Malam itu,Bianca hanya tekun menyiapkan assignment miliknya di dalam bilik study. Sesekali secawan cappucino yang dibuatnya tadi disisip. Pantung dolphin miliknya masih setia di dalam pelukan.
Setelah lama menghadap screen Macbook,Bianca memilih untuk berehat. Badan diregangkan sedikit. Terasa puas mendengar bunyi tulang yang berbunyi. Tiba-tiba,pintu diketuk dan dibuka perlahan. Leonia menjengulkan sedikit kepalanya.
"Babe,are you busy?" soalnya sambil mengambil tempat diatas buaian sarang burung di satu sudut dalam bilik study itu.
"No. Saya baru habis buat assignment. Kenapa Leo?" mendengar jawapan Bianca,Leo tarik senyum.
"Jom siap. Nathan ajak pergi theme park" ajaknya teruja.
Bianca pusing menghadap Leonia. Theme park? Setahu dirinya,Nathan tak suka tempat yang ramai orang. Kenapa tiba-tiba ajak pergi theme park? Apa pula yang rasuk mamat beku tu kali ni?
"Bian...Dengar tak apa i cakap ni? Dia boleh berangan pula" Leonia menggoyang-goyangkan tangan Bianca apabila terperasan gadis itu sedang berangan.
"Ye ye dengar. You ajak siap kan? Jomlah siap" Bianca mula mengemas meja belajarnya.
Bianca hanya mengenakan sweatshirt bewarna hitam bersama shawl dan seluar jeans setema dengannya. 15 minit setelah bersiap,akhirnya Nathan sampai di lobby apartment milik Leonia.
Leonia terlebih dahulu masuk ke tempat duduk belakang menyebabkan Bianca mengeluh kasar. Terpaksalah dia duduk ditempat duduk sebelah pemandu. Baru sahaja kereta itu mula bergerak,Bianca sudah rasa mahu patah balik ke rumah. Semua salah Leonia.
"Korang dua rancang ke nak pakai baju warna sama?" tegurnya bersama sengihan nakal.
Bianca memandang Nathan disebelah. Tidak dinafikan apa yang dikatakan oleh Leonia itu. Nathan mengenakan tshirt plain lengan pendek bewarna hitam. Bianca gigit bibir bawahnya.
"Tak. Mana ada rancang. Dah tersama,nak buat macam mana?" jawab Bianca dengan nada gugup.
Nathan pula hanya diam. Masih focus pada pemanduannya. Setelah satu jam memandu,akhirnya mereka tiba di taman tema itu. Leonia lah orang yang paling teruja disitu.
"Awak tak suka tempat sesak. Kenapa awak datang?" Bianca memandang Nathan yang berjalan disebelahnya.
"Well,Leo paksa. Takkan aku nak tolak bila adik aku yang sorang tu dah pujuk rayu?" jawabnya selamba.
Bianca hanya mengangguk sebelum berlari anak ke arah Leonia yang sedang beratur untuk menaiki satu permainan.
"Jangan lari,carino. Nanti jatuh!!!" laung Nathan dari belakang. Tapi Bianca hanya hiraukan sahaja.
Nathan geleng kepala. Kadang-kadang perangai Bianca ni boleh kalah budak kecil.
Hampir semua permainan di dalam taman tema itu Leonia dan Bianca naik. Nathan pula hanya mengawasi gadis-gadis itu. Tidak berminat untuk turut serta. Sekarang mereka duduk di salah sebuah kerusi rehat yang tersedia. Leonia sedang menikmati gula-gula kapas yang dibelinya sebentar tadi.
"Carino,minggu depan aku tak pergi uni tau" Bianca mengalihkan pandangannya dari screen Iphone. Wajah bersih Nathan ditatap.
"Awak pergi mana?" soalnya.
"Kenapa? Takut rindu aku ke?" Nathan senyum senget bersama nada mengejek.
Bianca sudah gulingkan mata ke atas. Malas mahu melayan perangai angkat bakul Nathan.
"Aku kena masuk office. Ada hal"
Bianca hanya meng ouh kan sahaja. Malas mahu bertanya lebih. Lagipun,Bianca tahu Nathan belajar sambil bekerja di syarikat The Stendford milik keluarganya.
"Korang jom tangkap gambar" Leonia menarik tangan Nathan dan Bianca supaya bangun dari duduk mereka.
Leonia menyuruh Bianca berdiri disebelah Nathan lalu Iphone 13 miliknya dikeluarkan. Gambar dua orang manusia itu ditangkap dengan berlatar belakangkan marry go round.
Leonia menilik gambar yang diambilnya. Alangkah terkejutnya melihat abangnya yang sejuk beku itu tersenyum di dalam gambar. Bukan senyum sinis atau senyum nipis. Tapi senyuman manis.Leonia memandang abangnya dengan senyuman misteri. She know something that anyone else doesn't know.
YOU ARE READING
THE ONE
RomansPernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...