𝟐𝟐 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

5.1K 382 1
                                        

"Carino

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Carino.....Boleh la" pujuk Nathan.

Bianca mengeluh untuk kesekian kalinya. Dah bernanah telinga dengar Nathan merayu padanya. Baru dua hari duduk di hospital,tapi lagaknya ibarat dah terkurung seminggu.

"No means no! Degil sangat kenapa? Awak bukannya sihat lagipun" mata Bianca masih focus pada assignment yang perlu disiapkan.

Selama dua hari ini,Bianca dan Leonia bergilir-gilir menjaga Nathan di hospital. Yang paling kerap menjaga Nathan haruslah Bianca. Kenapa? Sebab Nathan ni keras kepala. Kalau tak dipaksa untuk makan ubat,memang ubat tu tak tersentuh jawabnya.

"Carino...Layanlah aku. Aku bosan ni" rengek Nathan dari atas katil pesakit.

"Kalau kau tak layan aku,aku minta nak balik lagi dekat kau" ugutnya pula.

Bianca hela nafas berat. Entah mengapa Nathan semakin mengada-ngada sejak masuk hospital ni. Salah makan ubat ke?

Segala assignmentnya dikemas lalu berpindah ke katil Nathan. Nathan tersenyum senget.

"Carino,kau pernah jatuh cinta tak?" soal Nathan.

Tangan Bianca yang sibuk menulis terhenti. Wajah Nathan dipandang lalu Bianca menggelengkan kepalanya.

"Kenapa? Orang cantik macam kau takkan takde orang nak?"

"Awak tanya saya. Awak yang ada rupa ni pun single lagi"

Nathan berdecit.

"Entahla. Bagi saya semua tu buang masa. Daripada saya sibuk cari jodoh,baik saya kejar cita-cita saya dulu. Saya percaya,bila tiba waktunya,Allah akan hadirkan someone yang tepat untuk saya. Sebab Allah dah janji. Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan.

Saya taknak jaga jodoh orang. Jodoh yang hanya akan hadirkan luka pada hati saya. Biarlah saya bercinta kerana Allah"

Nathan hanya diam mendengar jawapan Bianca.

Bagi Nathan,Bianca seperti bidadari yang Tuhan turunkan untuknya. Bidadari yang memberikan cahaya kepada hidupnya yang suram.

"Kenapa awak tak bercinta Niel?"

"Sebab bagi aku bercinta ni menyusahkan. Macam kau cakap,aku pun tunggu orang yang tepat untuk hadir. Lagipun,aku tak pernah rasa dicintai atau disayangi. So,aku takut aku tak pandai nak tunjuk sayang aku tu pada orang yang aku cinta. Aku takut aku sakitkan dia dalam diam. Sebabtu aku selesa hidup berseorangan macamni"

Diam antara mereka. Tiada lagi yang berbicara. Masing-masing tenggelam dalam fikiran.







"Abangggg" panggil Leonia.

Nathan yang berada di atas katil mengangkat wajahnya dari memandang screen Ipad.

"You love her,right?" tubuh Nathan mengeras.

Bagaimana Leonia tahu? Nampak sangat ke yang Nathan tak pandai cover? Perlahan-lahan Nathan senyum nipis sebelum kepala dijatuhkan.

"Don't tell her. Biar aku cintakan dia dalam diam macamni. Lagipun,kalau aku luah apa je yang aku dapat?" katanya perlahan.

Nathan menyandarkan badannya pada kepala katil hospital.

"Belum cuba belum tahu Nathan. Kalau aku cakap dia pun suka kau macam mana?"

Nathan tersentak. Wajah Leonia dipandang lama. Nathan menggelengkan kepalanya.

"Kitorang cuma ditakdirkan berjumpa dan jatuh cinta. Bukan untuk bersama"

Kepala ditelengkan keluar tingkap. Memandang pemandangan malam dari watd VVIP tingkat 8 itu.

Dadanya sendiri terasa sesak selepas mengungkapkan ayat itu.


Dadanya sendiri terasa sesak selepas mengungkapkan ayat itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang