Sudah sebulan Bianca menetap di Sicily dan semuanya baik-baik sahaja. Ada juga sekali dia pulang ke SKY TERRITORY. Semuanya masih sama seperti waktu dia tinggalkan istana besar itu dahulu. Sangkaan Bianca,hidupnya akan selamanya tenang saat belajar di Sicily,ternyata tidak."Aurora Bianca!!!" laung seseorang.
Bianca yang baru sahaja keluar dari dewan kuliah dan mendengar namanya diseru terus menoleh. Dahinya berkerut seribu apabila melihat Nathan sedang berlari ke arahnya. Apabila Nathan berada dihadapannya,semua tumpuan hanya terarah kepada mereka berdua.
Mana tak nya? Lelaki terkaya di university ini. Seorang yang dingin dan antisocial tiada kawan baru sahaja berlari kerana ingin mengejar seorang wanita? Tak ke boleh jadi topik paling hangat untuk digossip kan?
"Kenapa awak jerit-jerit dekat sini? Tak malu eh?" soal Bianca tidak puas hati.
Dia paling tak suka dirinya jadi perhatian. Walaupun dirinya memang selalu menjadi perhatian dari kecil kerana status keluarganya,Bianca tetap tak suka.
"Looks like i care? The answer is no. I don't care" jawab Nathan bersahaja.
Bianca berdecit perlahan. Nathan dengan perangainya yang seperti ais kutub itu memang tidak pernah berpisah.
"Awak nak apa cari saya?" Bianca sudah terus ke tujuan asalnya.
"Let's be friend" Bianca tercengang.
What the?! Ajak jadi kawan macam ajak lepak mamak je gaya dia. Dan sekejap. Nathan ajak dia berkawan? Untuk apa?
"Kenapa awak nak ajak saya berkawan?" soalnya musykil.
"Leo boleh senang-senang berkawan dengan kau,takkan aku tak boleh? I really want to be your friend"
Bianca geleng kepala. 3 jarinya dihalakan pada wajah bersih Nathan.
"3. Bagi saya 3 sebab,kenapa awak nak berkawan dengan saya. Lepas dapat jawapan baru saya pertimbangkan sama ada kita boleh berkawan atau tidak"
Nathan tersenyum senget. 3 je? Kalau Bianca nak 10 sebab pun Nathan boleh bagi.
"First,sebab kau lain dari yang lain. Kau bukan perempuan yang macam aku pernah kenal. Kau tak gedik macam diorang. Dan yang paling penting,muka kau tak macam muka kaki kikis macam perempuan lain.
Second,kau baik. Apa yang Leo cakap semua betul. Kau baik,suka tolong semua orang yang susah tanpa minta apa-apa balasan. Well,zaman sekarang susah nak jumpa manusia macam kau.
Third,sebab aku rasa aku selesa nak bercakap dengan kau. Kau patut bangga sebab kau perempuan pertama selain Leo yang aku boleh ajak berborak. Dan untuk pengetahuan kau,aku sanggup tau minta izin dengan Leo sebab nak berkawan dengan Leo.
Cukup 3 kan? Now,your answer?"
Nathan melihat wajah putih mulus milik Bianca dengan separuh berharap. Hampir sebulan otak dan hatinya berperang sama ada mahu mendekati Bianca atau tidak. Dan akhirnya,minngu lepas Nathan bertemu dengan Leo. Ingin meminta izin untuk berkawan dengan Bianca.
Pertama kali dalam hidup Nathaniel Stendford,dia merendahkan egonya. Meminta izin kepada seseorang. Sebelum ini,apa yang dia mahukan semua dia akan dapat. Kecuali Aurora Bianca. Gadis itu punya sesuatu yang buat Nathan rasa susah untuk mendapatkannya.
Bianca menghelas nafas. Wajah berharap Nathan dipandang.
"Fine,let's be friend Mr. Arrogant" jawapan dari Bianca membuatkan Nathan tarik senyum nipis.
Bianca terpana. Seperti tidak percaya. Ini kali pertama dia melihat Nathan tersenyum. Walaupun hanya senyum nipis. Wajah yang sudah kacak itu bertambah kacak apabila tersenyum.
"I'm honoured principessa" kata Nathan dalam nada bergurau.
Bianca mencerlung mata ke arah Nathan.
"Don't call me principessa. I don't like it" nadanya kedengaran tegas di telinga Nathan.
"Then,i will call you mia carino"
Belum sempat Bianca membalas,Nathan sudah berlalu pergi meninggalkannya. Bianca urut pelipisnya perlahan.
Semoga persahabatan yang baru ini baik-baik sahaja.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...