Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Keadaan di sekeliling Palermo Airport,Sicily,Italy itu dipandang. Akhirnya rasa rindu pada bumi Sicily dapat dibuang jauh.
Bianca mengeluarkan Iphone miliknya dari beg sandang. Pesanan ringkas dihantar ke dalam group family. Memberitahu bahawa dirinya sudah selamat tiba selepas penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 13 jam.
Rasa bebas. Kalau dahulu sampai sahaja dirinya di bumi Italy,mesti semua mata memandang. Mesti dirinya dikawal oleh puluhan pengawal. Siapa sahaja yang tidak mengenali dirinya?
Dia,Aurora Bianca. Satu-satunya puteri SKY FAMILY. Pewaris tunggal perempuan dalam keluarga yang namanya megah dikenali satu dunia. Kerana itu,salah satu daripada sebab Bianca memilih untuk menutup aurat adalah untuk hidup seperti orang normal.
Bianca tekad mahu menyembunyikan identiti sebenar dirinya dan hidup berdikara di Sicily. Nasib sahaja Emir dan Hildegord setuju.
"My Biancaaaa!!!" Bianca mengalihkan wajahnya dari menatap Iphone ditangan. Senyuman manis diberikan kepada si pemilik suara.
Seorang gadis yang berambut blonde separas bahu datang menegur Bianca. Leonia Stendford. Rakan baik Bianca.
Leo tahu siapa Bianca? Jawapannya tidak. Kerana selama ini mereka hanya berhubung secara atas talian dan Bianca tidak pernah bercerita tentang latar belakang dirinya.
Tetapi Bianca kenal siapa Leo yang sebenarnya. Mummy Leo merupakan salah seorang jutawan di Italy. The Stenfordbukanlah nama asing dalam dunia perniagaan. Nama itu sudah lama berdiri megah di dalam dunia perniagaan.
"Let's go. You must be tired right?" bagasi milik Bianca ditolak oleh Leo untuk keluar dari airport.
Ya,Bianca akan tinggal bersama Leo di apartment miliknya. Awal-awal lagi Bianca sudah pangkah besar untuk menetap di SKY TERRITORY. Kalau tinggal di sana,tak berdikari namanya. Semuanya disediakan oleh dayang-dayang milik keluarganya.
Pintu apartment itu dibuka menggunakan kad elektronik milik Leonia. Bianca memerhatikan keadaan sekeliling rumah itu. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Apartment 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik.
"You boleh guna 2 bilik dekat bawah ni. Satu bilik tidur. Satu lagi bilik study. My room dekat atas. If anything,just ketuk okay?"
Bianca mengangguk. Diucapkan terima kasih kepada Leonia sebelum Bianca memulas salah satu tombol pintu. Bilik yang bertemakan warna putih menjadi tatapan matanya. Simple but nice.
Hanya ada katil single yang muat untuk 2 orang,lampu tidur,cermin,alamari baju dan tandas. Amatlah sesuai untuk dirinya yang sukakan benda ringkas.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pintu bilik study disebelah pula dibuka. Ingin melihat inti di dalamnya. Perlahan-lahan kepala dijengulkan ke dalam. Bianca tersenyum puas. Leonia benar-benar tahu apa yang Huril mahukan. Dan oleh itu,Huril amat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang seperti Leonia.
Tidak berhenti disitu,kaki Bianca maju meneroka segenap ruang di dalam apartment itu. Dari ruang tamu hingga ke dapur diterokainya. Satu benda yang Bianca suka dengan Leonia ialah,gadis itu bukan kaki minum.
Sepanjang 23 tahun hidup Leonia,sekalipun gadis itu tidak pernah menyentuh minuman keras. Katanya tidak baik untuk kesihatan dirinya yang mahu hidup lama.
Gadis itu juga hormat dirinya yang beragama islam. Bianca tidak perlu risau tentang hal makanan kerana Leonia hanya makan sayur. Lebih mudah kerjanya jika ingin memasak di rumah itu.