𝟎𝟓 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

5.1K 427 11
                                    

Suara merdu seperti sedang menyanyi itu menyapa telinga Nathan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suara merdu seperti sedang menyanyi itu menyapa telinga Nathan. Membuatkan lelaki itu ingin bangun dari tidurnya. Mencari sang pemilik suara. Entah mengapa nyanyian itu kedengaran tenang pada halwa telinganya.

Mata perlahan-lahan dicelikan. Nathan memalingkan wajahnya ke kanan. Nampak sebuah beg disebelahnya. Badan diregangkan sedikit selepas bangun dari baringnya. Agak terkejut melihat Bianca sedang duduk disebelahnya.

"What are you doing here?" soalnya.

Bianca yang sedang ralit membaca Al-Quran itu berhenti. Muka dikalihkan ke arah Nathan.

"Saya nampak awak tidur sini tadi. Saya ingat awak pengsan ke apa. Sebab tu saya tengokkan. Lagipun awak tidur lepastu tinggalkan macamtu je beg awak. Kalau orang rompak ke? Curi ke? Tak ke susah tu?"

"Aku tak minta kau tolong aku" balasnya angkuh.

Bianca sudah mengeluh. Kenapa wujud lagi manusia bongkak dalam dunia ni?

"Awak patut bersyukur saya dah tolong ubatkan luka awak" katanya sambil memasukan Iphone ke dalam beg semula.

Nathan mula memegang mukanya. Iphone 13pro dikeluarkan dari poket hoodienya. Camera dibuka. Kelihatan lukanya sudah ditampal dengan beberapa keping plaster dan juga disapu ubat.

Bianca yang sudah siap berkemas mula bangun dari duduknya.

"So,berapa kau nak sebab dah tolong aku?" soalan itu membuatkan Bianca sekali lagi berpusing menghadap Nathan.

Keningnya dikerutkan sebelum kepala digeleng perlahan. Mamat ni otak sempit juga kan?

"Awak pernah dengar common sense tak? Tak semua orang nak duit bila diorang lakukan sesuatu. Kadang-kadang ada yang ikhlas hulurkan bantuan. Don't be to cocky with the money you have. Tak semua orang pandang duit dan kekayaan yang awak ada"

Bianca mula berjalan meninggalkan Nathan. Sekali lagi,Bianca berjaya buat Nathan terpana dengan kata-katanya.

"Wait!" laung Nathan sambil mengejar langkah Bianca.

"Kau nak pergi mana?" soalnya ingin tahu.

Bianca tarik nafas dalam-dalam. Kenapa Nathan mahu tahu halnya?

"Awak nampak masjid tu?" Nathan melihat ke arah masjid bewarna biru yang tidak jauh dari taman tasik itu lalu mengangguk kepada Bianca.

"Saya nak pergi sana. Nak solat asar. Nak tunaikan kewajipan saya sebagai seorang muslim"

Dengan jawapan itu,Nathan berhenti menyoal. Kakinya hanya menemani Bianca sehingga tiba di hadapan pintu gerbang masjid. Nathan melihat Bianca yang sudah mula hilang dari pandangannya.

Selepas memastikan Bianca sudah masuk ke dalam masjid,barulah Nathan melangkah pergi.

"She really have her own charm" ujarnya dengan senyum nipis.

Kereta Ferrari 488 bewarna hitam miliknya yang dipakir berdekatan taman tasik tadi didekati. Stereng kereta diketuk sambil memandu.

Entah mengapa fikirannya penuh dengan wajah Bianca. Kepala digeleng kecil. Membuang perkara itu jauh-jauh dari otaknya.

"Kau dengan dia berbeza,Nathan. Agama korang lain,ingat benda tu. Tapi,masih boleh berkawan kan?" otak dan hatinya mula berperang.

 Tapi,masih boleh berkawan kan?" otak dan hatinya mula berperang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now