𝟒𝟗 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

6.2K 368 5
                                    

Nathan menutup Al-Quran yang baru selesai dibacanya dan meletakkan ia kembali di atas almari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nathan menutup Al-Quran yang baru selesai dibacanya dan meletakkan ia kembali di atas almari. Kepala kembali dibaringkan di atas peha Bianca yang masih bertelekung.

Memang itu rutin harian Nathan. Membacakan Al-Quran di hadapan perut Bianca setiap kali habis solat supaya si kecil di dalam sana terbiasa mendengar ayat-ayat suci.

Perut Bianca yang sudah membulat besar kerana kamdungannya sudah masuk 9 bulan diusap lembut. Nathan dan Bianca sedang menghitung hari untuk melihat cahay mata mereka.

Perut besar itu dikucup syahdu. Tiba-tiba mata Nathan membukat. Kepala diangkat memandang Bianca dari bawah. Bianca faham kenapa muka Nathan kelihatan sangat teruja saat ini.

"Carino,baby tendang!!" katanya semangat.

Bianca tergelak kecil. Rambut Nathan diusap lembut.

"Anak baba buat apa dekat dalam tu? Excited nak keluar ye?" dicucuk-cucuk perut bulat yang bagai hendak meletup itu.

Sekali lagi si kecil di dalam sana menendang. Makin suka Nathan dibuatnya.

"Abiy,esok Bian nak pergi kedai Leo boleh? Bian teringin nak makan cheese tart" pintanya.

Nathan memandang wajah cantik permaisuri hatinya.

"Nak abiy temankan?" Bianca geleng.

"Takpe. Bian pergi sendiri.. Lepas Bian habis makan,Bian pergi office abiy" rahang Nathan diusapnya lembut.

Nathan hanya menggumam perlahan sebelum kembali berborak bersama perut Bianca.










Pintu bakery itu Bianca tarik dari luar. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang duduk menikmati pencuci mulut yang dijual disini. Meja paling dekat dengan kaunter menjadi pilihan Bianca.

"Babe,you're finally here....." Leonia berjalan keluar dari dapur dengan sebuah pinggan.

Pinggan yang berisi 3 biji cheese tart itu diketakkan dihadapan Bianca. Kecur liur Bianca melihat makanan dihadapannya.

"Enjoy it,mak buyung..." Leonia mencuit manja hidung mancung milik Bianca.

Satu suapan mula masuk. Mata dipejam,menikmati rasa cheese di dalam mulutnya. Kunyah-kunyah dan telan.

"Sedappppppp" mata Bianca mula bercahaya.

Leonia tertawa kecil. Sekejap sahaja sudah 2 biji cheese tart habis di makan oleh Bianca. Baru sahaja Bianca mahu masukkan cheese tart ketiga ke dalam mulut,tiba-tiba dahinya berkerut. Perutnya terasa senak. Lantas,cheese tart di tangannya terlepas.

"Bian,what's wrong?" Leonia sudah bangun dari duduknya lalu mendekati Bianca.

"Pe-perut s-saya s-sa-sakit" katanya terketar-ketat.

Leonia sudah mula panik. Terus handbag miliknya dibawah kaunter diambil. Tubuh Bianca dipimpin ke kereta. Sambil memandu,tangan Leonia pantas menekan-nekan nombor telefon abangnya.

"Abang,hospital. Perut Bian sakit" ringkas sahaja pesanannya.










Nathan menerjah masuk ke dalam ward milik isterinya.

"Carino...." tubuh yang sedang terbaring itu didekati.

Terus Bianca dibawa ke dalam pelukannya. Baju kemeja Nathan,Bianca cengkam kuat. Menyatakan bahawa dirinya sedang dalam kesakitan.

"A-abiy...S-sa-ki-kit" air matanya mula keluar.

Wajah merah itu dicium oleh Nathan. Air mata Bianca juga diseka. Bahu Bianca digosok untuk mengalirkan kekuatan. Mulut Nathan pula terkumat-kamit membisikan selawat dan ayat Al-Quran pada telinga Bianca. Sedaya-upaya isterinya itu cuba ditenangkan.

"Shh,it's okay carino,abiy ada dekat sini. Everything's gonna be fine" pujuk Nathan.

Semakin lama,semakin kuat cengkaman Bianca pada baju kemeja Nathan.

"Leo call the doctor" arah Nathan.

Perut Bianca diusap lembut.

"Anak baba,jangan buat ibu sakit macamni. Sabar sikit ye,kejap lagi baba jumpa hero baba ni"



 Sabar sikit ye,kejap lagi baba jumpa hero baba ni"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now