Dengan tanggannya sendiri,dia menyumbat Puan Atania ke dalam lokap. Segala kerja kotor syarikat yang dilakukan oleh Puan Atania dibongkarkan oleh Nathan dengan bantuan Ricco.
Kalau diikutkan hati,Nathan memang tidak ingin lagi menjejakan kaki ke Sicily. Pulau ini terlalu banyak menyimpan kenangannya bersama Bianca. Jujur dikatakan,dia tidak kuat. Keberadaan gadis itu masih tidak diketahui hingga kini.
Nathan amat merindui gadis itu. Gadis yang sudah lama namanya terukir di dalam hati seketul Nuim Nathaniel. Dan nama itu tidak akan pernah dipadam olehnya.
Nuim Nathaniel. Nama islam Nathan. Siapa sangka,setibanya di London Leonia, juga mengambil keputusan untuk memeluk islam. Nama gadis itu sekarang ialah Nur Aisara. Malah,gadis itu mengikut jejak langkah uminya untuk menutup aurat sepenuhnya dan memakai niqab.
Cincin di jari Nathan disentuh. Cincin yang tidak pernah ditanggalkan dari jarinya. Cincin yang menjadi tanda bahawa dirinya sudah dimiliki oleh seorang gadis bernama Aurora Bianca.
"Carino,where are you?" gumamnya perlahan.
Penat Nathan mencari di mana gadis itu berada. Segala jenis manusia dihubungi olehnya untuk meminta tolong mencari keberadaan Bianca. Tapi,hasilnya tetap sama. Kosong.
Bahkan,Nathan sendiri turun padang ke Malaysia. Menetap di Kuala Lumpur selama sebulan hanya untuk mencari Bianca. Gadis itu menghilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Sampai satu tahap,Nathan terasa seperti Bianca itu hanya ilusi yang wujud di dalam mindanya. Mujur,gambar dirinya bersama Bianca menjadi bukti bahawa gadis itu benar-benar wujud.
Gambar itulah yang menjadi peneman ketika rindu menjelma dan pembakar semangat disaat Nathan mahu berputus asa dengan segalanya. Sampai ke hari ini,Nathan masih setia mencari. Dia yakin,Bianca masih hidup di suatu tempat,di atas muka bumi ini.
"Ya Allah,sampaikan rasa rinduku kepada salah seorang hambamu yang sedang berada jauh dariku melalui angin. Semoga rasa rinduku ini,sampai kepada dirinya" pohonnya di dalam hati.
Mata ditutup rapat. Setiap kali mengingatkan gadis itu membutatkan dirinya terasa lemah. Laju sahaja air mata mahu menunjukkan diri.
"Nathan,lama lagi ke? Kang terlepas flight kang"
Nathan tersentak sebelum menoleh ke belakang. Seorang lelaki yang memakai kemeja bewarna baby blue sedang berpeluk tubuh memandang ke arahnya.
Syakir Imran. Rakan baik merangkap personal asistant kepada Nathan sejak dirinya menetap di London.
"Tch. Spoil la mood aku nak sendu" Nathan menjeling tajam ke arah lelaki itu.
"Lain kali la sendu kau tu. Sekarang kita kena pergi airport" ajaknya.
Nathan menoleh sekali lagi ke arah pantai. Tiba-tiba bayangannya bersama Bianca terbias kembali. Ya,dipantai ini. Di mana salah satu memori indah mereka terlakar.
Untuk kesekian kalinya,Nathan mengeluh lalu kaki bergerak meninggalkan pantai itu. Tiba masanya dia kembali ke London dan meneruskan hidupnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.