Bianca melihat dirinya dari dalam pantulan cermin. Hanya pakaian biasa. Baggy sweatshirt bewarna nude bersama seluar staright cut dan shawl bewarna hitam. Beg galas berjenama adidasnya digalas dibahu kanan manakala tangan kiri memegang sebuah file nipis dan 2 buah buku.Hari ini merupakan hari pertamanya untuk menyandang title 'student'.
"Bianca,hurry up! You don't want to be late for the first day right?" Leonia mengetuk pintu bilik tidur Bianca.
Seusai bersarapan,kedua gadis itu menaiki kereta untuk ke University. Perjalanan mereka hanya mengambil masa selama 15 minit.
Bianca memerhati lobby university itu. Nama yang terpampang pada dinding itu dipandang kosong. SKY UNIVERSITY. Ya,Bianca belajar di university milik keluarganya. Nak buat macam mana,dah Leonia sendiri pun belajar di sini.
Bianca sudah pasrah. Sudah dipesan awal-awal sebelum kepulangannya ke Sicily kepada semua pekerja dibawah keluarganya. Walau kemanapun Bianca pergi ke tempat yang berkaitan dengan hak milik SKY FAMILY,jangan sesekali memanggil dirinya dengan gelaran 'principessa'.
Dia mahu hidup sebagai seorang Aurora Bianca. Bukan sebagai puteri tunggal SKY FAMILY. Semua pekerja di bawah keluarganya sudah berjanji akan menurut perintah yang satu itu. Kalau dilanggar,pasti ada bayaran yang akan dikenakan.
Selesai sahaja urusan pendaftaran,kaki diatur menuju ke block medical falcuty. Bianca mengambil bidang medic. Mengikut jejak langkah si daddy. Cukuplah,4 orang abangnya mengikut jejak langkah mummy. Menguruskan SKY Holdings dan DUCHY HOTEL. Biar Bianca mengikut jejak langkah daddynya menjadi seorang doktor.
Sedang Bianca berjalan dan ditemani oleh Leonia,langkah mereka dihalang oleh seseorang. Bianca ke kanan,manusia itu juga ke kanan. Bianca ke kiri,manusia itu ke kiri. Akhirnya Bianca melepaskan keluhan berat. Apa masalah manusia yang satu ini sebenarnya?
"What are you doing here,big brother?" soal Leonia disebelah.
Bianca tersentak. Abang? Leonia hanya mempunyai seorang abang dan abangnya juga belajar di university ini. Kalau Leonia bercakap pasal abang,maksudnya dihadapannya sekarang ini...
Bianca mengangkat wajahnya. Kepala terpaksa mendongak kerana perbezaan tinggi dirinya dan manusia yang sedang berdiri di hadapannya ini bukan sedikit. Tinggi Bianca hanya separas dada lelaki itu. Dan benar tekaan Bianca.
Lelaki yang berdiri dihadapannya adalah salah seorang CEO termuda yang banyak menempah nama di mata dunia. Nathaniel Stendford. Pewaris sulung keluarga Stenford.
"Mummy suruh balik untuk family dinner malam ni" suara garau itu menyapa halwa telinga milik Bianca. Bahasa Itali yang kedengaran sangat pekat keluar dari celah bibir merah delima itu.
"Abang balik tak?" soal Leonia.
Apabila mendapat gelengan dari si abang terus Leonia berpeluk tubuh. Bibir juga dicebikan.
"Then Leo pun taknak balik. Abang sengajakan nak suruh Leo balik kan? Nanti Leo juga yang kena bagi alasan satu perenggan dekat mummy sebab abang tak balik" Leonia sudah memandang Nathaniel dengan pandangan tajam.
Bianca melihat jam tangan dipergelangan tangan kirinya. Bukan niat nak mencelah,tapi di dah lambat.
"Leo,i will go first" katanya sambil ingin melangkah pergi. Tapi langkahnya dihalang oleh Nathaniel.
"Can you please,move aside?" arah Bianca.
Nathaniel menaikan keningnya. Ini pertama kali orang mengarahnya. Dan lebih menarik orang itu perempuan. Selama dia hidup,semua perempuan hanya mahu menempel dekat dengannya. Lebih tepat,menempel dengan kekayaan yang dia ada.
"Who do you thing you're to order me around?" Nathaniel memandang Bianca atas bawah.
Muka mix itu menyukarkan Nathaniel untuk meneka Bianca berasal, dari mana. Bianca sudah berjaya menarik perhatian Nathaniel. Dia tak sangka gadis itu dapat berbahasa itali dengan lancar.
Bianca guling mata ke atas. Penatlah nak kena melayan orang perangai bongkak ni.
"A student that gonna be late for her first class if she doesn't move from this place right now" jawabnya dengan nada memerli dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
THE ONE
RomancePernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...