Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Bianca melihat bangunan di hadapan matanya. Siapa sangka Bianca akan jejakan kakinya ke SKY Holdings. Semua pekerja di lobby terus menunduk hormat apabila bertemu dengan Bianca.
Chris dan Alex datang menyapa Bianca. Masih ingat mereka? Kalau tak ingat cuba baca My Lovely Hildegord balik.
"Principessa,you're here" tegur mereka.
Bianca tersenyum. Tangannya melambai kecil ke arah dua lelaki itu.
"Shall we? Bian kena sahkan file je kan? Tak kena meeting apa-apa kan?" Bianca memandang Chris dan Alex bersilih ganti.
Kedua lelaki itu tergelak kecil. Bianca memang macamni. Anti sangat dengan kerja-kerja office.
"Yes,Bian. After habis sign semua benda Bian boleh balik" Alex dan Chris mempersilakan Bianca untuk keluar dari lift.
Bilik kerja milik mummynya yang sekarang menjadi bilik Chris dituju.
"Kenapa Bian boleh sign semua doccument ni? Sedangkan Bian tak ambil bussines pun" soalnya keliru.
Tadi Abang Rayden menelefon dirinya untuk datang ke SKY Holdings. Katanya,mereka perlukan bantuan Bianca untuk menurunkan tandatangan. Kerana pengesahan ini perlu dilakukan oleh ahli SKY FAMILY yang sah sahaja. Dan kebetulan,Bianca berada di Sicily. Tak perlulah mereka hantar doccument penting itu ke Malaysia.
"You're one of SKY Holdings share holder. And Bian juga puteri tunggal SKY FAMILY. Jadi,syarikat ni syarikat Bian juga walaupun Bian tak ambil bussines"
Bianca meng ouh kan sahaja. Sebatang pen dicapai dan Bian mula menurunkan tandatangan miliknya ke atas kertas a4.
"By the way,ni untuk Bian. Tuan Rayyan suruh kasi" sebuah pass dihulurkan kepada Bianca.
Bianca pandang pass itu dengan pandangan tidak percaya. Pass untuk ke pameran seni yang akan berlansung esok di tengah kota Parlemo. Bianca tayang senyum paling manis.
Bagaimana Rayyan dan Hildegord cintakan seni,begitu jugalah Bianca. Hanya mereka bertiga sahaja mempunyai tangan seni di dalam keluarga. Abangnya bagai tahu-tahu sahaja dia tidak sempat beli ticket haritu. Ada jugaklah,nangis guling-guling atas katil sebab tak dapat ticket.
"Thank you..." Alex dan Chris mengangguk bersama senyuman manis. Suka melihat wajah ceria Bianca. Nampak comel je.
Bianca melihat barisan panjang dihadapannya. Ramai juga pengunjung berlegar di kawasan pintu masuk kawasan pameran seni itu. Bianca tarik nafas lega. Nasib abangnya bagi pass VVIP. Tak perlulah kena beratur panjang.
Bianca mendekati pengawal di hadapan ruang pameran itu.
"Miss,you have to line up if you want to go in" kata lelaki yang sedang berkawal itu.
Bianca tidak banyak cakap. Pass miliknya dikeluarkan dari dalam handbag dan ditunjukkan pada pengawal itu. Pengawal itu sedikit tersentak. Lantas pintu ruang pameran dibuka. Badan ditundukkan sebagai tanda hormat pada Bianca.
"You can go in,principessa" Bianca hanya angguk.
Segenap ruang pameran itu dilihat. Bianca senyum kecil. Kaki mula bergerak melihat setiap lukisan yang ada di situ. Rasa tenang. Dengan keadaan yang sunyi tanpa gangguan. Bianca rasa seperti di dunia ini hanya ada dirinya dan lukisan sahaja.
Kaki berhenti melangkah apabila sampai di hadapan sebuah lukisan. Lama Bianca tenung lukisan itu. Terbit rasa rindu di hati pada keluarganya yang jauh di bumi Malaysia.
Lukisan yang memaparkan dua orang wanita bersama seorang gadis kecil di sebuah taman bunga yang lapang. Lukisan yang dilukis oleh seorang pelukis yang menggelarkan dirinya RyIU.
"Carino....is that you?" Bianca tersentak.
Lantas kepala ditoleh kesebelah. Agak kaget melihat Nathan sedang berdiri berdekatan dengannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.