𝟒𝟓 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

6.3K 410 4
                                    

"Jawapan dia kerana saya hampir mati dibunuh oleh orang yang paling rapat dengan Nathan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jawapan dia kerana saya hampir mati dibunuh oleh orang yang paling rapat dengan Nathan. 6 bulan saya bertarung nyawa diatas katil hospital untuk sedarkan diri. Setahun lebih saya jalani rawatan untuk kembali sihat seperti sekarang. Supaya,saya mampu pulang kepangkuan Nathan dalam keadaan sempurna.

Awak cakap saya tiada waktu Nathan dalam kesusahan? Saya pantau semua pergerakan Nathan dari jauh. Saya tahu semua yang Nathan buat. Saya yang bantu Nathan dalam diam selama saya sedar dari tidur yang panjang. Hari-hari saya hitung waktu dan berdoa supaya Allah temukan saya secepat mungkin dengan dia.

Waktu saya dapat tahu Nathan dah peluk islam,saya menangis. Gembira dan sedih. Gembira sebab akhirnya halangan paling besar untuk saya bersatu dengan Nathan dah tiada. Saya sedih sebab saya tiada disamping dia saat dia lafazkan syahadah. Di dalam setiap sujud saya,saya letak nama Nathan. Minta pada Allah supaya jagakan hati Nathan untuk saya. Dan akhirnya,Allah mudahkan urusan saya dengan dia.

Now,say it again yang saya tak layak untuk berdiri disamping Nathan selepas apa yang kami dah hadap"

Bianca mencabar. Akhirnya,dia lepaskan juga semua yang disimpan erat didalam hati.

Syakira bungkam ditempat duduknya. Dia ingat,Nathan baru sahaja bertemu Bianca dalam masa terdekat. Rupanya tanggapannya salah.

Wanita dihadapannya ini sudah lama bertakhta di hati Nathan. Wanita ini yang sudah ditakdirkan untuk berada di sisi Nathan sejak azali lagi. Syakira tidak layak untuk menjadi orang ketiga di dalam hubungan mereka.

Untuk bertanding dengan Bianca? Syakira tidak mampu. Awal-awal lagi dia sudah kalah tanpa perlu bertanding. Kedudukannya dengan Bianca jauh berbeza. Bagai langit dan bumi.

Syakira fikir,cintanya sudah cukup besar buat Nathan. Ternyata,ada lagi seorang wanita yang mampu mencintai Nathan setulus hati sehingga sanggup bekorban nyawa untuk lelaki itu. Cinta Bianca untuk Nathan terlalu besar untuk Syakira tandingi.

Sekarang Syakira sedar,kenapa dirinya tidak pernah dilayan oleh Nathan. Kerana tiada ruang pun di dalam hati Nathan untuk dirinya. Semua pelusuk di dalam hati lelaki itu telah diisi oleh nama Aurora Bianca.

Syakira tersenyum hampa.

"Terima kasih untuk harini. Maafkan saya sebab dah kacau masa bekerja awak" Syakira mula bangun dari duduknya.

Wajahnya tetap memandang lantai. Tidak mampu untuk melihat wajah Bianca. Pintu dikuak dari dalam.

Syakira sedikit terkejut melihat Nathan sedang berdiri dihadapannya. Melihat dari wajah lelaki itu,tahulah Syakira bahawa Nathan sudah mendengar segala-galanya yang dibicarakan oleh Bianca dan dirinya sebentar tadi.

Tidak betah berlama di situ,Syakira terus menghilangkan diri.

Nathan masuk ke dalam bilik Bianca. Terus badan genit itu didakap erat.

"Eh,abiy? Kenapa ni hmm?" tanya Bianca lembut.

Rambut dan belakang badan Nathan diusap. Wangian Tom Ford Oud Wood milik Nathan amat menenangkan Bianca. Bau kegemarannya sejak dulu.

Nathan menggeleng perlahan. Pelukannya diperkemaskan. Dia hanya mahukan kehangatan tubuh Bianca sekarang.

Mendengar apa yang Bianca cakap sebentar tadi membuatkan dirinya sebak. Betapa kuatnya permaisuri hatinya ini untuk terus berdiri dengan teguh demi dirinya. Apa kebaikan yang Nathan lakukan sehingga dia bertuah sebegini untuk mendapat seseorang seperti Bianca?

Kedua belah pipi Nathan ditekup oleh tangan kecil Bianca. Satu ciuman dilabuhkan pada binir merah delima milik Nathan. Nathan tersenyum nipis dan membalas ciuman hangat milik cinta hatinya.

Perasaan cinta dan sayang pada Nathan semakin membuak-buak. Hari demi hari semakin bercambah dan tiada penghujungnya.



 Hari demi hari semakin bercambah dan tiada penghujungnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now