𝟏𝟎 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

4.6K 364 7
                                    

Nathan duduk di meja paling hujung yang berada di dalam cafe itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nathan duduk di meja paling hujung yang berada di dalam cafe itu. Steak di depan matanya juga masih tidak bersentuh. Ayat mummynya tadi kembali berulang di dalam kepala.

Nathan tahu,Puan Atania akan buat apa yang dia cakap. Kerana mummynya memang orang sebegitu. Nathan juga tahu dia perlu jaga keselamatan Bianca. Tapi,untuk putus kawan dengan Bianca dan jauhkan diri dari gadis itu,Nathan tidak mampu.

Bianca ialah kawan pertamanya. Seorang yang istimewa di dalam hidupnya. Hadirnya Bianca ibarat memberi erti baru untuk Nathan teruskan bertahan dengan hidupnya yang menyeksakan. Dia tidak sanggup untuk hilang Bianca.

Sedang sibuk melayan perasaan,seekor langau datang merosakkan mood sendu Nathan.

"Hi,handsome. Are you alone? Can i seat here?" kata gadis berambut blonde itu.

Nathan tatap wajah gadis itu dengan pandangan kosong. Tangan kirinya diangkat dan cincin yang ada pada jari manisnya dipusing-pusingkan.

"Sorry i'm taken. Don't waste your time and get lost"

Perempuan tadi ketap bibir. Mukanya memerah. Mungkin tengah tahan malu. Pantas kaki diatur meninggalkan meja yang Nathan duduk.

Nathan tarik nafas lega. Cincin dijariya itu dipandang. Satu senyum senget hadir dibibirnya. Ada function juga rupanya cincin yang dia dan Bianca beli ini.







Nathan bersandar pada balkoni biliknya. Pemandangan malam dari balkoni itu dilihat dengan tatapan bosan. Screen Iphone miliknya yang gelap dipandang. Satu helaan berat dilepaskan.

Kenapa perasaan ini perlu hadir dalam dirinya? Dan kenapa perasaan itu hadir kerana seorang insan bernama Aurora Bianca? Baru beberapa hari tidak bertemu dengan gadis itu,hatinya mula berputik rindu.

Rindu mahu melihat wajah bersih dengan senyuman manis itu. Rindu dengan suara lunak itu. Hatinya rasa serba-serbi tidak kena apabila tidak mendapat khabar dari Bianca.

Nathan tahu ini perasaan apa. Perasaan yang tak pernah dia rasa bersama orang lain kecuali Bianca.

"Aku...dah mula suka dia?" soal hatinya sendiri.

"No,you can't Nathan. Kau dengan dia berbeza. Dua dunia berbeza dan dua cara hidup yang berbeza. Kau dengan dia tak boleh bersama" otaknya mula memikirkan perkara itu.

Ya,mereka berbeza. Seamin tapi tidak seiman. Nathan sendiri tahu perkara itu.

"Tapi kau masih boleh berkawan dengan dia. Cinta tak semestinya memiliki. Cukup sekadar rapat dan mampu menjaganya dari jauh. Itu pun dah memadaikan? Walaupun cinta tak dibalas atau terhalang?" kali ini Nathan mengangguk kecil mendengar kata hatinya.

Tangannya mencapai Iphone di atas meja kopi lalu nombor Bianca didail. Beberapa saat Nathan menunggu,akhirnya talian bersambung.

"Esok kau takde kelas kan?"

"Esok pakai baju jangan tebal sangat. Aku nak bawa kau pergi satu tempat"

"Okay,goodnight"

Nathan senyum nipis. Biarlah mereka berkeadaan begini untuk sekarang. Kekal sebagai kawan. Dia sudah cukup selesa dengan kehadiran Bianca. Pasal hatinya? Nathan yakin perasaannya pada Bianca akan semakin mekar, tapi biarlah masa yang tentukan apa yang akan terjadi antara mereka.

Mungkin meminta tolong dari dua tuhan yang berbeza untuk merapatkan hubungan mereka adalah perkara terbaik yang boleh Nathan lakukan ketika ini.

Mungkin meminta tolong dari dua tuhan yang berbeza untuk merapatkan hubungan mereka adalah perkara terbaik yang boleh Nathan lakukan ketika ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE ONEWhere stories live. Discover now