𝟑𝟗 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

6.6K 418 36
                                        

Bianca ingat,2 bulan lepas saat di Paris,Nathan akan mengambil cabarannya hanya sebagai gurauan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bianca ingat,2 bulan lepas saat di Paris,Nathan akan mengambil cabarannya hanya sebagai gurauan. Tidak sangka pula lelaki itu,benar-benar menyahut cabarannya. Ternyata,Nathan memang tidak main-main soal ingin memperisterikan Bianca.

Lihat sahaja situasi sekarang.

"Aku terima nikahnya,Aurora Bianca binti Emir Ukasyah dengan mas kahwinnya bernilai RM 500,000 tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

Tangan mula ditadah saat doa mula dibaca.

Bulan lepas,Nathan menghantar rumbungan meminang pada keluarga Bianca. Dan hari ini,saat ini,Aurora Bianca sudah sah bergelar isteri kepada Nuim Nathaniel.

Rasa sebak mula menguasai diri. Siapa sangka lelaki yang dulunya pernah buat kerja gila ajak dirinya berkawan secara tiba-tiba walaupun tahu diri mereka berbeza,kini telah menjadi imamnya.

Betapa indahnya perancangan Allah. Kalau dulu,Bianca dan Nathan perlu berdoa kepada 2 Tuhan yang berlainan,kini mereka sudah mampu berdoa dan meminta kepada satu Tuhan yang sama.

Selesai menunaikan solat sunat di bilik berasingan,Nathan masuk semula ke dalam dewan dan mendekati Bianca di atas pelamin.

Selesai menunaikan solat sunat di bilik berasingan,Nathan masuk semula ke dalam dewan dan mendekati Bianca di atas pelamin

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Assalamualaikum,carino" bisik Nathan sekadar didengari oleh mereka berdua.

"Waalaikumussalam" Bianca menundukkan kepalanya.

Pipinya mula terasa berbahang. Dulu tak rasa malu pun dengan Nathan,kenapa sekarang nak pandang muka dia pun rasa macam buat jenayah besar?! Tak aci!

"Carino,sejuknya tangan" usik Nathan saat menyarungkan cincin ke tangan Bianca.

Bianca memuncungkan bibir. Janganlah tegur!

Bianca menyalam dan mengucup lama tangan kekar milik Nathan. Bunyi dari camera berselang-seli kedengaran di dalam dewan besar ini. Semua sedang merakamkan saat bahagia kedua mempelai ini.

Bianca juga melakukan perkara yang sama dengan menyarungkan cincin ke jari manis Nathan. Saat bibir hangat Nathan menyentuh ubun-ubun Bianca,gadis itu mula mengeluarkan mutiara indah dari matanya.

"Finally,i can wipe this tears" Nathan menghapus air mata yang jatuh pada pipi gebu isterinya.

"Don't cry,carino. You know it hurts me a lot when you cry. Smile. It's our day,today" pujuk Nathan.

Belakang badan Bianca diusap untuk menenangkan gadis itu. Sekali lagi bibir Nathan mendarat di pipi kanan Bianca. Sempat dikemam sebentar pipi gebu itu. Dah lama tahan geram tengok pipi tu sebenarnya!

Bianca sedikit terkejut. Tetapi,tidak pula dirinya menolak.

"Your mine now. Mine to me and only me. Forever" Nathan menggeselkan hidungnya dengan hidung Bianca.

Bianca tergelak kecil.

"I'm fully yours. Because i'm Nathan's from the start"

Kedua-dua mereka tersenyum bahagia.

"Oi pengantin! Tahu la suka dah boleh kahwin! Ingat sikit kita ni kat dewan lagi! Lebih-lebih pergi masuk bilik" tegur Harraz yang dari tadi hanya melihat ke arah pasangan itu.

Ku Que disebelah turut mengangguk. Nak kahwin juga!!!

"Tolong hormat orang single macam aku yang tersakiti ni please" Ku Que mengusap air mata palsu miliknya.

Bila persatuan bala bersatu berkumpul. Maka,terjadilah drama melayu akhir abad!

Nathan sudah tersenyum janggal seraya mengusap belakang lehernya. Bianca pula membenamkan wajahnya pada dada bidang Nathan. Menyorokkan muka disitu akibat menahan malu.

"I love you,carino" Nathan mengeyitkan matanya pada Bianca.

"Love you too" rahang milik Nathan dicium sekilas.

Apa? Jealous? Pergi la kahwin!

Apa? Jealous? Pergi la kahwin!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang