Nathan memejam rapat matanya. Jari diketuk pada stereng kereta. Waktu yang tertera pada dashboard keretanya dikerling. 9.30 malam. Keadaan di basement condominium ini juga kelihatan sangat sunyi.
Nathan mula menapak keluar. Badan yang terasa sengal diregangkan. Kalau tak kerana dirinya yang perlu hadirkan diri ke mesyuarat syarikat,pasti dari tengah hari tadi lagi Nathan sudah dapat berehat di rumah setelah kuliahnya selesai.
Langkah mula diatur ke arah lift. Entah mengapa tiba-tiba sahaja badannya terasa cering. Seperti ada yang sedang memerhati dan mengekori dirinya. Nathan memberhentikan langkahnya.
Mata mula memerhati keadaan sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa. Baru sahaja Nathan mahu melangkah kembali,tangannya direntap dari belakang lalu lehernya dikunci. Perutnya ditumbuk beberapa kali sebelum ditikam menggunakan pisau lipat.
Nathan jatuh terbaring di atas tanah. Perutnya ditekan bagi mengelekkan kehilangan darah. Nathan mengerutkan dahi,menahan rasa sakit. Dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam itu duduk mencangkung di sebelah Nathan.
"This is the last warning from signora. Mungkin lepasni betina tu pulak jadi mangsa"
Nathan melihat dua orang itu melangkah pergi sebelum dunianya mula kelam.
Bunyi pintu yang diketuk secara berterusan itu membuatkam Bianca terjaga dari tidur. Pintu terus dirapati dan dikuak dari dalam.
"What's wrong Leo?" soalnya dengan suara mamai.
"We need to go to the hospital now. Nathan kena tikam waktu nak balik rumah tadi" terus segar mata Bianca selepas mendengar berita yang disampaikan oleh Leonia.
Hoodienya dicapai. Bilik air dituju. Sempat mukanya dicuci dan gigi digosok. 10 minit kemudia Bianca sudah siap menunggu Leonia di hadapan pintu rumah. Mini cooper milik Leoni laju membelah jalan menuju ke hospital.
"Excuse me,bilik pesakit Nathaniel Stemdford?" tanya Leonia kepada seorang nurse yang berada di kaunter pertanyaan.
"Tingkat 8. VVIP ward no.2" Bianca dan Leonia menuju ke arah lift.
Sepanjang perjalanan menuju ke ward milik Nathan,tangan Bianca tidak berhenti menggeletar. Perasaan takut dan gentar mula menyelubungi dirinya.
"Stop shaking,damn it" getusnya di dalam hati.
Hujung hoodienya digenggam erat bagi menghilangkan gundah-gulana di dalam hati. Pintu lift yang terbuka menyentakkan Bianca dari lamunannya.
Ward yang menjadi tempat Nathan ditempatkan dipandang. Leonia memgang kejap tombol pintu bilik itu. Mencari kekuatan untuk menapak masuk ke dalam.
"Leo,awak masuk dulu. Saya nak jumpa doktor yang incharged sekejap" Leonia mengangguk dan menghantar pemergian Bianca menggunakan ekor matanya sahaja.
Kebetulan Nathaniel dimasukkan ke SKY HOSPITAL. Lagilah memudahkan kerja Bianca. Kaunter pertanyaan di tingkat 8 itu didekati.
"May i know,siapa yang rawat Nathaniel Stendford?" kedua nurse itu berdiri lalu menunduk hormat pada Bianca.
"You're looking for me principessa?" belum sempat nurse itu menjawab,satu suara datang menegur mereka dari belakang.
Bianca toleh ke belakang. Nametag milik wanita yang memakai kot bewarna putih itu dilihat. Lily.
"Doctor Lily,can i get his report according to this incident?" Doctor Lily mengangguk.
Bianca dan doctor Lily menapak ke arah sofa yang terletak di ruang rehat tingkat 8 ini.
"So,pesakit kehilangan banyak darah. Kesian tikaman tu kitorang dah jahitkan. Buat masa sekarang pesakit masih belum sedarkan diri. Mungkin sebab kesan ubat yang diberi. Paling awal pesakit akan bangun adalah kurang 2 jam dari sekarang. Pesakit akan mula rasa ngilu pada tempat jahitan 6 jam dari sekarang selepas kesan ubat tu hilang. Anything else,principessa?"
Bianca geleng kepala.
"After dia dah sedar,i will take over everything" katanya sebelum bangun dari duduk.
"Si,principessa" Dovtor Lily juga turut bangun dan meninggalkan Bianca untuk menyambung kerjanya.
Bianca tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya tiada kecederaan parah yang berlaku pada Nathan.
YOU ARE READING
THE ONE
RomansaPernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...