𝟐𝟎 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

4.6K 355 4
                                    

"Awak nak putus kawan dengan saya lah kan maksudnya?" soal Bianca lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak nak putus kawan dengan saya lah kan maksudnya?" soal Bianca lagi.

Kali ini Nathan terus panggung kepalanya. Matanya laju menikam anak mata Bianca. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum tiba-tiba....

Bianca dan Nathan tersentak. Nathan pegang pipinya yang terasa basah. Semakin lama semakin banyak mutiara jernih yang keluar dari matanya. Nathan ketap bibir sambil geleng kepala.

"Taknak. Aku taknak hilang kau carino. Kau kawan pertama yang ikhlas dengan aku. Kau orang yang ada waktu jatuh bangun aku. Aku taknak putus kawan dengan kau. Tapi aku taknak letak nyawa kau dalam bahaya sebab aku,carino. Aku tak boleh jadi selfish kalini. Keselamatan kau keutamaan aku"

Suara Nathan teramatlah rapuh ketika ini. Untuk pertama kalinya,Nathaniel Stendford menangis kerana seorang wanita. Aurora Bianca. Gadis pertama yang menjatuhkan air mata lelakinya. Gadis pertama yang melihat sisi lemahnya.

"Salah ke? Salah ke aku nak berkawan macam krang lain? Nak rasa kehidupan normal macam orang lain? Kenapa semua ni jadi dekat aku? Kenapa mummy perlu kawal hidup aku sampai macamni sekali? Apa salah aku carino?"

Bianca kemam bibirnya. Sedaya-upaya air matanya ditahan daripada mengalir. Dia perlu kuat. Kuat untuk Nathan. Bianca tidak boleh tunjukkan yang dia lemah. Kalau dia sendiri lemah,bagaiman pula dengan Nathan?

Bianca tarik nafas dalam sebelum membuka mulutnya.

"Then,kalau awak taknak putus kawan,tak payah la putus. Kita berkawan je la macam biasa" badan Nathan mengeras mendengar ayat Bianca.

Nathan memandang wajah Bianca yang tersenyum lembut ke arahnya.

"Tapi carino...Mummy aku akan jadikan ka-" ayat Nathan dipotong oleh Bianca.

"Pasal tu,awal tak perlulah fikir. Buat masa sekarang kita teruskan sahaja hidup macam biasa. Berkawan macam dulu. Selagi mummy awak tak buat tindakan apa-apa,kita diam je. Kalau benda dah teruk baru kita ambil tindakan. Boleh?" pujuk Bianca.

Nathan hela nafas kasar. Pernah ke dia menang dengan Bianca? Jawapannya,tidak! Nathan akan selalu kalah dengan Bianca.

"Fine. Tapi lepasni kalau kau rasa ada apa-apa benda pelik sekeliling kau,kau kena janji yang kau akan terus inform dekat aku" arahnya.

Bianca mengangkat jari kelinkingnya sebagai tanda berjanji. Pinky promise!

"Awak rehatlah dulu. Saya nak pergi solat subuh kejap tau dekat surau" Bianca mula berlalu keluar dari ward VVIP itu.

Kini tinggallah Nathan seorang diri. Nafas dihela kasar. Rahangnya diketap kuat. Mummynya memang sudah tidak siuman. Apa-apa pun yang berlaku,Nathan perlu lindungi Bianca walau dengan apa cara sekalipun.

Dia takkan benarkan Puan Atania menyentuh Bianca. Kali ini,Nathan tidak akan berdiam diri dan mengikut telunjuk mummynya lagi. Kalau perlu sumbat mummynya masuk ke dalam penjara,Nathan sendiri akan buat benda itu.

Sekarang,Nathan sudah punya sesuatu untuk dilindungi. Sesuatu yang berharga untuk dirinya. Dan Nathan akan menjaganya sepenuh hati. Walaupun dia terpaksa berkorban nyawa demi memastikan keselamatan Bianca terjamin dari sebarang ancaman.

 Walaupun dia terpaksa berkorban nyawa demi memastikan keselamatan Bianca terjamin dari sebarang ancaman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now