𝟏𝟐 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

5K 385 4
                                        

"Biann

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Biann..." Bianca yang ralit menangkap gambar keindahan pantai itu menoleh apabila namanya diseru.

Kelihatan Nathan sedang menghulurkan sekeping kertas kecil bewarna pink pastel bersama sebatang pen kepada Bianca.

"Nak buat apa?" tanya Bianca dengan wajah berkerut.

"Let's make a time capsul"

Melihat wajah bingung milik Bianca membuatkan Nathan ketawa kecil.

"Kita tulis something dekat kertas ni and then masukkan dalam botol kaca ni. One day,kita dua akan datang balik sini untuk baca apa yang kita tulis tu" terangnya.

Botol kaca yang dibawa olehnya tadi durut ditunjukkan kepada Bianca. Mata Bianca terus bersinar. Terus kertas dan pen itu dicapai. Nathan juga mula menulis di atas kertas bewarna biru pastel.

Ti amore,mia carino
-N-

Kertas itu dilipat kepada saiz lebih kecil dan dimasukkan ke dalam botol. Selepas Bianca memasukkan kertas miliknya,mereka mula berdiri menghampiri pokok kelapa tempat terletaknya kasut Bianca.

"So,sekarang nak buat apa?" Nathan tidak terus menjawab.

Botol kaca itu diserahkan kepada Bianca. Nathan mula menggali pasir dihadapannya. Apabila dirasakan lubang yang digali itu sudah cukup dalam,Nathan meletakkan botol kaca tadi ke dalam lubang sebelum pasir yang digali tadi ditimbus semula.

"One day,kita akan decide bila nak datang sini untuk buka time capsul kita ni" Bianca senyum lebar mendengar ayat Nathan manakala Nathan hanya senyum tawar.

Masih ada lagikah satu hari nanti di masa hadapan untuk dirinya berdiri menemani Bianca?




Bianca sedang duduk bersantai di ruang tamu. Chilling with Netflix gitu.

"Bian,i rasa Nathan suka you la" Bianca kerut dahi.

Movie dihadapannya sudah tidak menarik lagi. Kini,tumpuannya 100 peratus terarah pada Leonia.

"Kenapa cakap macamtu? Merepek. Saya dengan Niel tu kawan je" bidasnya.

"Nathan tak pernah rapat dengan perempuan. You're his first" Bianca tersentak.

Macam tak percaya. Lelaki sekacak Nathan itu tiada teman wanita? Tinggi sangat ke taste dia? Tapi,mendengrakan bahawa Bianca adalah wanita pertama mendekati Nathan membuat hati kecilnya membunga.

Tiba-tiba senyuman di dalam hatinya pudar. Kepala digeleng lemah.

"Kalau pun saya atau Niel ada perasaan untuk satu sama lain,kitorang takkan boleh bersatu. Saya dengan Niel macam air dan minyak. Boleh duduk bersama tapi takkan pernah bersatu sebab ada sesuatu yang pisahkan jarak kami" kata Bianca dengan senyum tawar.

Dia sendiri keliru. Hatinya mengaku bahawa sudah jatuh suka pada Nathan tapi otaknya pula kata tidak. Susah benar jika hati dan otak tidak seiring.

Bianca tidak letak harapan apa-apa untuk dirinya dan Nathan. Jarak antara mereka terlalu besar. Bagi Bianca,cukuplah Nathan menjadi sebahagian dari perjalanan hidupnya. Untuk bersama dengan Nathan melayari batera kehidupan? Nampak seperti perkara itu amatlah mustahil.

Tapi siapa tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan? Hati manusia ni Allah yang pegang. Bila-bila masa sahaja Dia boleh bolak-balikan hati manusia. Harini kata lain,mungkin esok keputusan itu akan berubah sebaliknya pulak. Tapi,apa yang pasti. Allah tak pernah salah atur kehidupan kita. Semua sudah diatur dengan sempurna sejak azali.

Leonia pula terdiam mendengar ayat Bianca. Dia faham apa yang Bianca maksudkan. Dan Leonia juga tahu tentang tembok yang terbina dalam hubungan Bianca dan Nathaniel. Tembok yang membataskan segalanya.

"How i wish,both of you can meet under a different circumtance" getus hati kecil Leonia.

"How i wish,both of you can meet under a different circumtance" getus hati kecil Leonia

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang