Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bianca meregangkan otot-ototnya yang terasa sengal selepas keluar dari dewan kuliah. Lama sangat duduk kan? Biasalah.
"Carino...." Bianca menoleh ke arah Nathan yang sedang bersandar pada dinding sambil memeluk tubuh.
"Jom,pergi makan. Lapar" ajak Nathan.
Bianca geleng kepala. Kaki masih terpasak pada tempatnya berdiri. Nathan yang merasakan gadis itu tiada disebelahnya terus menoleh ke belakang semula. Kening diangkat kepada Bianca.
"What's wrong?" soalnya pelik.
"Saya boleh keluar makan dengan awak. Tapi....satu syarat" Bianca tunjuk satu jari telunjuknya dihadapan wajah kacak Nathan.
"What is it carino?" ini kali pertama Bianca menolak perlawaannya.
"Kita makan dekat tempat yang saya pilih dan awak tak boleh bantah" ujarnya tegas.
"That's all? Fine. Nak makan mana?" Nathan ingat Bianca mahu bagi syarat yang susah. Alih-alih benda senang je dia kasi.
Bianca senyum senget mendengar jawapan yakin dari mulut Nathaniel.
"Kita makan dekat cafeteria medic faculty" tercengang mulut Nathaniel.
"Wait,what?! No! Tempat la-" belum sempat Nathan membantah,Bianca sudah memotong ayatnya.
"Awak dah janji tadi awak akan ikut sayannak makan dekat mana. Awak tak boleh mungkir janji awak" Bianca sudah mencemberutkan muka.
Nathan hela nafas berat sebelum merengus kecil. Tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie yang dipakai sebelum berjalan meninggalkan Bianca dibelakang. Bianca tarik sengih. Suka apabila Nathan mengalah dengannya.
Semua mata memandang tepat ke arah mereka tanpa berkelip. Ada juga yang sedang berbisik. Biasalah. Untuk pertama kali dalam hidup,Nathaniel Stendford jejakkan kaki ke cafeteria yang berada di dalam university. Sebelum ni mana pernah.
"Asal diorang pandang sini? Tahu la aku ni handsome. But,seriously?!" Bianca guling mata ke atas. Menyampah la dengan Nathan yang suka perah santan ni!
"Of course la diorang pandang. Awak kan tak pernah makan dekat tempat macamni"
Nathan angkat bahu. Iphone di dalam poket hoodie dikeluarkan sementara menunggu makanan sampai.
Nathan hanya menikmati makanan yang Bianca orderkan untuknya tadi. Sepinggan spaghetti carbonara dan satu gelas susu soya.
"So......?" tanya Bianca meleret.
Nathan tidak terus menjawab. Satu lagi suapan masuk ke mulutnya. Kunyah-kunyah sampai lumat dan telan.
"Boleh laa..." jawabnya jujur.
Nathan tak pernah sangka makanan di cafeteria universitynya punya rasa yang sedap. Lepasni boleh repeat lagi.
Baru sahaja Bianca mahu bersuara,tiba-tiba Iphone di dalam beg sandangnya berbunyi. Nama pemanggil itu dilihat lalu panggilan diangkat.
"Waalaikumussalam,abang Qiy.."
"...."
"Eh,kenapa?"
"....."
"Bian boleh ke buat macam tu?"
"....."
"Hm,okay. Kejap lagi Bian pergi"
"...."
"No. Tak perlu. Bian pergi sendiri. Bye"
Nathan hanya memerhati. Sejujurnya,dia tak faham satu apa pun yang Bianca cakap. Rasa macam Bianca tengah cakap bahasa makhluk asing. Tapi,dia tahu itu bahasa apa. Bahasa Melayu.
Nathan juga tahu Bianca berasal dari Malaysia. Pada mulanya terkejut juga Nathan bila Bianca cakap yang dia asal dari Malaysia. Sebab muka Bianca tak nampak macam orang asia. Mungkin kerana mix dalam keluarganya.
"Niel,i got to go. Saya ada hal" Bianca mula mengemas barang-barangnya.
"Nak aku temankan?" Nathan mengelap mulutnya menggunakan tisu setelah selesai makan.
"Takpe. Saya pergi sendiri. Jumpa nanti,Niel"
"Take care,carino" Nathan dan Bianca mula membuka langkah masing-masing meninggalkan cafeteria itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.