𝟑𝟓 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

6K 397 3
                                        

"So,kenapa abang mengamuk tadi?" tanya Leonia yang masih inginkan jawapan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"So,kenapa abang mengamuk tadi?" tanya Leonia yang masih inginkan jawapan.

Nathan mengeluh. Leonia ni memang sejenis yang akan cari jawapan sampai jumpa!

"She called me Niel. Leo tahu kan abang tak suka orang panggil abang dengan nama tu?"

Nathan sudah menggulungkan lidahnya untuk berbahasa Itali. Memudahkan kerjanya untum berkomunikasi dengan Leo. Lagipun,Syakira masih di dalam biliknya. Jadi,baik dia guna bahasa Itali sebab Syakira takkan faham apa yang Nathan dan Leonia bincangkan.

Leonia anggukan kepala tanda faham.

"I know. Sebab Bian sorang je boleh panggil abang macam tu" balasnya.

Tok! Tok! Tok!

3 pasang mata itu memandang ke arah pintu. Kelihatan Syakir sedang berdiri di sana.

"Nak apa Syakir?" tanya Leonia.

"Ouh,aku nak ajak Nathan keluar lunch. Tapi dah alang korang ada kat sini sekali,apa kata kita lunch berempat je?" cadangnya.

"Wahh,jom!" kata Syakira dengan teruja dan berlari keluar dari pejabat Nathan.

Abangnya memang terbaik. Inilah masa untuk Syakira menawan hati Nuim Nathaniel.

Nathan berjalan beriringan dengan Leonia. Setibanya di lobby,dahi Nathan berkerut. Terus dihampiri Ferrari 488 miliknya.

"Kau buat apa depan kereta aku?" soalnya pelik kepada Syakira.

"Nak naik dengan awak la" Leonia dan Syakir tercengang mendengar jawapan selamba Syakira.

Nathan tersenyum senget. Nathan melangkah setapak mendekati Syakira. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kereta aku ni,kesayangan aku je boleh naik. So,keep dreaming girl. Sebab kau takkan pernah jadi kesayangan aku"

Nathan mula melangkah ke arah tempat duduk pemandu. Sebelum memboloskan diri ke dalam kereta,sempat satu pesanan diberikan kepada Syakira.

"Lagi satu. Kesayangan aku tak suka share something yang hak dia dengan orang lain" lalu enjin kereta mula dihidupkan.

Leonia menapak ke arah Syakira yang sedang memerah wajahnya akibat menahan malu. Senyuman senget terukir dibalik niqab yang dipakainya.

"Sorry,but try again later okay? Jangan cakap kau,aku yang adik dia ni pun tak pernah nak dapat naik kereta berdua dengan dia"

Leonia tidak menipu. Dulu,dia dapat naik pun sebab ada Bianca je. Kalau takde Bianca,tunggu ayah pin hidup balik pun belum tentu dapat merasa naik kereta mahal Nathan.

"So,if awak yang adik dia pun tak pernah naik,maknanya Nathan menipu je lah kan?" Syakira tersenyum kepada Leonia.

Leonia tepuk dahi. Susah la layan orang otak sempit ni. Leonia bergerak ke arah pintu tempat duduk pemandu kereta Nathan. Cermin kereta itu diketuk.

"What?" soal Nathan selepas menurunkan tingkap kereta.

"Buka bonet belakang jap" Nathan hanya menurut.

Leonia memberi isyarat mata supaya Syakira mengikutnya. Bonet belakang itu dibuka. Leonia menunding jarinya ke arah 6 kotak lutsinar yang disusun menjadi rak kasut mini di dalam bonet kereta Nathan.

 Leonia menunding jarinya ke arah 6 kotak lutsinar yang disusun menjadi rak kasut mini di dalam bonet kereta Nathan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Syakira melihat kotak sebelah kanan. Terdapat 3 pasang kasut milik Nathan. Sepasang kasut kerja, sepasang loffer dan juga sepasang sneakers air jordan. Apabila matanya memandang kotak sebelah kiri,badan Syakira mengeras.

Ada 3 pasang kasut yang dikhaskan untuk perempuan. Sepasang high heels,sepasang flat shoes dan juga sepasang sneakers. Hatinya terasa bagai dihempap batu.

"Well,aku tak menipu. If tak percaya juga here you go" Leonia menayngkan screen Iphonenya pada muka Syakira.

Syakira tersentak hebat. Gambar yang dipaparkan pada screen itu betul-betul menggugat hatinya. Gambar Nathan di dalam kereta dengan wajah yang ceria. Disebelahnya ada seorang perempuan. Tetapi,Syakira tidak tahu perempuan itu siapa,kerana mukanya telah dicensored oleh Leonia menggunakan emoji '🌸'.

"Kesayangan Nathan,memang wujud" kata Leonia sebelum berlalu ke arah keretanya.


"Kesayangan Nathan,memang wujud" kata Leonia sebelum berlalu ke arah keretanya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang