𝟏𝟔 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

5K 394 4
                                        

Angin yang bertiup sesekali membuatkan Bianca membetulkan tudungnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Angin yang bertiup sesekali membuatkan Bianca membetulkan tudungnya. Bianca dan Nathan sedang berada di sebuah taman rekreasi. Semua ini sebab entah jin mana hasut Nathan suruh study. Jadi,diheretnya si Bianca sekali.

Nathan meletakkan apple pencil miliknya ke atas meja. Wajah Bianca dipandang.

"Carino,apa benda yang perempuan dalam agama kau pakai untuk tutup muka tu?" soalan itu terlintas di dalam otaknya.

Ini semua kerana daddy menunjukkan gambar isteri baharunya oada Nathan tempoh hari. Gambar seorang wanita yang bertudung labuh,memakai jubah. Menutup segala aurat yang terdedah. Sangat manis dipandang. Patutlah,daddynya jatuh hati.

"You mean this? Niqab?" soal Bianca sambil menghulurkan Iphone miliknya pada Nathan.

Nathan menyambut huluran itu. Gambar itu ditenung. Kemudian kepala dipanggung melihat Bianca kembali.

"Kau ke dalam gambar ni?" Bianca angguk.

"Itu gambar saya waktu pergi dinner. The theme is arabic" jelasnya.

Sekali lagi Nathan pandang gambar itu. Jujur dia terpana. Bianca pakai macam mana pun tetap akan kelihatan cantik.

"Bende tu wajib pakai ke?" Bianca geleng kepala bagi menjawab soalan Nathan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Bende tu wajib pakai ke?" Bianca geleng kepala bagi menjawab soalan Nathan.

"Bagi pendapat yang menyatakan muka wanita sebagai aurat, maka wajib hukumnya memakai purdah. Manakala bagi pendapat yang tidak menyatakan kawasan muka sebagai aurat, maka hukum memakai purdah atau niqab adalah harus atau sunat" terangnya.

Nathan hanya meng ouh kan sahaja sebelum menyambung semula melihat Ipadnya. Sekali lagi kepala dipanggung. Dahinya berkerut melihat Bianca yang masih leka dengan sketchbook miliknya.

"Kau taknak study ke carino?"

Bianca letak mechanical pencil miliknya atas sketchbook sambil tersenyum senget kepada Nathan.

"Faculty saya takde quiz mengejut macam faculty awak. Sebab tu saya boleh relax kat sini"

Nathan tercengang. Ini tidak adil! Disaat dia berhempas-pulas perah otak study,Bianca boleh duduk senang-lenang goyang kaki. Apa ni miska?!

"So,what are you doing?" Bianca tidak menjawab.

Sketchbooknya ditolak ke arah Nathan. Nathan kerutkan dahi. Kening di angkat memandang Bianca.

"Kau ambil course medic kan carino?" Bianca angguk. Dia sudah dapat agak apa yang ada di dalam fikiran Nathan ketika ini.

"Kenapa tak ambik fashion? Design kau semua lawa-lawa" Sketchbook itu kembali ditilik.

Sketchbook yang memaparkan pelbagai rekaan baju yang dilukis sendiri oleh Bianca.

"Taknak. Itu cuma hobi saya. Saya takde niat pun nak jadi pereka fashion atau sesuatu yang berkait dengannya"

Bianca memang tidak mahu. Untuk melangkah masuk ke dalam dunia perniagaan atau sesuatu yang bersangkut-paut dengannya adalah a big NO untuk Bianca. Cukuplah melihat 4 orang abangnya pening kepala uruskan bussines. Bianca tidak mahu terlibat.

Bianca lebih suka untuk menjadi doktor. Boleh tolong orang yang memerlukan. Berbakti kepada masyarakat.

"Design kau boleh pergi jauh carino" Bianca angkat bahu tanda tidak mahu layan.

Pujuk macam mana pun,dia tetap takkan tukar kerjayanya. Walaupun mereka baju itu hobinya,tetap menjadi doktor adalah impiannya. Screen Iphone yang bercahaya apabila ada notification masuk itu membuatkan Bianca membulatkan mata.

"Niel,I'm late!!!" Bianca mula gelabah mengemas barangnya.

"Late? Late for what?" tanya Nathan dengan wajah blur.

"Got to go. Saya ada kelas. Bye Niel" Bianca sudah berlari anak meninggalkan Nathan.

"Wait,carino... Your...sketchbook?" suara Nathan mula mengendur apabila kelibat Bianca sudah hilang dari matanya.

Kepala digelengkan apabila mengingatkan perangai Bianca yang selalu membuatkan dirinya tersenyum.

Sketchbook itu dibelek lagi. Helaian demi helaian Nathan selak. Tiba-tiba otaknya mendapat satu idea yang bernas. Iphone dari dalam beg dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

"Hello,daddy. Nathan nak minta tolong something boleh...."


"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang