"Jagakan mereka untuk I. You akan kerja dengan I. Muktamad."
"Nak kena jaga siapa? Kerja dengan you? What do you mean? " Humairah masih tidak mampu untuk menerima permintaan dan pertolongan Zayad itu. Tapi,dia akan cuba.
"Jaga anak-anak yang you risaukan tadi. Kerja dia mudah je. You perlu contact I sepanjang masa tentang kesihatan,setiap kelakuan,dan semua tentang mereka. Itu aje." Jelas Zayad begitu ringkas dan mudah. Humairah mati kata. Takkanlah semudah itu kerja yang Zayad beri? Macam tak percaya je.
"You serius ke? Adakah pekerjaan macam tu? Macam tak halal je sebab tak ada titik peluh untuk usaha." Balas Humairah kurang yakin. Dia selamba sahaja mentafsirkan sendiri.
"Apa you ingat,semua tu tak perlu guna usaha ke? Jangan menghayal." Dengan mendatar dia berkata sebaliknya. Humairah hanya pasrah. Lagipun,kerja tu taklah susah mana. Kacang je kalau nak dibandingkan dengan kerja pengasuh tu.
"Dapat gaji ke?" Kali ini,Humairah membuat sedikit lawak. Tak malu betul tanya macam tu. Kesah apa aku! Inikan pekerjaan. Setiap pekerjaan pastilah ada gaji dia. Ingat free ke? Pergi tidur sana.
"RM 1 000 satu hari,cash." Kali ini,Humairah tidak mampu membantah bahkan bersuara. Dia seakan-akan tidak percaya dengan semuanya. Takkan kerja mudah biji kacang je boleh dapat gaji sebanyak tu? Really? Kerja sambilan Humairah pun cuma RM 50 aje. Inikan pulak RM 1 000? Banyaknya!! Gila.
"Er you biar betul Zayad. Saya tak perlukan gaji sebanyak itu lah. Tak apa,saya akan ambil bawah dari tu. Kalau you nak tetapkan juga,saya takkan terima. Maaf Zayad." Dengan rendah diri Humairah tidak setuju tawaran itu. Dia masih mengenang pesan abinya. Lihatlah kerja itu,jika ianya mudah ambil sahaja gaji yang cukup. Jangan lebih kerana itu tidak setara dengan apa yang sudah kita usahakan. Biarlah ianya serasi dengan kerja dan gaji. Inilah sebuah pesanan ringkas yang penting buat Humairah.
"Then,I have no idea. You terima jelah. I ikhlas lagipun. Semuanya halal,jangan risau. I malas nak fikir berapa gaji untuk you. Tapi buat masa ni,ambil je." Zayad masih pada tawaran besarnya. Humairah ragu-ragu untuk menerima. Dia perlu berfikir terlebih dahulu.
Selesai memikirkan keputusannya. Humairah berbicara. "Alright. Saya boleh terima. Tapi,you perlu beri saya kerja yang lebih susah sikit. Biar saya usaha dan tak makan gaji buta. Ini je satu-satunya cara untuk saya terima." Ujar Humairah dengan keputusannya.
Zayad mengukirkan senyuman paling menawan sekali sebelum bertanya sesuatu.
"You nak I hantar? Sebelum malam." Offer Zayad ikhlas. Humairah kembali tenang lantas mengangguk mahu. Zayad tidak berkata apa,dia kemudian melangkah ke pintu utama sebelum menjerumuskan diri kedalam perut kereta. Humairah hanya membuntuti dirinya.
"Erm thanks Zayad. Oh ya,macam mana saya nak contact you? " Tepat pada masanya Zayid tiba-tiba sahaja mengeluarkan sebuah telefon berjenama Oppo Reno. Humairah sedikit tersentak dengan kelakuan tidak terduga itu.
"Apa yang..."
"Ambil ni buat contact I." Ujarnya menjelaskan.
Humairah terkebil-kebil tidak percaya. Sebelum dia mencapai telefon tersebut dengan penuh ragu-ragu. Kenapa senang betul kerja dia dengan Tengku Zayad ni? Dan kenapa Tengku Zayad terlalu baik terhadap Humairah? Siapa sebenarnya Tengku Zayad?
"Before I forgot. Tolong jangan beritahu sesiapa tentang semua ni. Pandai-pandailah you reka cerita. Ini juga termasuk sebahagian daripada kerja dan tugas you. Pastikan mereka tak tahu tentang I. Kalau I dapat tahu you tell them. Then,you have to die." Gerun sekali pesanannya. Humairah sudah bergetar seluruh badan. Gila betul mamat ni. Dia psyco ke apa.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...