Menjelang malam,kaki melangkah ke bilik tidur Umar. Humairah mengetuk dahulu pintu sebelum dia masuk kedalamnya.
Tok..tok..
Pintu dibuka luas lantas membenamkan diri kedalam bilik tersebut. Kelihatan susuk tubuh Umar elok melihat dirinya dihadapan cermin. Seketika dia tersentak dengan kehadiran Humairah."Sister buat apa dekat sini? Tak dengar pun sister ketuk pintu tadi?" Umar mula bertanya kepada Humairah yang menghampiri dirinya.
"Umar tu yang kenapa?" Soalan berbalas soalan.
"Hah? Err,tak ada apa-apa lah. Umar cuma tengok cermin je tadi." Dia menafikan kebenaran. Walhal Humairah sudah pun tahu,dan dia cuba untuk membantu.
"Hm. Tak baik menipu Umar. Cuba jujur dengan sister. Cuba cerita dari awal sampai akhir. Sister nak tolong Umar. Kalau Umar sendiri tak nak beritahu perkara sebenar,semuanya akan berterusan. Dan Umar boleh sakit tahu tak!" Marah Humairah namun masih lembut sahaja nadanya. Dia tidak suka untuk berkasar dengan budak-budak,tapi nak buat macam mana. Ini perkara serius yang tak boleh dibawa main bahkan bergurau.
Umar diam tidak berkutik. Kedengaran keluhan darinya. Dia tampak kecewa,sedih,marah,benci,dan semua perasaan tidak suka. Humairah faham mengapa Umar merasa sedih apa lagi kecewa. Sebab itu dia perlu tahu semuanya. Humairah yakin,dia boleh menolong Umar daripada terlibat dengan pembulian kejam tu.
"Semuanya berlaku sebab Umar sendiri. Umar lemah,sister. Umar tak kuat untuk lawan mereka semula. Memang patut pun Umar dibuli oleh mereka. Semuanya memang salah Umar. Kalaulah Umar dapat lawan mereka. Semua takkan jadi. Hiksss,tolong Umar sister. Umar tak nak beritahu sesiapa tentang ni. Termasuk kakak dan daddy Umar. Tolong,Umar tak nak susahkan mereka." Umar mengadu bersama esakan kecilnya. Humairah merasa kasihan mendalam. Dia menghampiri diri Umar kemudian menenangkannya dengan menyapu lembut kedua bahunya.
"Shhh,dah lah. Tak perlu pun,Umar salahkan diri sendiri. Semuanya dah berlaku. Yang penting,esok pastikan tak ada lagi kes buli ni. Serahkan pada sister. Umar cuma pergi sekolah dengan aman. Please Umar,jangan jadi budak lemah. Umar dah besar panjang pun takkan penakut lagi? Kalau daddy Umar tahu. Pasti dia dah marah ni. Umar ingat pesan sister. Tolong jadi budak yang berani. Bila kita biarkan saja apa yang mereka buat,masalah takkan selesai. Jangan beri mereka pijak kita. Kita tak ada salah! Dan tak berhak pun untuk menjadi buli mereka. Jadi,lawan saja jawapannya. Umar kuat,sister tahu Umar boleh." Kini,Humairah memberi saluran kekuatan kepada Umar. Sungguh dia tahu Umar masih diselebungi rasa takut. Dia cuba memberikan kata-kata semangat buat Umar bangkit.
"Ya sister. Umar akan cuba. Terima kasih tau sister. Erm,dari mana sister tahu,Umar kena buli?" Pertanyaan tidak janggal lagi di ajukan.
Humairah tersenyum kecil. "Sister datang awal pergi sekolah Zarif. Tiba-tiba nampak Umar dengan tiga mamat pembuli tu. Maaflah,masa tu sister tak mampu nak bantu Umar. Sister tak pandai lawan- berlawan ni. Nanti,dua-dua pulak kita tumbang. Tak ke naya macam tu?" Balas Humairah menjelaskan.
"Hehe. Haah juga kan. Tak apa,terima kasih sister sebab dah tahu masalah ni. Kalau bukan sister,siapa lagi nak bantu Umar. Hmmph." Ucapnya seolah-olah tidak ada harapan lagi.
"Eip,dah nak masuk pukul 9. Pergi tidur lah. Esok nak pergi sekolah lagi. Umar baik-baik aje kan? Setahu sister,Umar mesti ada cedera dekat perut. Dah ubat tak?" Soal Humairah sebelum dia terlupa akan hal tersebut. Umar mengangguk lemah.
Sekali lagi,Humairah menghembuskan nafas berat. "Sister tak boleh tolong Umar. Kita bukan mahram. Jadi,sister minta Umar ubat sendiri. Kalau teruk,kita pergi hospital. Yang tu,bibir tu macam nampak teruk lah. Nak sister sapukan ubat tak?" Soal Humairah ketika melihat bibir Umar yang hampir pecah dek kerana tumbukan mereka. Kalau dibiarkan pasti berubah bengkak bibir tu.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...