Syakira melihat ke arah dalam klinik yang lenggang dari luar cermin klinik itu. Sekarang, Syakira beriri betul-betul di hadapan klinik milik Bianca. Aurora Clinic.
Nathan sendiri yang menyuruh Bianca membuka klinik kerana tidak membenarkan isterinya bekerja di hospital. Kata Nathan,kalau Bianca kerja dihospital,masanya untuk bermanja dengan Bianca akan berkurang.
Pintu klinik dikuak dari luar. Kauter hadapan itu didekati oleh Syakira.
"Excuse me,can i see Aurora Bianca" pintanya.
Seorang gadis yang bekerja disitu meminta Syakira untuk menunggu sebentar. Gadis itu kembali dan menyuruh Syakira untuk masuk ke dalam bilik Bianca.
Syakira berhenti di hadapan pintu. Nama pada pintu itu dilihat.
Dr. Aurora Bianca
Nafas ditarik dalam. Pintu diketuk sekali. Apabila mendapat kebenaran untuk masuk,barulah Syakira melangkah masuk.
"So,it was you who want to meet with me? Have a seat" pelawa Bianca.
Syakira duduk dikerusi berhadapan meja Bianca.
"Kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Bianca membuka topik.
Syakira berdehem sekali sebelum menjawab.
"Tinggalkan,Nathan" Bianca kerutkan dahi.
Sihat ke tak ni? Tiber betul. Datang sini lepastu cakap yang kuban-kuban.
"Kenapa saya kena tinggalkan suami saya? Why?"
"Awak tak layak untuk berdiri disamping Nathan" nadanya kedengaran bongkak.
"Saya yang ada waktu Nathan masih tiada apa-apa. Saya yang tengok jatuh bangun dia. Saya yang bagi sokongan dekat dia waktu dia down. Saya yang tengok betapa susahnya dia nak bangunkan Cael dengan mata saya sendiri. Kenapa dia pilih awak? Sedangkan awak tak pernah ada untuk dia. Awak tak pernah wujud pun sebelum ni. Kenapa tiba-tiba awak muncul dan ambil Nathan dari saya? Saya yang ada dengan dia waktu dia perlukan sesorang untuk bercerita. Ini tidak adil. Awak bukan siapa-siapa pun. Kenapa awak boleh dapat Nathan dengan mudah? Sedangkan saya berjuang 2 tahun untuk dapatkan dia. Itupun dia tak pandang. Saya nak hak saya balik. Jadi,tolong tinggalkan Nathan" pintanya separuh merayu.
"Dah habis bercakap?" Syakira tersentak.
Kenapa wanita di hadapannya hanya tenang seperti tidak terkesan?
"Now,giliran saya pulak untuk bercakap" kata Bianca masih tenang.
"Saya tak layak untuk berdiri di samping Nathan? Saya kenal Nathan sejak dia belum menjadi mualaf lagi. Saya kenal dia waktu orang masih gelarkan dia sebagai Nathaniel Stendford. Saya yang ada dekat sisi Nathan waktu hidup dia masih terumbang-ambing. Saya yang tengok macam mana hidup dia tersiksa sebab orang disekeliling dia. Saya yang ada sebelah dia waktu dia jatuhkan air mata sebab penat dengan ujian dunia. Saya yang tengok dia berkorban demi orang yang dia sayang.
Dan,awak nak cakap saya tak layak? Sedangkan saya adalah manusia yang ada dengan dia waktu dia masih genggam tangan dan saya pula membuka tangan? Tak semua cerita cinta manusia penuh dengan kebahagian,Syakira.
Saya dan Nathan dua-dua berkorban untuk sampai dekat tahap ini. Nathan korbankan agama dia untuk saya dan saya korbankan nyawa saya untuk dia. Awak tanya kenapa saya tiada disisi Nathan selama 2 tahun? "
Syakira tegup liur. Entah mengapa firsatnya mengatakan bahwa cerita yang akan didengarinya sebentar lagi bukanlah sebuah kisah yang ceria dan bahagia.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...