"you nak bawa saya pergi mana ni? Saya datang bukan nak jalan-jalan tau Zayad." Ujar Humairah tatkala kereta mula meluncur laju kesuatu tempat.
Zayad yang sedang memandu berpaling seketika kearah kirinya. Wajah polos Humairah ditatap lama. "Saja. Rahsia. Lagipun you kan dah nak pergi. Tak boleh ke I nak spend time lama-lama dengan you?" Balas Zayad sambil mengusik jiwa Humairah. Dia mengerdipkan mata. Humairah hanya diam. Jantungnya usah dikata, berdegup kencang seakan-akan terasa sesak pernafasannya.
"Boleh je,tak ada masalah. Janji tak lama tau. Saya ada banyak kerja nak kena buat." Ucap Humairah memberi pesanan kepada lelaki itu. Zayad hanya tersenyum kecil.
Setibanya di sebuah lokasi. Humairah membuka pintu lantas turun memijak tanah. Mata memerhati segenap kawasan ini. Sungguh bunyi yang terhasil daripada ombak kedengaran tenang. Cuaca juga berubah dingin dek kerana angin yang bertiup sepoi-sepoi. Air yang kelihatan biru laut itu ditatap penuh harapan dan perasaan. Inilah kali pertama Humairah pergi ke pantai. Benarkah dia sedang melihat suasana pantai? Adakah mimpinya menjadi kenyataan? Seronoknya!
"Woah,you seriuslah bawa saya pergi sini?" Ujar Humairah terharu. Dia memandang ke arah Zayad ingin tahu jawapan lelaki itu.
"Well, I tahu yang you tak pernah pergi sini. Why not you merasa suasana macam ni kan? I pun dah lama tak pergi sini. Rindu jugak." Balas Zayad kemudian memandang air laut berserta ombak. Bibir mengukir senyuman kacak. Rambutnya sudah tidak teratur dek kerana angin,namun masih sahaja kelihatan aura handsome dia.
"Thanks Zayad." Ucap Humairah tanda berterima kasih atas masa yang lelaki itu berikan. Dia akan hargai saat ini. Begitu senang hatinya melihat wajah Zayad. Lelaki itu segera melangkah menuju kearah pasir. Humairah turut membuntuti sama.
"Mairah. I nak tanya you something." Kata Zayad ingin bertanya kepada Humairah. Dia melabuhkan punggung diatas pasir itu sambil memeluk kedua kakinya. Wajah Humairah menjadi pandangan matanya. Gadis itu turut sama melabuhkan punggung ditepinya. Dia kemudian mengalihkan pandangan kearah Zayad.
"Hm? Apa?" Soal Humairah.
Zayad menghembus nafas berat. "You ada masalah right? Sebab tu I bawa you pergi sini. Mairah,kenapa you perlu pergi sedangkan ramai orang sayangkan you? Ramai orang nakkan you di sisi sepanjang masa. You tak ada perasaan ke?" Soal Zayad kembali. Nadanya hanya tenang bahkan tidaklah kasar hingga mampu menyakitkan hati gadis itu.
Humairah mengambil masa lama untuk berfikir. Akhirnya dia mengeluh sama. "Semua orang ada masalah mereka masing-masing. Termasuk saya Tengku Zayad. Tak semua yang orang nampak itu bahagia. Saya akui, saya memang tak nak pergi. Tapi,saya tak kuat lagi. Saya tak mampu lalui semuanya seorang diri. Saya lemah Zayad. Anak-anak Zayid menambahkan lagi kelemahan saya." Bicara Humairah begitu sayu sekali. Dia merenung kearah ombak. Sedang menenangkan kembali fikirannya terhadap seseorang lelaki.
"Then,I ada untuk you. Kita boleh jadi kawan rapat. You sendiri alone tanpa peneman." Balas Zayad mengakui bahawa dia ada buat Humairah.
Mereka berpandangan antara satu sama lain. Suasana berubah hening. Hanya bunyi ombak sahaja yang kedengaran digegendang telinga mereka berdua.
"Ehem." Zayad berdehem tatkala merasa janggal dengan keadaan tadi. Humairah juga mematikan pandangan tersebut lalu menatap kearah yang bertentangan.
"Why not." Ucap Humairah.
Zayad tersenyum lebar. "You ada suka someone right? Tell me,because now. I'm your best friend." Humairah mengetap bibirnya daripada menghamburkan tawa yang kuat. Dia menjeling Zayad lalu tersenyum kecil.
YOU ARE READING
Takdir Kau & Aku ✓
Short Story(completed) Memegang janji dan amanah adalah sukar bagi insan yang bernama Zayid. Walau bagaimana keadaan sekalipun,dia lebih fokus pada pekerjaan hingga perkara yang lagi penting turut terabaikan. Ketika amanah yang diberikan oleh adiknya hancur,k...