𝟏𝟓 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

4.4K 371 3
                                    

"Awak buat apa dekat sini Niel?" tanya Bianca apabila Nathan sudah menghampirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak buat apa dekat sini Niel?" tanya Bianca apabila Nathan sudah menghampirinya.

"Family aku salah satu company yang sponsor untuk pameran kali ini. So,aku jadi wakil company" terangnya.

"Kau buat apa kat sini carino?"

"Saya? Saya memang suka seni. Sebabtu saya dekat sini" Bianca menoleh kembali memandang lukisan dihadapannya.

"Bila kau sampai? Aku tak nampak kau pun dalam barisan tadi?" Bianca tersentak dengan soalan itu.

Tali handbag digenggam erat. Muka sehabis baik dineutralkan. Nathan tak boleh tahu. Belum tiba masanya Nathan tahu siapa diri Bianca yang sebenar.

"Saya adalah dalam barisan tadi. Awak tak perasan kot. Kan ramai orang. Lagipun saya ni kecik je. Senang kena lindung" jawabnya bersama senyum paksa.

Nathan anggukan sahaja. Betul juga apa yang Bianca katakan itu. Bianca pula sudah tarik nafas lega. Selamat Nathan mempercayainya.

"Jom. Aku teman kau jalan-jalan" pelawa Nathan.

"Awak tak sibuk ke?" Nathan geleng kepala.

Bianca mengangguk dan kembali berjalan dan menghayati setiap lukisan yang berada di situ.






Jam sudah menunjukkan 3.00 petang. Selepas solat dan makan,Bianca mengundurkan diri untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Tidak mahu membiarkan Leonia berseorangan di rumah. Nathan sudah ditegah dari awal untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Nathan masih setia pada tempat duduknya di dalam starbucks cafe. Iphone ditangan masih ralit diperhati.

"Nathan..." kepala dipanggung apabila namanya diseru.

Badannya mengeras. Dipandang wajah lelaki di hadapannya ini dengan seribu satu perasaan.

"D-daddy..." Nathan berdiri dari duduknya.

Serta-merta badan tegapnya dibawa masuk ke dalam dakapan lelaki separuh abad itu. Selepas pelukan terlerai,Nathan mempelawa lelaki itu untuk duduk.

Eric Reshworl. Bapa kandung kepada Nathan dan Leonia.

"Daddy buat apa dekat Sicily?" soal Nathan sebagai pembuka bicara selepas beberapa minit berdiam diri.

"Daddy ada kerja sikit dekat sini. Tak sangka dapat jumpa anak lelaki daddy dekat sini. Nathan sihat?Life macam mana? Okay?" soalannya ramah.

"Macamtu je lah daddy. Daddy datang Sicily sorang ke?" Nathan pandang sekeliling. Mana tahu daddynya ada bawa teman.

"Daddy datang dengan umi. Tapi dia dekat hotel" jawabnya.

Nathan kerutkan dahi. Umi? Siapa tu? Melihat wajah bingung Nathan membuatkan Tuan Eric menghela nafas berat.

"I got something to tell you" Nathan sudah menegakkan badannya. Bersedia mendengar sebarang berita yang akan disampaikan oleh daddynya.

"Daddy dah kahwin lain" Nathan tak terkejut.

Tuan Eric pasti akan ada isteri yang baru. Ayahnya ini,walaupun sudah umur 43,masih lagi tampak kacak. Siapa sahaja tidak sangkut.

"Jadi,umi tu wife baru daddy?" Tuan Eric angguk.

"One more thing. Daddy dah convert masuk islam" kali ini Nathan tersentak.

Matanya tepat memandang anak mata Tuan Eric. Ya,lelaki itu memang tidak menipu.

"How?" soalnya sepatah.

"I fall in love with your umi when i move to London. Her real name is Zalikha. Dia ada dengan daddy waktu susah senang daddy. Dia yang ubah daddy jadi lebih baik. Hadirnya dia selalu buatkan daddy tenang. Daddy ambik masa yang agak lama untuk betul-betul kenal Zalikha dan kenal Islam. Sekarang pun daddy masih belajar untuk baiki diri daddy. Waktu daddy bersama Zalikha,baru daddy faham apa maksud sebenar jatuh cinta"

Nathan faham maksud terakhir Tuan Eric. Perkahwinan daddy dan mummynya dahulu adalah aturan keluarga semata-mata. Tiada perasaan cinta yang hadir. Malah,mummynya sendiri yang meminta untuk berpisah kerana mummynya sudah punya lelaki lain di belakang Tuan Eric.

Entah mengapa,mendengar cerita tentang Tuan Eric,hati dan otaknya teringatkan seorang gadis. Mampukah dia menjadi seperti Tuan Eric? Bekorban demi cinta?

 Mampukah dia menjadi seperti Tuan Eric? Bekorban demi cinta?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now