"Nama ayer Zarif."
Humairah tersenyum lantas mengangguk faham.
"Zarif balik ya. Kesian ibu bapa Zarif nanti. Tahu tak,mereka mesti risaukan Zarif." Pujuk Humairah lagi. Selagi dia mampu membantu anak kecil yang comel ni,selagi itulah dia akan cuba."Kakak nama apa?" Dengan petahnya dia bertanya.
"Nama saya Humairah." Balas Humairah dengan senyuman manis hingga terlihat kedua lesung pipinya. Kelihatan Zarif cukup terpesona. Kecil-kecil dah pandai eh.
"Wah. Kakak ada sama macam ayer lah!" Kata Zarif dengan penuh suka. Humairah sudah tenang melihat Zarif yang tersenyum. Walaupun tak faham apa yang Zarif katakan tadi. Namun Humairah tahu yang Zarif tidak lagi diam seperti tadi.
"Jom balik nak?" Tanya Humairah sekali lagi. Dia berharap Zarif menukar fikiran.
"Hmm. Boleh! Tapi kakak kena janji beli aiskrim untuk ayer." Sedikit terkejut Humairah dengan permintaan Zarif. Tapi,itu tidak menjadi masalah baginya. Orang dah masuk gaji. Apapun tak ada hal.
"Okey janji." Jari kelingking Humairah dan Zarif berpaut tanda sedang berjanji.
Bibir tidak habis dari tersenyum melihat Zarif yang comel itu. "Zarif tahu lokasi rumah?" Soalan penting diajukan.
"Ayer ingat! Tapi lupa." Balas Zarif kemudian tersengih dengan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Humairah sudah cuak bahkan menghela nafas apabila mendengar jawapan dari Zarif. Cukup lawak sebenarnya.
"Kalau macam tu. Jom beli aiskrim." Ajak Humairah lantas berdiri dari duduknya. Tangan dihulur untuk Zarif pimpin agar tidak ada kecederaan yang berlaku bila mereka melintas jalan raya nanti.
Zarif akur kemudian memegang tangan kiri Humairah. Setelah itu,barulah mereka berdua berjalan seiringan ke tujuan yang sudah difikirkan. Persoalannya,kenapa Zarif terlalu naif dengan stranger? Humairah juga bertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa budak sekarang terlalu cepat untuk memberikan kepercayaan? Atau dia memang bukan jenis seperti itu. Eh entahlah.
Tiba dihadapan kedai aiskrim. Humairah tunduk mencangkung menghadap Zarif yang lebih pendek darinya. "Nak pilih aiskrim yang mana?" Soal Humairah sebelum dia mengajukan pilihan kepada penjual.
"Nak coklat karamel." Pinta Zarif membuatkan Humairah tersenyum faham.
"Chocolate Caramel sundae-licious." Nama aiskrim yang panjang ini menjadi pilihan untuk si kecil Zarif. Tak mengapa nampak besar dan banyak. Sebab bersedekah tak perlu berkira. Duit bertukar tangan sebelum Humairah dan Zarif meneruskan perjalanan.
Saat berjalan,kelihatan sebuah kerusi lebar dan panjang berhampiran dengan kedai aiskrim tersebut. Humairah membawa Zarif ke sana.
Mereka berdua pantas melabuhkan punggung diatas kerusi itu. Aiskrim yang baru sahaja di beli oleh Humairah dikeluarkan dari plastik. Sudu kecil yang dipinta oleh Humairah dari penjual aiskrim tadi diserahkan kepada Zarif.
"Ini sudu untuk makan. Jangan gelojoh dan jangan lupa bismillah." Sudu dihulurkan pada Zarif beserta pesanan ringkas untuknya. Zarif akur lantas mencapai sudu tersebut lalu membaca bismillah. Sudu yang penuh dengan aiskrim disua masuk kedalam mulut.
"Emm. Cedapnya! Ima kasih. Kakak tak nak makan ke?" Dia mengangkat kepala memandang Humairah. Namun dibalas dengan gelengan. Humairah tidak berminat untuk makan aiskrim ketika ini. Tiba-tiba sahaja dia risau keadaan abinya yang sendirian di rumah. Pasti abinya juga risau dengan kepulangannya yang belum tiba.
Humairah hanya tersenyum sambil memerhati Zarif yang elok menjamah aiskrimnya. Cukup tenang sahaja melihat dia yang seronok. Apa sebelum ini dia seorang yang berbeza dari apa yang dilihat Humairah? Mungkin.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...