Nathan masih fokus pada Ipad ditangannya. Walaupun tengah waktu lunch,kerjanya yang memang sudah cukup banyak tidak akan mampu ditangguhkan. Leonia dan Syakir pula masing-masing sudah tumpukan perhatian kepada Iphone ditangan sementara menunggu makanan mereka tiba.
Syakira menongkat dagunya memerhati wajah bersih Nathan yang sedang fokus pada kerjanya. Screen Iphone Nathan yang tiba-tiba bercahaya,menarik minat Syakira.
Dikerling sekilas Iphone itu. Bibirnya dikemam. Entah apa yang harus dia rasakan saat ini. Hari ini sahaja,sudah banyak kali hatinya berkecai akibat seorang hamba Allah bernama Nuim Nathaniel.
Seperti sekarang. Hati Syakira retak apabila melihat lockscreen Iphone milik Nathan. Walaupun dia tidak dapat melihat wajah itu milik siapa kerana gambar itu diambil dari belakang,tapi dia tahu itu gambar perempuan. Kerana pemakaiannya juga shawl yang dipakai oleh gadis itu.
(Nathan's Iphone lockscreen wallpaper)
Ada persoalan yang sering bermain di minda Syakira. Siapa perempuan itu? Siapa perempuan itu pada Nathan? Dimana perempuan itu berada sekarang? Dan kenapa perempuan itu tidak bersama Nathan?
Lamunan Syakira terhenti apabila makanan yang dipesan oleh mereka berempat sudah tiba dimeja.
"Em,Mr.Nathaniel?" panggil pelayan lelaki itu.
Nathan mengangkat wajahnya.
"Yes?" tanpa apa-apa jawapan,pelayan itu meletakkan sekuntum rose putih dihadapan makanan Nathan.
"There's a man in black came to the counter just now and ask us to give this to you. He said,someone that you treasure is waiting patiently to meet with you again" kata pelayan itu sebelum beredar.
Tubuh Nathan dan Leonia mengeras. Mereka saling berpandangan. Rose putih itu dipandang lama.
<Flashback>
"Carino,kau suka bunga tak?" soal Nathan saat mereka sedang duduk bersantai di sebuah taman tasik sambil belajar.
"Suka. Bunga cantik. Tapi saya tak boleh dekat dengan bunga" nadanya semakin mengendur.
Nathan kerutkan dahi. Suka bunga,tapi tak boleh dekat dengan bunga? What the?!
"Kenapa macamtu?"
"Saya alah dengan bunga. Kalau dekat dengan bunga nanti saya senang jatuh sakit" jawabnya.
"Awak suka bunga ke Niel?" Nathan angguk.
"Aku suka white rose" jawabnya.
"Kenapa white rose?" Bianca sengetkan sedikit kepalanya seperti sedang berfikir.
Nathan ketawa halus. Bianca terlalu comel dimatanya.
"Sebab white rose tu represent purity. They also represent youthfulness, innocence, young love, and loyalty" terang Nathan.
Bianca hanya meng ouh kan sahaja.
<End of flashback>
Nathan mengambil sekuntum rose putih itu. Ditiliknya lama bersama senyuman nipis. Sekeping kertas yang terselit antara kelopak bunga itu membuatkan Nathan mengangkat kening. Kertas itu dicapai.
Time.
Hanya satu perkataan. Tapi membawa seribu makna tersirat. Dia kenal dengan tulisan itu. Tulisan seorang gadis yang amat dirinduinya ketika ini.
"It worth waiting" ucap Leonia.
"Dia dekat sini ke?" soal Syakir sambil membulatkan matanya.
Dia faham apa yang Leonia tengah cakap sekarang ini. Mana mungkin dia tak tahu. Dia sendiri yang melihat Nathan menjadi separuh gila akibat merindui gadis itu. Dia sendiri yang melihat betapa gigihnya Nathan mencari tahu tentang keberadaan gadis itu.
"No. Dia takde dekat sini. Tapi,orang-orang dia ada untuk jaga aku dari jauh" jawab Nathan selamba.
"Yeye je kau. Yakin betul" Syakir mengejek.
"Aku yakin sebab aku kenal dia macam mana" kelopak bunga itu diusap lembut.
Masa. Ya,biarlah masa yang menentukan bila mereka akan bersua muka kembali. Untuk saat ini,Nathan akan terus memohon kepada Allah supaya mempercepatkan masa itu agar mereka segera bertemu.
Syakira terkebil-kebil di situ seorang diri. Dia seorang sahaja ke yang tak faham dengan situasi yang berlaku?
YOU ARE READING
THE ONE
RomansaPernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...