𝟑𝟕 : 𝐓𝐡𝐞 𝐎𝐧𝐞

6.1K 387 1
                                        

Syakir meletakkan sebuah file di atas meja kerja Nathan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Syakir meletakkan sebuah file di atas meja kerja Nathan. Kerusi di hadapan meja rakannya itu ditarik.

"Bro,lagi 2 hari kita dah nak gerak pergi Paris. Kau...dah ready ke?" soal Syakir.

Jari Nathan berhenti menari di atas keyboard MacBook. Pandangannya kini 100 peratus tertumpu pada Syakir. Dia tahu apa yang lelaki itu maksudkan.

Dua hari lagi,akan berlangsungnya sebuah fashion show di Paris bagi melancarkan design terbaru milik Cael. Syarikat Nathan yang sedang melonjak naik. Dan,yang paling penting,design terbaru ini adalah kerjasama antara Cael dan SKY Holdings.

Beberapa bulan yang lalu,Nathan turun ke Malaysia untuk menandatangani kontrak perjanjian bersama SKY Holdings. Sangkaannya ketika itu,dia hanya akan bertemu dengan Rayyan Ikmal Ukasyah,Ceo SKY Holdings. Ternyata,sangkaan itu salah. Nathan telah bertemu dengan kesemua ahli keluarga Aurora Bianca pada hari itu.

Pertama kali dalam sejarah,Nathan menolak semua egonya ketepi. Di luah segalanya kepada keluarga Bianca termasuk perasaannya pada gadis itu. Nathan masih ingat ayat yang diberikan oleh Hildegord padanya.

"If you want to know about Bianca,tunggu waktu hari design terbaru ini dilancarkan"

Dan hari itu bakal tiba dalam masa kurang 72 jam lagi. Perasaan Nathan sedang bercampur-baur. Gembira,tapi dalam masa yang sama dia takut. Takut dengan realiti yang mungkin akan membuatnya putus semangat.

Frame gambar yang mempamerkan dirinya bersama Bianca yang berlatarkan taman tema diambil dari atas meja. Diusap perlahan gambar itu.

"Ready atau tak,aku tetap kena pergi dan bersedia dengan segalanya" jawab Nathan.

"Kau yakin kau boleh terima? 2 tahun bro kau tunggu saat ni"

Nathan angguk. Memgetahui bahawa Bianca masih hidup pun sudah cukup untuk buat dirinya terasa sedikit tenang. Apatah lagi kalau dapat bertemu depan mata?

"Kalau dia dah ada orang lain macam mana?" kali ini Nathan tersentak.

Tak pernah terjangkau di dalam otaknya akan soalan sebegitu. Tapi,perlahan-lahan bibir merah bak delima miliknya mengukir senyuman tawar.

"Then,i guess i need to let her go. Her happiness is also my happiness. Tengok dia bahagia pun dah cukup untuk buat aku happy. Walaupun,bukan aku yang jadi punca kebahagiaan dia"

Syakir tersenyum kecil. Dia sendiri kagum dengan Nathan. Menunggu seorang perempuan yang status kehidupannya hanya samar-samar selama 2 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Betapa setianya Nathan terhadap Bianca selama 2 tahun ini. Tidak pernah sekalipun Nathan dekat dengan mana-mana perempuan. Kerana,Nathan tahu ada satu nama yang perlu dijaga di dalam hatinya.

Betapa beruntungnya seorang gadis bernama Aurora Bianca,yang mampu menjadi permaisuri di hati Nuim Nathaniel.

"Kau tahu kan lepas habis je fashion show,kau kena balik London sorang-sorang?" soalnya ingin mengingatkan Nathan.

"Ye,kau balik Malaysia 3 bulan kan?" Syakir angguk.

"Syakira ikut sekali tak?" Syakir angguk lagi.

Nathan sudah menghembuskan nafas lega. Akhirnya,hidup Nathan akan tenang selama 3 bulan tanpa sebarang langau.

Frame gambar yang masih setia ditangannya ditatap sekali lagi.

"See you soon,carino..."

"

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
THE ONETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang